Wednesday, September 10, 2014

KUNFU PANDA SATU DAN HAKIKAT KETUHANAN

Penulis sebenar tertarik serta amat meminati dengan konsep pengkisahan animasi yang telah diterbitkan oleh Dream Works Animation tersebut. Iaitu yang berkisahkan tentang seekor pandai yang bercita-cita untuk mempelajari kunfu dan sekaligus menjadi ninja yang hebat. Animasi ini amat bermain dengan unsur-unsur ketuhanan secara tersirat. Sepertimana jua diperhatikan di dalam drama-drama klasik dari arahan Arwah Tan Sri P.Ramlee, sebenarnya di dalam drama-drama beliau terdapat mesej ketuhanan hakikat tertentu yang beliau ingin sampaikan. Namun, orang yang dapat membuka serta memahami mesej-mesej tersebut adalah mereka yang jua mendalami ilmu hakikat. Ramai orang akan bertanya atau bercakap pada pendapat mereka sendiri, apakah ilmu hakikat itu? Maka carilah sendiri.          
                              
Baiklah biarkan perenggan yang kedua ini pula memberikan jawapan terhadap setiap persoalan tersebut. Pertama, mungkin mesej hakikat disebalik drama-drama klasik dari arahan Arwah Tan Sri P.Ramlee itu penulis akan kupaskan serta cuba corekan di blog ini pada satu masa mungkin. Kedua, ada juga orang berkata bahawa hakikat maksudnya yang tersirat, ada yang berkata ia adalah isi, ada berkata hati, ada yang berkata ia batin. Baiklah, sebenarnya penulis sendiri pun tak tahu yang mana sebenarnya, tapi yang sebenarnya hakikat itu adalah yang sebenarnya lah. Iaitu pengertian diri perkataan ‘sebenar’, jadi sebab itulah di dalam setiap perenggan huraian penulis akan menggunakan perkataan ‘’sebenarnya’’. Herm.. ini penulis keutarakan secara peribadi bukan dalam bentuk ilmu tasawuf hakikat. Tapi boleh nilailah sendiri.

Baiklah, "Less of talk, Let’s fight": inilah bak kata yang pertama dalam introduction sebelum bermula kunfu Panda setika dia bermimpi lalu jatuh dari katilnya. Ia bermaksud buat amalan sentiasa dengan tanpa bercakap tentang ilmu sahaja, kerna orang yang banyak bercakap, orang yang tidak buat amal atau kerja {semoga ini jadi peringatan buat diri penulis sendiri}. kerna di antara prinsip di dalam ilmu tasawuf hakikat sering ada tercatat: “Beramal tanpa Ilmu adalah Sesat yang Nyata, Berilmu tanpa amal berdosa yang amat sangat”. Setiap salik mungkin juga diuji dengan banyak bercakap sehingga sedikit amalan yang dilakukan, mungkin sebab banyak berdebat, mungkin kerana terlalu teruja dengan ilmu yang diperolehinya, menyebabkan dia suka untuk diketahui orang.

"There are no charges for Awesomeness" : sebenarnya seorang guru Hakikat Ketuhanan yang sebenar adalah mereka yang tidak bercita-cita akan kemuliaan dunia. Justeru ilmu yang diajarkan kepada orang ramai tidak perlu dibayar di atas titik perluh beliau menyampaikan ilmu tersebut, kerna padanya bayaran itu adalah sesuatu kebendaan dan keinginan sang manusia yang rakus sahaja. Ini tidak bermakna kita tidak menghargainya, tetapi maksudnya guru itu tidak kesah pergi mengajar ilmu itu samada ia dibayar ataupun tidak. Sebenarnya ilmu tasawuf hakikat ataupun Tauhid dan Ma’rifat adalah satu ilmu yang cukup mahal sehinggakan tiada sesuatupun yang dapat mengantikannya. Kerna kata guruku: “Serendah-rendah ilmu tauhid yang ada di dalam dada seseorang itu, Tuhan mahu bayar dengan tujuh buah bumi, itupun langsung tidak bernilai padanya.” Ukuran bumi yang dimaksudkan itu bukan seperti bumi yang kita hinggap sekarang ini, ukurannya sebuah bumi itu adalah sama dengan seratus bumi kita singgah sekarang, ini bermakna dalam tujuh ratus bumi yang kita duduk pada masa ini adalah tidak dapat lagi menilai serendah ilmu tauhid yang beliau ketahui, itu hanya ilmu tauhid yang rendah, belum capai tahap ilmu Ma’rifat. Sebab itulah ilmu itu tiadalah nilai yang boleh membayarnya.

Baiklah kita masih lagi berbicara skrip kunfu panda “There are no charges for Awesomeness”. Ini sebenar berbeza dengan asatizah zaman sekarang, mereka lebih menginginkan dunia, kerna buktinya tanpa bayaran dunia atau kebendaan tersebut mereka mungkin rasa liat, ataupun menolak permintaan orang apabila diminta untuk memberikan ceramah atau sesi pengajaran ilmu agama. Ataupun mereka memberikan alasan “Show Dato' Siti Nurhaliza kamu boleh bayar, namun kenapa ceramah agama dari kami kamu tak boleh nak bayar?”. MasyaAllah sungguh celaka mereka ini yang mahukan dunia dan kemuliaanya {maaf sekiranya penulis sedikit berkata kasar}. Maka ibarat syaikhi, mereka adalah Jin Aprit zaman moden yang Nabi Muhammad saw Jumpa sewaktu peristiwa Isra’ & Mikraj. Semasa Nabi Muhammad saw melihat Jin Aprit, ia sedang memengang obor api. Sebenarnya pergi kepada makna hakikat, jin aprit bermaksud seekor jin yang sungguh cerdik, tetapi ditangannya ada api. Api adalah unsur yang mengandungi makna tersirat sebenar adalah kiasan kepada sifat ‘ujub, kerna keadaan diri api apabila kita memterbalikkannya ia kebawah, hakikatnya kepala api itu tetap mahu menjurus naik ke atas. Itulah gelaran asatizah adalah orang yang cerdik kiasan diri jin Aprit, tetapi sayangnya beliau bersifat ‘ujub dan mencari kemuliaan dunia itu kiasan kepada sifat api tersebut.

Baiklah, penerangan penulis yang ketiga, ini berhubungan dengan latar keadaan dan bukan dalam bentuk satu skrip di dalam cerita kunfu panda tersebut, yang mana panda itu bermimpi dan ayahnya iaitu duck telah bertanya tentang apakah mimpinya, lalu beliau berbohong berkata mimpinya tentang noodles, dan ayahnya mengambil keputusan: sebenarnya di dalam perjalanan si salik yang mendalami ilmu hakikat ketuhanan, mimpi adalah sebagai ilmu isyarat petunjuk dari Tuhan. Sebab itulah, kebiasaan mimpi seseorang salik akan ditafsir oleh gurunya yang mengajar ilmu hakikat ketuhanan. Mungkin orang yang cerdik pandai agama yang bukan dari aliran ilmu tasawuf cukup anti dengan orang tasawuf apabila bercakap soal sesuatu yang tiada asal punca dan membabitkan di dalam hal agama. Baiklah biar penulis berikan jawapan serba sedikit, sebenarnya ilmu penafsiran mimpi ini jua sesuatu benda yang diiktiraf di dalam Quran serta Sunnah Rasulullah saw. Di dalam surah Yusuf as yang menceritakan berkenaan mimpinya, kerna Nabi Yusuf as sedia diketahui sebagai ahli penafsir mimpi, sebagaimana beliau sendiri pernah menafsir mimpi raja yang memerintah sewaktu itu. Dan di dalam sunnah jua, Rasulullah saw jua mempunyai waktu menafsir mimpi sebagai tazkirah bersama para sahabat. Demikian Rasulullah saw mengiktiraf seseorang yang berjumpa dengannya di dalam mimpinya, adalah benar. Dan persoalan yang patut kita tanya pada diri, adakah mimpi itu sia-sia? Bagaimanakah mahu mengamal hadis Nabi tersebut kalau ia adalah sia-sia.

"U’re ready to know my secret ingredients recipe and u’ll fulfill the destiny": sebenarnya di dalam perjalanan si salik dalam menuju matlamatnya iaitu Tuhan, maka ketelitian ilmu tasawuf hakikat akan dibuka kepadanya melepasi satu lapis kepada satu lapis yang lebih halus. Samada yang membuka rahsia-rahsia ataupun petua-petua ilmu itu gurunya mahupun dia mendapat cara ladunni. Bahkan melarang dari membukanya tanpa dengan melalui sesuatu dari peringkat-peringkat tertentu terlebih dahulu. Sebab itulah terdapat istilah di dalam kalangan orang sufi: "jangan dibuka ilmu itu kepada orang bukan dari ahlinya". Perkara ini juga berlaku di zaman sahabat Nabi Muhammad saw sendiri, seperti periwayat hadis yang mashyur Ibnu Abbas, Abu Hurairah berkata: "Bahawa disisiku terdapat dua belana hadis yang aku ambil daripada Nabi, satu belana sahaja bukakan untuk orang ramai, satu lagi aku rahsiakan, sekiranya aku bukakan nascaya kalian akan memancung leherku".

"There are no accidents": skrip inilah yang banyak bermain sekitar anak murid dan guru panda tersebut, sehingga setiap kali Master Urugue berkatanya namun dibalas: “There was an accident”. Ini membabitkan soal Qado’ Qadr Allah Azza Wajalla. Sebenarnya alam ini adalah kelakuan Tuhan yang diatur sejak azali lagi. Sekiranya kurang iman atau lemah jiwa ketuhanannya, maka seseorang boleh menyebabkan ia selalui pertikai akan jua keputusannya. “Nothing is Impossible”. Baiklah sebenarnya pada penulis, hal ini diletakan dengan tauhiduz af’al. iaitu mengesakan Allah dalam segala perbuatan. Ini hakikatnya sebagaimana Orang Yang Arifbillah itu memandang perbuatan di dalam setiap alam ini adalah sentiasa terbit dari Yang Esa. Sebenarnya yang sedang berbuat ke atas setiap Makhluk itu adalah Allah jua pada hakikatnya, dan setiap perbuatan Allah adalah tidak pernah menjadi suatu hal yang sia-sia. Mungkin kenyataan ini payah untuk penulis huraikan dengan penulisan sahaja, kerna bimbang akan silap faham orang awam yang membaca akan menyangka ini hal yang seperti Jabariah iaitu firqah yang zindiq iaitu bermain dengan isu perbuatan hamba dan Tuhan ini.

"Just Quick and do the noodles": sari kata ini menyindir kepada si salik pada hari ini, sekiranya si salik itu gagal berhadapan dengan segala ujian Allah Ta’ala maka nafsu yang nyata pada diri mereka mengajaknya supaya berhenti dan menikmati kelalaian dunia. Kerna sebenar perjalanan menuju Tuhan itu begitu banyak ujianya serta hebat cabarannya. Sebab itulah perjalanan menjadi seorang insan bukan hal yang biasa-biasa yang perlu dialami. Dan sebenarnya setiap kali di dalam Quran dicatatkan perkataan insan itu amat berbeza dengan perkataan Manusia. Sebenarnya insan adalah bangsa yang mulia, maka mahu jadi mulia banyaklah ujian yang berat-berat baginya kerna asalnya hanyalah perkataan manusia yang masih tidak dapat mulia disisi Allah, mahu mulia maka jadilah insan. Jadi ingatlah hai si salik: “Laqod kholaqna insan na fi kabad” Sesungguhnya kami telah ciptakan bangsa insan itu sentiasa diuji. Ujian itu akan mengangkat darajat mereka menjadi mulia disisi Allah Ta'ala.

"Yesterday is history Tomorrow is Mystery and Today is a gift": sari kata Master Urugue ini banyak ditiru oleh orang awam hari ini yang terpengaruh dengan ayat-ayat novelis yang senada jiwang-jiwang, samada mereka ketahui atapun tidak, mungkin katanya cukup sedap bagi memotivasikan seseorang tersebut mendengarnya. Sebenarnya “Yesterday is history Tomorrow is Mystery and Today is a gift” adalah ibarat kepada hukum akal di dalam ilmu tasawuf, iaitu wajib, mustahil dan harus. Kerna Yesterday itu hukumnya Mustahil, Tomorrow hukumnya harus serta Today adalah hukumnya wajib. Sebenarnya yang ada pada akal hanya hukum wajib semata-mata. Maaf mungkin penulis tidak boleh buka lebih terperinci hal ini, kerna ia berkaitan sesuatu dengan keadah ilmu yang perlu ditilik secara talaqi masyaikh. Ataupun perlu kepada orang yang memahami ilmu maqulat dan mantiq.

"we are dead so very-very dead"  "not yet wolve duck": perbualan ini di antara badak si pengawai penjara dengan si itik utusan Master sifu untuk memberitahu pihak penjara supaya mengetatkan lagi sistem security tersebut di sebabkan firasat Master Urugue mengatakan bahawa tahanan itu akan keluar suatu hari nanti. sewaktu di dalam penjara tersebut: sari kata ini adalah hampir mengambil makna kenyataan Sayyidina Abu Bakar, iaitu sahabat Rasulullah umpama bintang di langit. Sebenarnya rahsia Sayyidina Abu Bakar Ra seperti kata nabi saw “Abu Bakar umpama mayat yang berjalan di atas bumi”. Inilah sebenarnya nak kata “mati tidak mati, nak kata hidup tidak hidup”. Ini melalui faham sari kata itu.

"To guide and believe it, there are no shortcuts": sari kata ini penulis telah ambil dari perbualan di antara dua Master sifu dan Master Urugue. Sebenarnya jalan menuju Tuhan ini tidak ada Shortcut, ia hendaklah berjalan menurut perjalanan Nabi Muhammad saw. Ini kebanyakan salah faham orang bertarekat berkata: “Matlamat menuju Tuhan sama, tapi jalan masing-masing.” Pada pendapat guru hakikat, sesungguhnya tiada jalan ‘’masing-masing’’ melainkan Jalan Nabi Muhammad saw itulah hanya jalan menuju Tuhan satu-satunya, yang juga perlu kepada pimpinan daripada Masyaikh yang kamil lagi mukammil adanya yang tertentu sahaja.

Baiklah, penulis rasa cukuplah setakat itu dahulu berceloteng tentang cerita kunfu panda siri pertama ini disebalik sebuah isi hakikat ketuhanan bagi sekelian salikin yang dahaga menuju Tuhannya, sekiranya nak dikirakan, sebenarnya masih banyak part yang boleh diambil oleh penulis yang merujuk kepada makna tertentu dalam menghuraikan faham melalui tasawuf hakikat  ini, kerna setiap orang hakikat yang mahir, sebenarnya semua hal di dalam tujuh petala langit serta tujuh daripada petala bumi adalah tidak sia-sia buat mereka. Dan di antara mungkin bab penghabisan sewaktu Panda mahu menewaskan si Taylon dengan memetik jari itu, sebenarnya Master sifu tidak mengajarkan beliau ilmu itu dan entah ada pun tidak teknik tersebut, tetapi Panda hanya Yakin serta Believe, so that thing was real happened.

The secret ingredients in soup is "nothing": sebagai terakhir penulis ambil jua perkataan ini, sebenarnya ini adalah rahsia matlamat hakikat melalui faham ayat Quran “Wallahu Bikullisya’in Muhith” iaitu bermula Allah Ta’ala meliputi pada tiap-tiap sesuatu. Sebenarnya ‘’sesuatu’’ itu adalah ‘’Nothing’’ barulah kamu menjumpai rahsianya duhai sekelian salik!

# Sometimes to make something special, You just Believe it Special! #

2 comments: