Sepertimana kita telah sedia ketahui, bahawa didalam
Agama Islam terdapat tiga ilmu fardhu ‘Ain yang wajib dipelajari oleh setiap
orang Muslim (mengikut jumhu ulama' tetapi sayangnya sekarang pada akhir zaman penulis mulai melihat ilmu ini telah tidak diutamakan oleh orang awam serta meninggalkan kewajipannya dan mengambil ia sebagai perkara yang remeh). Dan ini telah disepakati oleh majoriti ‘Ulama aliran Ahli Sunnah Wal Al-Jama'ah. Ilmu asas ini
adalah berkaitan usuluddin, fekah dan tasawuf. Di dalam bab ini, penulis ringkaskan sahaja
konsep serta kefahaman terhadap tiga-tiga ilmu ini kepada kalian ikhwan. Penulis merasakan hanya
akan mencoretkan soal matlamat ilmu-ilmu ini wajib dipelajari oleh orang Islam.
Kerana sepatutnya penulis serta ikhwan sekalian perlu timbulkan satu persoalan di dalam
dada dan benak pemikiran masing-masing. Seharusnya : ‘’Kenapa kita wajib menuntut ketiga-tiga daripada ilmu-ilmu
ini?’’.
Sebenarnya usuluddin adalah perkara berkenaan ilmu dan disiplin usul serta asas di dalam pengangan agama seseorang. Iaitu ringkasnya, hukum pertama kepada
asal-masal yang terbina di dalam setiap Manusia yang memeluk ajaran Islam. Asas agama Islam ini dari
Allah Ta'ala. Seperti kata: “Innalillah wa inna ilaihi raji’un” iaitu asal sesuatu
dari Allah, jadi kepada Allah jua sesuatu itu dikembalikan. Setiap hal mesti
kembali sebenar kepada Allah Ta'ala. Iaitu setiap amal serta ibadat mesti ditujukan
kepada Allah Ta'ala sahaja. Bab kata, mahu menerima pahala dalam ibadat, ibadat itu mestilah
ditujukan kepada Tuan Sang Pemberi Pahala. Jikalau di Akhirat mahu dihitung hasil
kita, namun kita tiada sebarang pahala, jangan disalahkan Sang Pemberi Pahala, kerna
salah kita di Dunia dahulu setiap amalan yang dilakukan tidak pernah tujukan kepada Yang benar-benar boleh memberikan
pahala. Hukum pertama yang penulis maksudkan adalah hukum yang berkaitan kita
seluruh manusia sejagat dengan Allah Ta'ala, iaitu Hukum ‘’Wa’budullah Wala Tusriku
bihi Syai’. Yakni sembahlah Allah dan jangan memperduakan Dia dari segala
sesuatu jua pun. Itu dinamai Hukum Allah Ta'ala. Kerna hukum wajib solat, puasa, hudud
bagi mencuri. Qisas dalam jinayat adalah hukum perintah Islam yang khusus. Contoh hukum
ini hanya melibatkan Orang Islam sahaja. Ini berbeza dengan Hukum Allah adalah
sekelian alam wajib berhukum tanpa mengira bangsa Islam ataupun bukan.
Mahupun fekah adalah, batang perlaksanaan ‘amal ibadah itu sendiri. Iaitu
ilmu yang membincangkan soal ‘’bagaimana’’ sesuatu amalan atau ibadat mahu
dilakukan dan dilaksanakan secara zohir. Inilah hukum tingkah-laku seseorang mukallaf apabila ingin mempersembahkan sesuatu amalannya kepada Allah. Tetapi penulis lebih selesa membahasakan ilmu syariat ini,
sebagai ilmu hukum-hakam zohir, iaitu hukum perlaksanaan berciri kesempurnaan
luaran Islam. Ataupun mesra panggilannya sebagai Syariat zohir. Jadi apabila
disebutkan ‘’Syariat zohir’’ hari ini, kalian ikhwan perlu memahami ia adalah berkaitan ilmu fekah
atau syariat harian kita. Buat maklumat kalian ikhwan, penulis juga seorang yang lama terdidik di dalam syariat zohir ini. Dan hari ini secara jujurnya penulis mengaku,
ilmu ini akan membawa kita sentiasa berada di zohir kedunian lagi. Mudah untuk penulis
ibaratkan, zohir adalah Dunia, Batin adalah Akhirat. Jikalau saudara ikhwan
hanya duduk di ilmu ini, saudara akan kaya Dunia sahaja, Akhirat masih belum
tentu akhir jatuhnya. Sebenarnya syariat zohir tidak ada kemanisan matlamat
sebenar menuju ke Akhirat. Kerna dari pemerhatian kita sendiri pada hari ini,
boleh dilihat seseorang ustaz, ustazah atau ulama’nya sekalipun yang hebat
serta mahir ilmu ini, mereka akan memperolehi beberapa darajat Dunia, dikenali, dijemputi orang, diangkat dan dirujuk sebagai popularkan.
Sebagai contoh, mereka-mereka yang hebat pada gedung ilmu
ini seperti Mufti seorang yang ada jawatan, pangkat, kedudukan di dalam sesebuah
Negeri serta negara berkepitlah ia di bawah ketiak Raja Negara atau Sultan Negeri. Serperti mana-mana asatizah yang hebat, sentiasa dapat
memasuki di dalam siaran media dan menjadi seseorang yang amat dikenali serta
popular dihadapan orang ramai hari ini. Sehinggakan sesebuah sesi ceramah
mereka, dapat mengkaderkan lebih 50k ramai penonton, serta mendapat bayaran
yang tinggi, dengan hasil ilmu agama ini. Begitu jua di dalam sesebuah parti
politik, parti politik hari ini menjurus segala yang hal-masal yang berkaitan
Syariat zohir, kerna slogan utama pada hari ini, adalah untuk menubuhkan
sesebuah Negara yang ‘’bersyariat’’. Serta orang-orang politik, adalah jua
mereka-mereka yang mahir ilmu ini sebagai ustaz-ustaz digandingkan nama istilah
‘Yb’ sekali. Ini berlawanan dengan kata: “Qulil Haq Walau Kana Murran’’ iaitu
berkatalah Yang Benar, walaupun ia Pahit. Persoalan adakah ustaz-ustaz hebat
syariat ini semakin berkata hal ini {ilmu syariat} ianya pahit pada hari ini?
Setelah mendapat pelbagai nikmatnya Darajat Dunia. Ini adalah ilmu sempurnakan
hanya dipakaian. Tetapi ingat duhai ikhwanku, sesungguhnya orang yang memiliki
‘Furqan’ tidak akan pernah tertipu dengan hanya pakaian luaran. Tetapi mereka tetap kita sanjungi, di atas sumbangan mereka yang memperjuangkan syariat untuk terus ditegakan. Alhamdulillah.
Baiklah, sekarang ini masuklah kita di dalam bicara
matlamat penulis sebenarnya. Iaitu membicarakan ilmu tasawuf. Mungkin orang awam
tidak selesa mendengar nama ilmu tasawuf, kerana "mind setting" kita hari ini terus
membayangkan itu satu ilmu yang tinggi dan mereka merasakan tidak layak untuk
memperlajarinya kecuali orang-orang yang tertentu sahaja. Ada juga kata-kata
negatif dikeluarkan dari mulut asatizah sendiri, apabila ditanya oleh pelajar
yang mubtadi soalnya, mereka hanya akan menjawab: ‘’itu ilmu tinggi, bukan
tahap kita, tak menuntut ia pun tak apa’’. Hakikatnya, beliau sendiri tidak
mampu untuk menceritakannya, dan bagi menggelakkan diri daripada ditanya oleh
pelajarnya menjadikan ia sebagai alasan. Satu alasan yang lebih perit lagi buat
kita golongan Mubtadi hari ini untuk mempelajari ilmu tasawuf ini seumpama
berkatanya seseorang itu: ‘’Jangan tanya banyak-banyak pasal Tuhan, nanti jadi
gila isim pula..”. ini satu alasan yang amat melampau pada hari ini. Hanya oleh
kerana mahu menggelak diri daripada ditanya oleh orang sesuatu yang dia tidak
mampu menjawabnya. Duhai kalian ikhwan, jangan kamu perit dan tertipu dengan pelbagai
kata-kata sempit sandiwara dari agamawan yang hanya memakai pakaian
‘’Ulama warosatun An-Biyaa’.’’ Kerna perjalanan kita iaitu Salik harus mencari
guru yang sebenar. Kerna padanya ada ilmu yang sebenar. Ilmu yang sebenar
adalah ilmu yang bagi tiada diri semata-mata. selagi matlamat menuju Tuhan kamu tidak
temui. Teruskan berjalan dan mencari ilmu yang sebenar itu. Intabih.
Ringkasnya buat kalian ikhwanku, di dalam ilmu tasawuf terbahagi
pula kepada dua jalan. Iaitu tasawuf ibadat dan tasawuf hakikat. Di dalam tasawuf
banyak penggunaan analogi deduksi mantiq, ibarat kepada hampir faham. Sebab itu
tasawuf ilmu yang sedikit dalam dari ilmu usuluddin serta syariat. Sejujurnya pnulis bukan seorang yang amat mendalami kesemuanya, tambahan pula tasawuf
ibadat. Kerana tasawuf ibadat biasanya didonimasi oleh golongan mempunyai
tarekat tertentu. Untuk mudah faham, tasawuf ibadat adalah perkara yang
membincangkan sesuatu yang boleh membatalkan amal ibadat yang boleh menghalang seseorang Muslim dari memperolehi sesuatu
pahala, walaupun sesuatu itu hanya sekecil ukuran zarah sekalipun. Contohnya
ada sedikit riak pada ibadat seseorang itu boleh membatalkan ibadatnya serta
merta. Tetapi di dalam tasawuf ibadat tidak ada menceritakan dan menyatakan jalan
bagi penyelesaian di dalam masalah perkara tersebut. Jadi sebenar tasawuf hakikat sahaja
yang akan menceritakan cara-cara untuk menggelakkan hal-hal yang boleh membatalkan
pahala ibadat tersebut terjadi pada diri kita.
Justeru, hakikat yang sebenarnya ilmu tasawuf adalah
ilmu yang lebih detail untuk menerangkan ilmu-ilmu yang sebelumnya tersebut,
iaitu usuluddin dan syariat. Kerana sebenarnya ilmu usuluddin hanya ilmu aqidah
yang cukup ringkas, pengetahuan di dalam usuluddin tidak sampai kepada maqam
Ma’rifat, serta Tauhid mungkin berlaku hanya dengan kadar limited. Serta ilmu tasawuf ini sebenarnya
melembutkan lagi ilmu fekah atau jalan syariat bagi sesiapa yang berjalan di atasnya. Jadi kalian ikhwanku, jangan confius oleh
kata-kata orang Usuluddin ataupun hanya separa Syariat pandainya. Justeru sesuatu yang penulis ingin coretkan sebenarnya adalah berkenaan ilmu tasawuf hakikat. Apakah
sebenarnya yang terkandung di dalam tasawuf hakikat? Ilmu hakikat atau bahasa penulis gunakan adalah Syariat Batin. Jadi bermula disini, mungkin banyak
penggunaan ibarat mantiq yang terpaksa penulis kongsikan dan gunakan untuk menerangkan ciri serta
konsepnya.
Ibarat yang pertama bagi merangkumi separa faham di dalam
keseluruhan ketiga-tiga ilmu asas ini adalah, Seumpama seseorang menjala ikan
di Sungai. Maka mestilah memeriksa terlebih dahulu dasar Sungai yang ingin
beliau melontarkan jalanya. Agar di dasar Sungai tersebut tiada sebarang tunggul atau
kayu yang boleh merosakan jalanya. Mestilah jua beliau yang pandai menjala.
Sebenarnya pandai menjala ibarat ketahui ilmu syariat, dasar diibarat usuluddin
iaitu tempat yang perlu diperiksa terlebih dahulu. Mahupun tasawuf diibarat
batu jala, kerna sekiranya jala itu tiada batu, nascaya jalanya hanya kembang
di atas air sahaja, oleh sebab tidak dapat ditujukan ke dasar Sungai tersebut.
Ikan diibaratkan hasil iaitu pahala dari amalannya dilakukan.
Jadi sepertimana kata-kata Ulama’ di dalam kitab tasawuf:
“ Syariat tanpa Hakikat Hampa, Hakikat Tanpa Syariat adalah Batal..” sesetengah
orang kata hakikat ertinya isi dan syariat ertinya kulit, ada juga yang berkata
Hakikat adalah hati, kerna rosak hati, maka rosaklah segalanya sehingga hal
luaran sekalipun. Tetapi makna hakikat penulis tidak dapat memberi tahu kalian ikhwan
secara ilmiah disini, kerna maknanya sebenarnya di dalam faham konsep tasawuf
hakikat telahpun penulis tuliskan di dalam sebuah risalah bertajuk “Hakikat
Ketuhanan’’. Buat pengetahuan saudara ikhwan, hakikat masih lagi terbahagi
kepada dua, mungkin ini secara padangan penulis serta pengalaman dari jemaah bersama.
Iaitu Hakikat Kasar dan Hakikat Halus. Mungkin hal ini tiada di dalam mana-mana
catatan Ulama’ yang perlu dicari oleh ikhwan, kerna ini hanya coretan
pengalaman peribadi seseorang berjaya tuliskan disini. Ciri-ciri Orang Hakikat Kasar serta
karekter Orang Berhakikat Halus mungkin penulis akan tulis didalam coretan tajuk
yang lain pula. Maka disinilah jari penulis meminta untuk berhenti dahulu, InsyaAllah. Assalamu'alaikum dan Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment