Sejak dahulu lagi isu
pinjaman PTPTN kecoh dikalangan Pelajar IPTA dan IPTS yang menggunakan
perkhidmatan ini. Namun, setiap daripada kita masih lagi tidak mendapat
sebarang kata putus daripada mana-mana pendapat ahli Syariah yang Mu’tabar
sekarang dalam menentukan Hukum pinjaman ini. Pada saya, sebenarnya isu ini
bukan lagi dalam satu isu perbahasan yang patut sewenang-wenangnya kita
mengabaikan hukum terhadapnya. Ia adalah gaya seseorang untuk berpegang dengan
mana-mana kata yang lebih rajih ( telah diputuskan). Memang PTPTN adalah
dasarnya sebagai akad pinjaman yang diharuskan didalam Islam. Sebagaimana bukti
dari Quran dan Sunnah:
Firman Allah Ta’ala
di dalam Surah at-Taghabun yang bermaksud:
17.
dan kalau kamu memberi pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman Yang baik
(ikhlas), nescaya Allah akan melipat gandakan balasannya kepada kamu serta mengampunkan
dosa-dosa kamu; dan Allah amat memberi penghargaan dan balasan kepada golongan
Yang berbuat baik, lagi Maha Penyabar (untuk memberi peluang kepada golongan
Yang bersalah supaya bertaubat).
Sabda Rasulullah saw
pula:
عن ابن مسعود رضي الله عنه-أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: )ما من مسلم يقرض مسلما قرضا مرتين إلا كان كصدقته مرة( رواه ابن ماجة.
Mafhumnya: Daripada Ibnu Mas’ud Ra,
Sesungguhnya Nabi Saw telah bersabda: (Apa daripada Seorang Muslim itu memberi
pinjaman kepada saudara dua kali, sesungguhnya dia mendapat pahala seqedah satu
ganjaran) diriwayat oleh Ibn Majah.
Ta’rif Pinjaman pada pendapat 4 ‘Ulama Fekah:
Mazhab Hanafi: Pemberian harta yg mempunyai persamaan oleh
salah satu pihak supaya dibayar semula.
Mazhab Maliki: iaitu Pembiayaan dgn harta oleh pihak yg
berkemampuan untuk mendapat bayaran yang sama yg tidak disegerakan, Cuma sbg
satu kebajikan sahaja.
Mazhab Hanbali: iaitu Pembiayaan suatu kebaikan kpd orang yg
mengambil manfaatnya & dikembalikan kepadanya gantiannya.
Mazhab Syafi’i: memberi milik sesuatu untuk dikembalikan
sesuatu yg sama dengannya.
Namun, perlu difahamkan bahawa pinjaman adalah
konsep dipanggil sebagai “التبرعات في البداية والمعاوضة في النهاية” iaitu konsep pertolongan
(kebajikan yang mengharapakn pahala daripada Allah semata-mat) dari sudut
kepada si pemberi hutang dan hutang hendaklah dibayar kembali oleh si penerima daripada
sudut si peminjam.
Adakah PTPTN ini beriba? Bagaimanakah pula
yang mengatakan ia sebagai ujrah (upah)?
Mengikut kajian semasa, PTPTN yang dikenalkan
oleh Kerajaan Malaysia sekarang adalah masih diketegorikan sebagai pinjaman
yang mempunyai unsur RIBA. Oleh kerana 1% konsep ujrah yang dikatakan itu masih
lagi tidak menepati kaedah ujrah yang dipersetujui oleh kebanyakkan ‘Ulama
dalam Majlis Fatwa ‘Ulama Syariah Sedunia. Fatwa Ini sebagaimana berikut:
“ Harus bagi intitusi pemberi pinjaman itu
mengambil upah daripada perkhidmatan pinjaman itu diatas dasar kos tanggungan
yang bersifat praktikal secara langsung. Dan tidak harus bagi intitusi tersebut
menambahan dairpada kos tersebut. Kerana setiap daripada penambahan itu adalah
perkara yang diharamkan. Dan hendaklah disenaraikan secara khusus keatas kos
praktikal yang digunakan oleh si pemberi hutang tersebut, supaya ia tidak
membawa kearah penambahan unsur faedah..”
“ tidak dikira sebagai kos bersifat praktikal
keatas perkhidamatan pinjaman yang tidak langsung, ini seperti pembayaran gaji
pekerja, pembangunan institusi, pengakutan dan selanjutnya yang berkaitan
dengan kos pengurusan perusahaan institusi Syarikat tersebut..”
Justeru itu, 1% yang dikenakan oleh PTPTN ini
yang dihitung diatas dasar nilai hutang yang diberikan itu dan lebih tidak
bertempatan lagi apabila 1% boleh meningkat dengan kadar masa kelewatan si
pembayarnya. Sepertimana teknik kiraanya adalah:
Caj perkhidamatan kadar [1%]:
RM32.500X
1% X 15 [tempoh bayaran balik]
[RM4.875.00+32.500.00=RM37.375.00 ]
Cara pengiraan mengikut Fatwa Ulama’ sedunia:
Ujrah = actual administrative expenses during
the year x 100
Formula:
Average asset during the year = A1 + A2
2
A1: total asset at beginning of the period
A2: total asset at the end of the period
Sebenarnya kita cuba
untuk memahami kaedah yang dimaksudkan oleh syariah sebagai hintungan diatas dasar
“تكليفة الفعلية”
iaitu actual kos, adalah sebagai contoh: Si Pemberi hutang (Pemilik Harta) itu
membawa alat yang ingin dipinjam oleh si peniutang dalam sesebuah perjalanan. Didalam
perjalanan tersebut, perkara yang berlaku yang boleh menghalang alat itu sampai
ketangan si penerima (peniutang) maka ia harus diselesaikan oleh tuan punya
harta tersebut. Tetapi, tuan pemilik harta itu tidak terdaya untuk
menyelesaikannya kecuali terpaksa menggunakan alat yang akan dijadikan bahan
hutang itu, maka ia baru diharuskan digunakan dan perlu dihitung dengan teliti.
Seolah-olah itu adalah telah menjadi harta hak kepada si peniutang itu. Dan kegunaan
itu hanya dianggap sebagai perwakilan pengurusan diatas harta tersebut. Sebab itulah
ia dinamai sebagai konsep ujrah, kerana yang membayar ujrah adalah kembali
kepada peniutang dan bukan kepada si pemberi hutang.
Dan sekiranya kita
meneliti kembali akan syarat perjanjian oleh pihak PTPTN juga dilihat menyalahi
konsep para ahli Fekah, iaitu pengkiraan mengikut dasar perubahan tempoh
berhutang (Time Values ). Perjanjian ini yang tercatat seperti berikut
No 11. Bagi PENERIMA BIAYA yang lewat membayar
mana-mana ansuran bulanan sebagaimana yang ditetapkan oleh PERBADANAN, PENERIMA
BIAYA adalah bertanggungjawab untuk membayar ta'wid (pampasan) kepada
PERBADANAN dikira pada kadar 1% setahun atas baki bulanan di atas amaun yang
lewat dibayar. Amaun ta'wid (pampasan) terhadap kelewatan membayar adalah
dikira dari tarikh ansuran kena dibayar sehingga bayaran diterima oleh
PERBADANAN
NO16. Jika PENERIMA BIAYA melakukan pelanggaran
terhadap mana-mana Fasal dalam Lampiran Perjanjian Pembiayaan Pendidikan,
PERBADANAN boleh, menurut budi bicara mutlaknya, menamatkan Perjanjian
Pembiayaan Pendidikan dan dengan itu tanpa menyentuh hak-hak PERBADANAN
termasuk untuk menuntut bayaran balik sekaligus ke atas Keseluruhan Pembiayaan
Tersebut termasuk ta'wid (pampasan) daripada PENERIMA BIAYA di bawah Perjanjian
Pembiayaan Pendidikan dan PENERIMA BIAYA tidaklah lagi mempunyai apa-apa
tuntutan ke atas apa-apa manfaat Perjanjian Pembiayaan Pendidikan.
Demikian daripada
konklusi dalam implimentasi pinjaman PTPTN ini masih lagi tidak dapat dielakkan
daripada unsur Riba An-Nasi’ah (Time Value Profit) kerana istilah ta’wid bagi
kerajaan masih lagi dijadikan sebagai “حيلة الربوية” niat kearah keuntungan sistem yang beriba. Dan Riba ini sememangnya telah diharamkan
oleh Nas Quran dan Sunnah sebagaimana berikut:
Firman Allah Ta’ala dalam surah al-Baqorah yang bermaksud:
278.
Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah
(jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang Yang
berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang Yang beriman.
Sabda Rasulullah saw:
قوله صلى الله
عليه وسلم: )كُلُّ قَرْضٍ جَرَّ مَنْفَعَةً فَهُوَ رِبًا(
. السنن الكبرى للبيهقي.
“Setiap pinjaman yang
membawa kepada manfaat bagi pemberi pinjaman maka ia adalah riba”. [Al-Sunan
Al-Kubra Lil-Baihaqi, Jilid 5, ms 571]
Siapakah yang bertanggujawab keatas dosa
pinjaman ini?
Justeru itu, pihak PTPTN telah menanggung dosa
daripada pekhidmatan ini selaku pemberi pinjaman beriba. Namun, bagaimana pula
kondisi bagi seorang pelajar mereka adalah sebagai mangsa keadaan ini? Maka disinilah
bermulanya pelbagai pandangan daripada golongan ahli syariah yang dekat dengan
pelajar-pelajar ini yang lebih memahami akan kondisi mereka. Sudah tentu
terdapat Hadith daripada sohih Muslim (2995) :
لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم آكل الربا وموكله وكاتبه
وشاهديه وقال هم في الإثم سواء
“Telah dilaknat oleh Rasulullah saw kepada si
pemakan riba dan menyuruh memakan riba penulisnya dan saksinya. Dan Rasulullah
berkata: mereka semua adalah sama”
Berkaitan Dengan Soal Spiritual Para Pelajar
(Si Peminjam)
Akan tetapi hadith yang diriwayatkan oleh
Jabir daripada Sohih Muslim itu tidak menjelaskan akan balasan kepada orang yang
terpaksa membayar manafa’at tersebut. Jadi disini saya mengambil beberapa
kaedah yang mengatakan ia tergolong dalam golongan yang mempolehi keburukan
ataupun tidak:
Haram keatas Pelajar meminjam PTPTN.
Ini berdasarkan perkara yang membawa kearah
perkara haram disisi syara’ maka jalan yang hampir kearahnya turut serta
diharamkan didalam menutup pintu maksiat tersebut melalui kaedah ((سد
الذريعة.
Menurut pandangan yang meletakkan kedudukan pelajar sebagai peminjam yang
memperolehi dosa daripada sistem pinjaman ini oleh golongan ahli yang
mengkritik tindakkan pelajar yang lebih mampu untuk bergantung pada kewangan
lain, selain daripada pinjaman PTPTN ini. Ujarnya mereka, pelajar yang lebih
berlatar belakangkan keluarga yang kaya tidak sepatutnya menggunakan pinjaman
PTPTN ini untuk kepentingan lain. Iaitu duit dihabiskan terhadap
perkara-perkara yang tidak berasas dan tiada kaitan dengan pembelajaran mereka.
Mereka juga, iaitu golongan yang mengatakan ia haram, kerana terdapat pelbagai
ikhtiar lain yang dapat diperolehi oleh para pelajar itu. Ini seperti mereka
telah mengkritik terhadap para asatizah yang mengatakan harus melalui kaedah “ الضرورات تبيح المحظورات”.
Kerana ia masih tidak
diistiharkan sebagai keadaan yang dharurat sekiranya banyak jalan lain yang
boleh diusahakan untuk menggelakkan diri daripada pinjaman PTPTN ini. Sebagai contoh,
pelajar boleh mememilih instistusi yang menawarkan pengajian yang dijamin
pinjaman itu daripada MARA dan anak negeri terutama IPTS bukan jenis IPTA.
Harus keatas Pelajar dengan beberapa sebab
yang kukuh.
Pandangan ini lebih didominasikan oleh
golongan Asatizah yang telah meletakkan Si peminjam ini (Pelajar) dalam
beberapa kaedah. Kerana golongan yang dielakkan untuk menanggung dosa daripada
pinjaman ini adalah dilandasi oleh keadah-kaedah Fekah yang lebih Darurat dan Mas’ul
disisi Syara’, ini seperti kaedah:
1-
“الضرورات تبيح المحظورات” perkara-perkara yang
lebih darurat dapat mengharuskan perkara-perkara yang diharamkan. Oleh sebab
posisi seorang pelajar yang tidak mampu untuk menanggung kos pembiayaan
pembelajarannya di institusi pengajian itu yang melibatkan terhadap perkara-perkara
asas seperti yuran, pakaian dan makanan harian mereka kerana mengutamakan jalan
untuk menutup ilmu itu adalah perkara yang wajib keatas semua Muslim. Maka
perkara-perkara yang Mas’ul inilah dijadikan alasan buat mereka harus meminjam
PTPTN ini. Akan tetapi kaedah ini telah dikritik oleh golongan yang mengharam
PTPTN ini oleh golongan yang pertama tadi dengan mengatakan:
·
Perkara darurat adalah yang melibatkan nyawa
sahaja.
·
Usaha lain boleh didapati, iaitu banyak lagi
institusi pinjaman ataupun tempat pengajian yang tidak menggunakan PTPTN
sebagai duit poket para pelajarnya.
Oleh sebab itulah, golongan kedua ini
meletakkan prinsip “الضرورة بالقدرها”
dengan kadar yang
dihadkan, iaitu tidak melampau-pampau sebagai mana pembaziran.
2-
“ درء مفاسد جلب المنافع” menggelakkan diri
daripada perkara yang lebih buruk dan beralih kepada perkara-perkara yang
bermanafa’at. Kaedah ini disindirkan terhadap spiritual seseorang pelajar
tersebut. Iaitu sekiranya dengan sebab PTPTN manusia didalam sesebuah
masyarakat tidak menuntup ilmu dan berada didalam kejahilan itu adalah satu
keburukan. Kerana kejahilan ini boleh membawa kearah syirik kepada Tuhan. Akan tetapi
perlu diingatkan bahawa “درء مفاسد هو أوليات من جلب منافع” iaitu diutamakan tidak terjerumus dalam
kerosakkan daripada mengambil akan kebaikkan itu.
3-
Menarik minat saya didalam memberi konklusi
dengan pandangan Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman didalam laman sesawang beliau.
Beliau telah mengulas dan memberi satu kesimpulan apabila mengatakan tiada
tanggungan spiritual buat para peminjam PTPTN tersebut. Oleh kerana Majlis
Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa terhadap konsep ujrah yang dibenarkan
didalam Islam itu. Namun, disebabkan beberapa permainan politik, menyebabkan
PTPTN yang keluar sebelum Fatwa dikeluarkan itu membuatkan Fatwa pula yang
mengikuti konsep pinjaman dan BUKAN Fatwa yang patut keluar terdahulu supaya
konsep PTPTN yang patut menuruti Fatwa itu sebenarnya. Pada hakikatnya PTPTN yang
ada sekarang masih lagi mempunyai unsur riba dan Fatwa Kebangsaan itu masih
lagi tidak menepati piawaian syari’ah sebenar. Namun, ini adalah sebagai satu
usaha walaupun dengan kadar perubahan yang sedikit kearah satu pembaikkan.
Dengan bersandarkan kepada Fatwa ini, maka pengecualian keburukan spiritual
buat peminjam dapat dielakkan. Kerana mengikuti satu hadith Rasulullah saw
walaupun ijtihad itu salah ia masih diterima dan diberikan satu pahala.
Haram pada Permulaan dan Harus pada Pengakhiran
1-
Langkah pembaikkan daripada diri para peminjam
sendiri apabila PTPTN ada menawarkan konsep Al-Ibra’ iaitu pinjaman hangus
tanpa bayaran balik dan konsep ini juga diharuskan didalam Islam. Ini adalah
satu peluang buat para peminjam PTPTN didalam mencapainya. Dengan itu, para
pelajar hendaklah berusaha kearah itu (iaitu syarat untuk mendapatkan
Al-Ibra’). Ini seperti mengutamakan peranan sebagai seorang pelajar yang berperibadi
cemerlang dari segi pengurusan akedemiknya. Dengan menjaga tingkah-laku sebagai
pelajar iaitu tidak membuang masa, sentiasa berada di perpustakaan dan hadir
keseluruhan kuliyyah kecuali daripada ke’uzuran yang amat darurat sahaja.
2-
Melihat satu lagi pandangan, melalui sebuah
Hadith Rasulullah saw didalam shohih Muslim no 3002 bab Al-Musaqah yang telah
menjadi pandangan Jumhu Ulama' soal nilai harta si pemberi hutang bertambah kepada
si peminjan tersebut, adalah contoh daripada Abu Rabi' sesungguhnya Rasulullah
saw memberikan anak unta yg dillahirkan sebagai sedeQah kepada pemilik unta Abu
Rafi' yang dipelihara sebelum ia dilahirkan. Dan sesungguhnya Rasul saw
bersabda: "Berilah kepada dia, sesungguhnya manusia yang dicintai iaitu
sebaik-baik melaksanakan pemberian itu.." jadi melalui pandangan ini, 1%
itu boleh dianggap sebagai sedeqah terhadap memuji sifat ihsan si pemberi
hutang.
Pada pandangan
peribadi saya, sememangnya para pelajar yang telah terlibat dengan PTPTN ini tidak
mahu untuk memakai pandangan asatizah yang pertama tersebut. Dan lebih
cenderung kepada pandangan UZAR didalam dilemma terhadap isu ini. Apa-apapun
sebagai seorang berperibadian Muslim, kita hendaklah sentiasa melakukan taubat
setelah terdiri rasa diri ini tercederung kepada dosa-dosa halus dan besar. Ketahuilah
bahawa Allah itu menerima taubat akan setiap daripada hambaNya. Sekiranya disambungkan
akan ayat al-Quran itu, semestinya anda akan bertemu kata-kata lamaran Ta'ala yang bermaksud:
279. Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya)
ialah pokok asal harta kamu. (dengan Yang demikian) kamu tidak berlaku zalim
kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.
Maka taubatlah sebagai penawar bagi kemuskilan setiap daripada hati
pelajar yang rasa masih ragu-ragu dengan kesan spiritual daripada pinjaman
PTPTN ini. Tapi insyaAllah sekiranya niat baik oleh Majlis Fatwa Kebangsaan itu
menjadi pengangan, Maka bersyukur terhadap pendapat UZAR itu lebih bermakna
bagi para pelajar yang terlibat ini.
subahanallah perincian yang detail sekali... alhamdulillah atas pencerahan ini.
ReplyDelete