Friday, November 10, 2023

Starter Pack for Salik [Wise Order for Beginner]

[Pendahuluan] Kenyataan oleh kolonis Taufik Damas dalam sesawang Nu-Oline itu adalah tepat. Tokoh rujukan bagi sumber faham ilmu bagi amalan meningkatkan spiritual adalah pada tahap membimbangkan di Nusantara sekarang ini. Di Malaysia misalnya, tokoh agamawan yang boleh menjadi sumber rujukan masalah ilmu ketepatan spiritual jiwa dan kerohanian sukar dicari serta ditemui dalam kehidupan masyarakat majmuk dewasa ini. Sebaliknya agamawan dan tokoh asatizah yang bersifat faqih lagi profesional dalam bidang hukum-hakam syariat Fekah sahaja semakin meningkat melambak dalam mana-mana pasaran di merata tempat hatta di pelusuk dunia Islam sekalipun. Bahkan segala hukum berkenaan Fekah samada dahulu atau isu kontemporari semua berjaya diperoleh dengan pembacaan online yang mudah dan dihujung jari.

Hakikat dewasa ini, masyarakat tidak mengetahui kepentingan ilmu kerohanian spiritual Islam dan matlamat bagi menghidupkan jiwa dan roh mereka. Mereka menyangka bahawa Islam datang hanya berkisarkan membawa syariat berkenaan hukum-hakam Fekah sahaja dan mengenai dosa pahala haram dan halal bagi taat atau ingkar pada syariat Fekah sahaja. Mereka tidak tahu bahawa roh juga ada syariatnya tersendiri, memiliki tatacara hukum-hakamnya dalam gerak geri tujuan dan matlamatnya. Bahkan sebahagian besar masyarakat tidak pun pernah mengetahui syariat batin atau ilmu kerohanian itu wujud dan ia merupakan tuntutan dalam agama Islam yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW melalui wahyu juga sebagai syariat Fekah yang wajib mereka laksana sekarang. Kesannya, masyarakat Islam terus berada dalam kejahilan dan jiwa kerohanian mereka menjadi kosong dalam menyembah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa. Mereka seumpama buih-buih yang penuh berada dilautan, lalu datang angin hilangkan dirinya sekelip mata. Kerana menjadi Mukmin yang hanya dilihat nampak hebat diluaran namun hakikatnya kosong dan punah dalamannya.

Dalam tuntutan syariat batin, pengistilahan salik adalah tidak asing. Salik merupakan ism fa’il di atas wazam fa’ilun daripada perkataan salaka [bermaksud berjalan]. Justeru salik merujuk kepada orang yang berjalan. Salik lalu dijama’kan [dipluralkan] menjadi Salikin iaitu orang-orang yang berjalan. Pada pengertian istilahnya, Salik adalah seseorang yang berjalan menuju kehadrat Allah SWT dengan gigih dalam melaksanakan ibadat-ibadat yang besar dan kecil supaya dapat mengapai redaNya dan sampai kepada maksud perjalanan yang ditujuinya. Penulis belum memiliki suatu keberanian untuk meletakkan perkataan kerohanian atau kesufian. Kerana sebahagian ulama juga mengiktiraf bahawa orang mengamal syariat zahir itu sebagai satu jalan menuju Tuhan juga. Walaupun sehebat-hebat dari kalangan mereka itu, tiada bukti kerohanian yang boleh mengatakan mereka sampai kepadaNya.

Jalan untuk menuju Tuhan ini dikatakan dibahagikan kepada beberapa jalanan daripada ahl al-ibrah (golongan yang berpengalaman dan pernah merentasinya), iaitu jalanan bagi golongan orang syariat, tarekat, dan hakikat. Namun, dalam entri ini penulis ingin mengemukakan pujian kepada jalanan melalui jalanan orang hakikat sahaja. Sebelum itu, penulis menyedari bahawa sebahagian agamawan yang menulis karya mereka juga memberi istilah sufi kepada orang-orang alim Fekah sahaja (agamawan ke arah ortordoksi). Walaupun di sini penulis sendiri tidaklah sependapat dengan hal yang sedemikian sebagaimana yang mereka kemukakan. Kerana berdasarkan al-ibrah (pemerhatian) terhadap golongan jalanan yang faqih pada syariat semata-mata ini, tidak ada bukti bahawa mereka sampai kehadrat Allah SWT yang dimaksudkan dengan tujuan dalam pengertian istilah salik yang wujud dalam kesufian.

Maka jelaslah di sini pendapat penulis setakat ini, bahawa salik lagi sufi adalah sebetulnya merupakan golongan tepat sebagai orang yang berjalan dalam meningkatkan darajat kerohanian ditahap diredai oleh Allah SWT. Kerana perjalanan ini yang dimaksudkan adalah perjalan kerohanian yang berkaitan tatacara syariat batin, dan bukanlah perjalanan syariat zahir sahaja tanpa dapat meneka hal ahwal roh si salik serta perangainya. Melalui al-khibrah, jelas bahawa bukti yang dikemukakan oleh aliran jalanan daripada tarekat dan hakikat lebih kukuh dan konkrit elebainya tentang persoalan darajat roh orang yang berjalan semangkin berubah tahap dan meningkat. Kerana di sana roh dikatakan bertukar-tukar darjatnya daripada yang hina kepada yang dipujiNya.

[Perbincangan] starter pack ini bermaksud perkara asas sebelum melakukan perjalanan atau pengembaraan kerohanian sebagai seorang salik (orang yang menjalani suluk). Persedian yang pertama adalah menuntut supaya memiliki akidah atau iktikad yang benar dan suci. Aspek ini utama yang memainkan peranan bagi salik dalam perjalanan kerohanian supaya sampai. Kerana daripada kisah pengalaman menceritakan telah ramai salik yang berjalan dalam tempoh yang lama, bahkan tidak pernah sampai hadrat yang ditujuinya ialah Allah SWT. Ada dalam kalangan mereka berputus asa lalu berhenti di jalanan, ada dalam kalangan mereka meninggal dunia di pertengahan jalan (Tuhan mengampunkan mereka). Realitinya, kesucian unsur iktikad merupakan tempat untuk segala perbuatan kerohanian kembali dan diterima bagi tujuannya sampai ke hadratNya, sekiranya seseorang salik tidak memiliki akidah yang benar, nascaya segala amalan ibadah kerohaniannya sesat di tengah jalan sahaja dan segalanya menjadi hampa. Maka di sini, ketahuilah bahawa seseorang yang belum berjalan itu wajib atasnya mempelajari ilmu Akidah yang benar daripada ulama yang benar Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar kemudian pergi berhadapan dengan Ahl al-Khibrah dalam aliran al-Kashf.

Kedua adalah menuntut dia mengetahui cara pengamalan ibadah dan istiqamah dalam memeliharanya. Semestinya dia (orang yang berkeinginan) wajiblah menuntut sekalian ilmu fardu ain dahulu. Sekadar-kadar digunakan sehari-harian kehidupan sebagai hamba Allah SWT dan juga seorang salik yang sentiasa melaksanakan ibadat harian. Dimaksudkan fardu ain di sini ialah ilmu Akidah, ilmu Fekah dan seterusnya Tasawuf. Ilmu Akidah sepertimana yang dikemukakan di atas sebentar tadi. Ilmu Fekah pula penting kerana perjalanan mestilah mengikut landasan syariat Nabi SAW secara zahir hukum-hakam Fekah yang telah disyariatkan. Tiada perjalanan selainnya, kalaulah ada orang kata, bahawa terdapat perjalanan lain lalu jalanan itu juga sampai. Maka hendaklah diketahui bahawa sampai bukanlah menjadi tauladan yang lainnya. Dia mesti tahu dan peka dengan setiap gesaan Fekah ke atas sesuatu ibadat dilaksanakan. Dia haruslah peka bahawa solat apabila masuk waktunya sahaja. Dia sepatutnya peka bahawa solat sebabnya adalah terbit atau terbenam fajar (cahayanya) disebabkan aturan falakNya. Dia kena peka bukan taqliq pada orang yang jahil bertaqliq pada Fekah spesies hybrid selamanya. Kerana asal syariat Nabi SAW adalah menjiwai kerohanian, hilanglah sekalian syariat zahir tanpa jiwa kerohanian pada maknanya (tujuannya).

Ketiga, mempunyai guru kerohanian yang mursyid. Jikalau tidak ada yang mursyid, sekurang-kurangnya guru yang pernah ditunjuki oleh mursyid. Sekiranya tidak ada, sekurang-kurang ahli ibadat yang merasai dhawq. Sekiranya tak ada sekurang-kurangnya ahli ibadat yang pernah merasai dhawq walaupun sekali. Sepertimana penulis meriwayatkan bahawa perjalanan mestilah perjalanan Nabi SAW. Baginda SAW merupakan tauladan pertama dan terakhir dalam manasik suluk ini. Baginda SAW ditunjukkan peristiwa berjalan di dalam kisah pensyariatan isra’ dan mikraj (mengaplikasikan tuntutan surah al-Isra’). Baginda SAW sekalipun berjalan serta berguru di sisinya didapati Malaikat Jibril. Jibril AS menjadi guru rahsia bahawa gurunya yang mengiringi baginda SAW dalam perjalanan menuju ketuhanan. Apabila ditanya olehnya baginda SAW mengenai sesuatu hal, maka Jibril AS menjawabnya. Justeru, apabila ditanya oleh seorang murid yang salik, guru mursyidlah jawapannya. Guru mursyid yang menjaga dan memeliharanya daripada keselewengan dalam proses perjalanan sebagai salik. Sungguhnya guru mursyid sedia diketahui bahawa sukar untuk didapatinya (rujuk isu kolonis Taufik Damas di atas sana sebentar tadi). Apa yang perlu diikhtiarkan adalah senantiasalah berdoa untuk bertemu dengannya.

Keempat, mempunyai niat yang suci dan murni. Suci tahap pertama suci bagi kategori orang awam. Kategori awam meniatkan apa yang mereka rasa menyenangkan di dunia dan memberi dia akan keingingannya. Misalnya, mereka melaksanakan solat sunnat dhuha bagi memperoleh rezeki dunia berlipat ganda. Suci tahap kedua adalah suci daripada kategori orang syariat. Kategori syariat meniatkan semoga mendapat kebajikan dan pahala di atas setiap susah payah ibadatnya. Suci tahap ketiga ialah suci kategori orang tarekat. Kategori tarekat meniatkan pangkat bagi iman, darjat, kasyaf, ladunni, karamah dan sebagaimananya dalam melaksanakan ibadat. Adalah niat yang sebenar-benar niat yang diperlukan oleh salik yang sebenar ialah niat kategori orang hakikat. Orang hakikat meniatkan semata-mata kerana mencintaiNya (Mencintai Allah dan RasulNya). Mereka tiada hairan akan pahala, syurga, neraka, karamah, kasyaf, ladunni sebagainya. Keikhlasan cinta ini sukar untuk penulis ceritakan dan ditafsirkan kecuali dia sendiri akan menonjolkan dengan segala perbuatannya, setidaknya berhentilah huraian bagi mereka yang cerdik akan di sini. Di sini tiadalah yang menyintai itu, kecuali sentiasa menyaksi yang dicintainya. Intaha.

Tuesday, October 10, 2023

HIMMAH GURU: Mereka Berhak Tidak Bergembira Dengan Kehadiran Seseorang Murid


[Reading this entry at your own risk]

[Penafian: entri ini tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia] berdasarkan pengalaman, Setahunya semasa penulis belajar di sekolah sehingga di pengajian tinggi, hatta pengajian secara tidak rasmi dimana-mana sekalipun, dan penulislah cukup hormat dalam urusan menjaga tingkah laku dan adab dihadapan guru. Sungguhpun adab dalam menuntut ilmu generasi sekarang semakin memudarkan dan hilang. Walaupun maklum bahawa adab sentiasa diajar dipusat-pusat pengajian yang tidak rasmi, seperti sistem pengajian Pondok, Pasentran dan sebagainya, di sana amat memetingkan aspek menjaga adab-adab pengajian yang tinggi dan melahirkan para pelajar yang mulia berakhlak, lalu pelajarnya mendapat himmah daripada guru-guru mereka dengan baik. Sebaliknya, apabila konsep pendidikan di sesuatu intitusi pendidikan baharu yang dicemari dengan prinsip “Education is Bussines”, di sini bermulalah pelbagai drama yang meruntuhkan budaya adab dan akhlak dalam amalan dan tradisi menuntut ilmu.

Himmah (adab dan kefahaman) keperguruan diguriskan dengan kehendak majikan yang hanya menjaga prinsip customer first (mencari keredhaan dan keinginan si pelanggan). Aspek adab seperti disiplin dan ketegasan keperguruan terus pudar dan tidak berdaya lagi diasah bahkan ditinggalkan serta dibiarkan ia tergelam sebagai suatu sikap sejarah selamanya. Inilah satu mutiara bernilai serta himmah yang tidak diperdulikan lagi pada masa sekarang, kerana majikan suka mengujarkan bahawa: “cikgu, ingatlah bahawa zaman itu dah berlalu, cara itu dah tak boleh pakai pada masa sekarang..” Then now, what you wishing, you got. Kedunggulan terus datang bertubi-tubi, tatkala mereka mengambil metode pendidikan ala-ala milenial yang mengatakan: “student itu umpama kawan kita”. Lalu kebiadaban para murid generasi milenial ini mendonggak naik, kerana telah melayan guru seumpama melayan kawan-kawan mereka dan menerapkan penarafan yang sama darjat. Boleh menyampa guru mereka ala-ala gaya hidup di alam milenial mereka.

Benarlah pepatah mengingatkan bahawa ketarafan guru dan murid adalah tidak sama, darjat keperguruan adalah mulia. Guru berhak untuk tidak menyukai dan tidak bergembira dengan kehadiran seseorang murid dalam menuntut ilmu daripadanya. Tapi seorang murid adalah tidak berhak berbuat ke atas guru itu dengan demikian rupa. Kerana bermula hadis Nabi SAW mengujarkan yang bermaksud: “Hendaklah kamu menjadi orang alim yang mengajarkan ilmu, sekiranya tidak mampu, hendaklah kamu menjadi pendengar ilmu iaitu penuntut ilmu, sekiranya tidak mampu, hendaklah kamu menyukai mereka, sekiranya tidak mampu, janganlah kamu membenci mereka..” Fahamilah.

Pada suatu ketika, mereka memeningkan kepala dalam sesuatu “meeting”. Bagaimana tidak, kerana telah gusar dalam memikirkan jiwa murid milenial yang mudah memberontak, mereka telah membudayakan amalan ponteng kelas dan tidak datang sekolah, melakukan pelbagai masalah illegal issues. Murid milenial berperaan mudah koyak, lalu tidak suka dengan sekolah dan orang-orang di sana. Disebabkan aku ada disisi “meeting” itu, lalu aku menyindir “cikgu.. makbapak dia bayar yuran pernah missed tak? Kalau tak, perduli apa dia nak datang taknak.. asalkan gaji kita jalan..” Dulu, kalau aku mengambil jalan ketegasan, bahawa sikap kebiadaban seperti tidak menepati masa, gagal menyiapkan kerja sekolah, suka ponteng sekolah, itu dan ini etc adalah bakal dikenakan tindakan tegas dan denda, lalu bertalu wassap sampai dalam paparan screen hpku. Mereka kata: “cikgu.. mohon padam mesej itu” So, aku angkur dan padam sebabnya: “customer first, education make money”. Then yess. I totally agreed. There no money, and no job for you here.

Padahal pengurusan ala-ala barkoba ini adakah mereka pernah peduli serangan parents berspesies mental illness ni yang sentiasa menyerang guru selama ini? Mana taknya, pada jam 12 AM to 2 AM mesej tidak berpuas hati dengan guru tak tahu apa masalah hala tuju masih menganggu masa rehatnya. Mana taknya, mereka mesej ingin melepaskan geram dan tak penting bagi tanda seru ! kat guru, lalu tiada pula siapa dapat mengata pada mereka: “ibu-ibu bapa-bapa, tolong padam mesej tu, jaga akhlak dan adab dengan guru anak-anak tuan puan yang bersusah payah mendidik anak-anak kita” supaya mendapat berkat dan himmah.

Suatu hari bukti kedunggulan yang dilakukan para murid-murid. Teacher days disambut ala-ala Milenial katakan. Buat anugerah mengarut-ngarut tidak berfaedah. “Anugerah guru paling sporting”, “Anugerah guru paling famous”, “Anugerah guru paling tiktoker”, “Anugerah guru paling kelakar” sampailah segala-gala anugerah pada tahap pemikiran kekeraan dihutan disebut bagai. Inilah generasi Milenial katanya, tahap pemikiran kemonyetkan, takda hala tuju gaya bertamadun hanyalah yang tinggal sebuah cekerama bertemakan pemikiran tahap orang utan. Sedarlah bahawa segala tema anugerah kekeraan yang disebutkan itu, seperti “anugerah sporting” maksudnya “guru yang paling tidak ambil kisah terhadap kemalasan murid atau tindakannya bersifat undisciplined”, kalaulah seorang guru itu berjiwa tegas (melihat anak muridnya tidur masa belajar nascaya didendanya), maka takkan ada padanya anugerah paling sporting ala-ala faham kekanakan hingusan tadi.

Heyy..! Sedarlah awak tu mengajar anak orang berwang, anak orang berjawatan dan elit. “We pay you, dont talk, do your service!” Bukanlah suatu kenyataan yang pernah dipaparkan di sana secara jelas. Tapi contents “ketersiratan” atau “disebalik layar ucapan literal” telah lama wujud. Pada hari diskusi akademik misalnya, apabila sebahagian parent menyedari kegagalan anak mereka dalam sesuatu subjek, what they does? They come to meet their teacher. Yess! exactly is not problem, because we are ready welcomed them to do so. But.. something they did actually, they were feel not puas hati terhadap guru itu sebenarnya, (majority that i seen, not at alls) they try hard to find the teacher problems, and that will able them blash and attack he or she personally. This is real happened.

Mereka tidak percaya terhadap profession keperguruan pada hari ini, lalu pemikiran mereka yang dominan mengatakan bahawa: “ini mesti guru ni silap tanda kertas anak saya, anak saya tak salah, something else problems. So, ada mereka yang spesies merasa lebih berjawatan daripada warga pendidik datang mencari guru-guru yang mereka rasa yang patut disalahkan, lalu meminta kertas exam anaknya, dan mengarahkan supaya guru itu hanya duduk diam tanpa berbicara dihadapannya. Dia hendak jadi pro-examiner dan melihat kesilapan guru tersebut, kerna mereka merasa lebih berprofessoran daripadanya. Never make mistake. Then, mereka try to complain something according to their understanding, otherwise, it totally deviating from the textbook saying. Then the teacher try to say that, it is according to textbook and it exactly right according to ilmu usulfiqh..bla..bla.. Lantas mereka angkat tangan and say “i know, cikgu”. (Mind talks: what kind of you know? You are wrong way and you try make up an wrong conclusion now). So, the teacher decide not to talk, just see their showing the stupidity.

Berlagak dengan jawatan. Ada juga berlagak dengan kekayaan harta dan kemerasaan sebagai makhluk Tuhan yang elit. Tak boleh terima kesalahan remeh temeh guru terhadap anaknya. Walaupun guru mengetahui kesilapannya dan memohon kemaafan berkali-kali di atas hal tersebut, lalu telah memperbetulkannya. Tetapi mereka menonjolkan sikap gagal membudayakan sifat memaafkan dan menerima kesilapan tanpa menaruh rasa dendam. Namun, mereka rasa tetap berdegil dengan keangguhan dirinya yang melebihi guru itu. Ego yang mengatakan: akulah orang lebih vip dan kaya, aku boleh buat apa-apa yang aku suka. Ada juga yang mengalami masalah rumahtangga, lalu dibawa ke sekolah dan gurulah menjadi tempat mangsa melepaskan segala geramnya. Suka membuat andaian yang bukan-bukan terhadap guru serta menabur fitnah perkara yang tidak diujarkan guru, supaya dapat memburukkan prestasi guru atas dendam dan rasa tidak berpuas hati dengan masalah dirumahnya. So, honestly my advise here is: “Please leave outside yours jawatan and gelaran when come to school”. Tambahan lagi, budaya parents elit banyak wujudnya di institusi pengajian swasta, oleh sebab kemerasaan bahawa dialah orang kuat atau suaminya orang kuat ala-ala “lembaga pengurusan dalam pentabdiran di institusi tersebut. Jadi dia bebas menghina, memaki, dan membuat andaian baru (fitnah) terhadap para guru yang dia merasakan telah gagal mengajar anaknya. Lantas dia menanti peluang dan mencari ruang kesalahan guru sebagai modal attack dan membalas rasa dendamnya.

Maka aku berfatwa (maksud berfatwa di sini bukanlah aku mufti atau ulama) bahkan mengatakan aku memilih jalan untuk berijtihad bahawa aku akan melakukan sebegini dan mengguna pakainya. Iya aku berfatwa, dalam menghadapi spesies yang suka berlagak, angguh, ego, suka-suka menyalahkan guru tidak tentu hala ini, gagal bertassamuh. Tak usahlah belajar dan berjumpa dengan guru itu, pergilah cari guru lain. Berdasarkan prinsip “Furu’ menentukan sebagaimana pada usulnya”, iaitu ibubapa memuncakan anaknya-anaknya.  Then i decided, not to teach their child. “kalau aku dah tak suka, mestilah aku tidak gembira dengan kehadirannya sebagai muridku”. Sekiranya mereka termasuk dalam senarai kelasku, maka mengarahkan pihak terlibat supaya memindahkan pelajar tersebut ke kelas lain. Sekiranya dia masih kekal di hadapanku, maka aku tidak memperdulikannya. Ibarat kata fiqh “وجوده كعدمه” iaitu adanya dia umpama tiadanya.

Tindakan ini adalah bertepatan dengan hadis nabi SAW. Pada suatu ketika apabila seruan perang di jalan Allah SWT dikeluarkan, maka terdapat segelintir daripada orang Islam pada zaman baginda SAW gagal keluar berperang. Lalu apabila nabi SAW pulang dari medan perang, menghendaki setiap yang orang gagal itu mengemukakan alasan mereka. Lantas mereka telah memberikan pelbagai alasan, alasannya yang remeh-temeh seperti kambing mahu beranak, buah kurma sedang ranung masak dan sebagainya. Namun, terdapat sebahagian daripada mereka itu memberikan alasan palsu iaitu menipu nabi SAW. Baginda SAW melakukan hukuman memulau (boycott) terhadap mereka yang bercakap benar itu selama 40 hari. Tetapi baginda SAW tidak melakukan apa-apa terhadap sebahagian lagi orang yang mengemukakan alasan palsu dan menipu baginda SAW.

Di sini dapat difahami bahawa, baginda SAW tidak memperdulikan hukuman ke atas golongan yang telah menipu baginda SAW. Hakikatnya nabi SAW adalah mendapat wahyu daripada Allah SWT dan baginda SAW sudah tentu dapat mengetahui penipuan yang dilakukan oleh orang lain. Sebenarnya tindakan nabi SAW dengan tidak memperduli itu adalah laknat baginda SAW ke atas golongan yang menipu. Sekiranya laknat nabi SAW ke atas seseorang maknanya baginda SAW tidak mengaku mereka sebagai ummat baginda SAW dan tidak akan mendapat syafaat baginda SAW di Akhirat kelak.

Dalam banyak hal terhadap pengalaman perguruan yang aku lalui, murid-murid yang kelalaian menunjukkan tanpa adab belajar yang baik itu banyak. Padaku yang remeh-temeh seperti mereka tidur waktu mengajar, keluar kelas terlalu lama dan sebagainya. Aku tidak kisah hal yang remeh-temeh itu, walaupun ia sememangnya tidak patut ke atas seorang murid berbuat demikian. Tetapi, kebiadaban yang paling tidak menyelesakan adalah apabila mengajar mereka menyembang sesama sendiri. Apa yang aku lalui dalam pengajian dengan guru-guru, itulah juga yang aku ajarkan pada sekalian murid-murid yang aku hadapi. Guru kami, sekiranya terdapat pelajarnya tidur, sukar aku melihat mereka murka. Tapi, kalau terdapat pelajarnya yang menyembang, guru-guruku murka dan memarahi mereka secara tegas.

Paling dasyat yang aku temui kebiadaban murid-murid yang menipu dihadapan gurunya. Walaupun dia tahu bahawa gurunya mengetahui dia sedang berbohong dan menipu, masih juga dia mahu menegakkan benang yang basah itu, demi mengatakan dihadapan ibu bapa mereka bahawa mereka tidak salah, yang semestinya salah guru ini. Aku pernah hadapi perangai kebiadaban seperti ini, dan aku hanya mampu menghulurkan senyuman. Selepas itu, aku tak suka dan tidak gembira dengan kehadirannya di dalam mana-mana kelas aku lagi. Aku memilih untuk mengambil jalanan nabi SAW dalam memulau golongan ini, dan bukanlah sampai aku melaknatnya, aku tidak sesekali melaknatnya, cumanya “kalau aku dah tak suka, lalu tak mahu ketemunya lagi, pergilah berguru selain dariku, jangan menganggap bahawa aku gurumu di dunia dan akhirat”.

Wednesday, September 27, 2023

KESUFIAN DAN SALIK: HAKIKAT DAN REALITINYA


Ramai dalam kalangan orang Islam menyangka, bahawa buatlah ibadat sebanyak mungkin nanti mati kemudian hari menghadap akhirat dapatlah masuk Syurga. Kata guru kami “kalaulah Syurga itu atok kita yang punya, kita dapat booked sampai habis keturunan sehingga anak cucu kita”. Ingatlah bahawa Syurga itu dimiliki oleh Tuhan. Bermula tafsiran saya yang memahami kata guru ini ialah, aspek kenal mengenal menjadi key indicator terhadap isu dan polemik keinginan memasuki ke Syurga Tuhan (kabel). Saya dahulu (semasa disibukkan dengan ilmu syariat fekah semata-mata) juga merupakan salah seorang yang sentiasa bersusah payah memperbanyakkan amal ibadah kerana telah menyangka dengan banyaknya ibadah itu masuk Syurga. Selepas itu saya tersungkur (berpenasaran) dengan mendapat petunjukkan illahi (ilmu kejiwaan), bahawa mana bukti segala ibadat itu dapat menjadi jaminan (tiket yang pasti) berjaya masuki SyurgaNya?

Maka sesungguhnya saya menyesali kehampaan di atas kejahilan itu. Lantas perspektif umum oleh golongan orang awam dengan meramalkan akan masuk Syurga dengan banyaknya ibadat adalah melencong pada realitinya. Betapa ramai orang Islam yang telah mati meninggalkan kita. Kekadang aku juga mengamati kejiwaan keperguruan di tempat kerja. Apabila ibubapa merasa sedih di atas prestasi anak-anak mereka yang kurang memuaskan, lalu aku cuba menaikkan semangat anaknya. Dengan mengujarkan “awak push sikit lagi, kejap je belajar ni cantikkan sijil SPM awak ni, tahan kesukaan awak yang lain dengan study sungguh setahun je lagi bagi cantik straigh A’s”. Hakikatnya aku lupa, bahawa kejayaan yang paling besar adalah memperoleh SyurgaNya di hari akhir. Kenapa aku gagal convert to “you push sikit je kat dunia ni, sap lagi nak mati dah”. Kerana waktu kehidupan ini sungguh kerdil dan ringkas sahaja. Bahawa syarat bagi mati bukanlah usianya tentunya dah tua atau lanjut usia, bahkan syaratnya hanyalah sekadar hidup. Ramai kenalan kita mati lagi muda daripada kita, sedang buat apakah mereka di sana sekarang.

Kegoncangan jiwa disedari dengan realiti kerohanian. Bahawa tidak ada bukti kerohanian yang menjamin dialah ahli Syurga. Apa yang realitinya adalah aku pun tak pasti ahli Syurga ke tidak. Bagi menyedakkan rasa hati, beliau mengatakan “dah buat ibadat dan taat kepadaNya, dah meninggalkan haram dan maksiat, mungkin ahli Syurga la kot”. Perkataan “kot” adalah bukti ramalan yang tidak pasti dan tentu hala. Tanpa ilmu kerohanian sudah pasti dia tidak dapat mengukur dan meneka terhadap ketepatan rasanya di akhirat. Realitinya adalah apabila ketidakpastian dan sikap ramalan ini, hakikatnya bukti tidak memperoleh Syurga. Iya! Nabi SAW tidak mengajarkan ummatnya agama sekadar ketidakpastian dan ramalan, agama ini bukanlah ramalan soalan peperiksaan SPM. Nabi Muhammad SAW menuturkan tentang kepastian dalam beragama. Mana buktinya? Nabi SAW memberikan konfirmasi terhadap para sahabat baginda merupakan dijanjikan Syurga. Kenapa kita gagal mengkonfarmasikan kedudukan kita di akhirat berdasarkan hayat di dunia? Jawapnya kerana kita yang bodoh mengetahui jiwa dan kerohanian. Kita sememangnya bodoh dan telah tertipu.

Kesufian merupakan pakaian bagi Salik. Salik pula ialah orang yang berjalan di dunia kehidupan ini bagi membuktikan kerohaniannya sampai ke hadrat Allah SWT yang diredai. Tidaklah ada tempat bagi orang yang diredai Allah itu melainkan diletakkan di dalam syurgaNya. Bahasa mudahnya, sang Salik itu orang yang dapat mengkonfirmasikan dirinya di dunia ini samada ahli Syurga ataupun tidak. Kerana dia memiliki bukti yang jelas (sekiranya dia berjaya sampai ke hadratNya di dunia) tentang ketepatan jiwa kerohaniannya di sisi Tuhannya. Perkara pertama bagi Salik adalah memiliki ilmu tasawuf, samada ilmu tasawuf ibadah dan tasawuf makrifah. Lalu dialah dikehendaki memakai ilmu tersebut sentiasa (iaitu sentiasa mengamalkannya). Pengamalan terhadap kedua-dua ilmu tasawuf ini, secara tidak rasmi dialah mengamalkan aspek kesufian Islam. Istiqomah dan muraqabah dia di atas jalan penyucian jiwa dan amalan zikir secara jahar dan sirr adalah tempat dinamai sebagai tarekatnya di atas kesufian.

Suatu hari nanti, dia (orang Salik) akan mendapat maqam (kedudukan atau darajat) iman yang kamal dan kerohanian yang mulia. Lantas dia merupakan hamba Allah SWT yang tidak sama daripada orang kebanyakan orang awam yang suka meramal dan menyangka-nyangka. Kerana majoriti besarnya Salik ini biasanya wali, tapi kita tidak dituntut untuk menjadi wali. Sebaliknya kefarduan di atas setiap Muslim itu menjadi Salik. Kalaulah ada golongan yang rigid dengan istilah Salik, maka gunakanlah istilah lain seperti hamba yang mengapai redaNya, atau orang Islam yang melaksanakan tazkiyyah al-nafs (penyucian jiwa), atau insan yang rabbani. Istilah Salik hanyalah satu istilah pinjaman, tujuan utamanya ialah kembali menjadi hambaNya yang diredai. Pekembalian itulah sesuatu perjalanan. Tuhan berkata: man salaka ibadi anni.. (barangsiapa yang berjalan yang menuju kepadaKu..). Kemahuan untuk kembali bukanlah soal mudah, melainkan menuntut adanya ilmu tentang perjalanan bagi tujuan kembali. Ilmu yang pertama ialah “kepada siapakah nak kembali?”, mesti kena kenal Tuhan dahulu kerana di sisinya tempat bagi kembali sang Salik.

Mati dan sempat menjadi salik? Jawabnya, perginya takkan selamat dan tiada keterjaminan kejayaan di akhirat. Guru kami yang lebih tegas soal ini, beliau mengujarkan kepada kami “bahawa matinya dia sebagai mati katak”. Maksudnya mati keadaan tidak diredaiNya, tandanya mati dalam keadaan jasadnya yang menggeras dan kaku. Iya, tanda luaran (sewaktu kematian) itu membuktikan hakikat dalamannya. Hakikat dalaman adalah jiwa roh. Roh seseorang itu gagal kembali kepada Tuhannya, lalu memberi kesan jasadnya tiada beza dengan orang tidak beriman (bahasa mudahnya orang kafir). Apa beza mati engkau sebagai Muslim dan orang kafir? Kalau aku melihat jasadmu dengan mereka tiada beza, yakni menggeras dan pucat kebiruan. Jelaslah di sana engkau telah pergi dalam memderhakai Tuhan. Kembalilah kata-kata keperguruan kepada muridnya tadi “awak push sikit ja, bagi straight A’s SPM sat lagi lantaklah awak nak enjoy pun”. Padahal itu penilaian duniawi sahaja, maksudnya tidak kekal pun resultnya itu. Tapi ini merupakan hal ukharawi yang sememangnya kekal dan abadi. Sukakah engkau kekal dalam kegagalan kehidupan selepas mati? Ingatlah bahawa di sana gagal selamanya dan abadi.

Saturday, July 30, 2022

JANGAN TERBURU-BURU MENGAJAR MAKRIFAH AL-KHASSAH PADA ORANG BUKAN AHLINYA, Kenapa? Inilah sebabnya

Ketahuilah, bahawa orang yang cerdik itu akalnya panjang tiga jengkal. Bermula orang yang cerdik dalam beragama itu ialah dia memandang pada yang kekal-kekal semata-mata. Begitu jualah tempat jatuh pandang agama (Hendaklah yang kekal abadi dighairahkannya). Tanyakan pada mereka (wahai ahli zahir yang menyukai hukum-hakam syariat) kenapa kamu bersungguh-sungguh diatas jalan syariat fekah? Maka jawabnya kerana Pahala dan Syurga. Jawab lagi Tuhan janji masuk Syurga. Jawab lagi Tuhan bagitahu bahawa Syurga itu kekal. Tanyakan kali kedua, dalam Syurga fekah syariat kekal ke? Maka mereka tercungat-cungat kehairanan. Kerna bermula solat, puasa, zakat haji dan segala hukum-hakam fekah itu tiada ditaklif dalam Syurga. Dan tanya kali ketiga, adalah kekal barang hukum-hakam fekah tadi? Justeru disitu barulah sampai kadar akal tiga jengkal tadi.

Namun, bukanlah itu tujuanku disini. Bermula akan tujuanku sebenarnya ialah memberikan dua perkara. Pertama sedih. Kedua gembira. Bermula akan yang sedih itu ialah dengan kenyataan “kamu itu bukanlah sesiapa”. Dan gembira itu ialah boleh jadi kamu akan menjadi “Sesiapa disisiNya”. Bismillahirahmānirrahīm. Hakikat Bismillah menyatakan dua namaNya. Pertama Tuhan yang Maha Seni-seni. Kedua Tuhan yang Maha Poghoh. Maha Poghohnya Tuhan kita itu semua perkara Dia boleh bagi. Maha Seni-seni pula Dia Maha Menilik barang yang tertentu barulah Dia kurnia kepada hambaNya.

Sesungguhnya barang yang kekal itu ialah bersegera ia ke atas kamu. Bukanlah dakwa di atas nikmat Syurga dan pahala dahulu dinyatakan kekal tapi tiada bersegera bagi kamu. Mudahnya, tunggu mu mati qiyamat hisab dulu kalau masuk Syurga maka perolehilah kamu barang itu. Adakah ia bersegera? Tidak. Maka nasihatku kejarilah barang yang kekal lagi bersegera. Di dalam polemik kejar-mengejar ini dan timbullah yang berjaya dimiliki dan tiada berjaya ia dimiliki. Yang berjaya dimiliki itu maka sentiasa taat serta muraqabahlah ia dijalanNya. Adapun yang tiada berjaya itu bermacam-macam ragamnya, bukanlah sekadar diam bahkan melawan juga daripada ragamnya.

Dalam jemaah keruhanian, aku dengar beberapa khabar yang menggembirakan. Walaupun kebiasaannya kalau aku dengar khabar ini, biasanya aku tidak mengambil endah (peduli). Oleh kerana, kasih aku disibukkan dengan amalan menyuci zat Ketuhanan. Jadi lebih kurang beginilah, khabar gembira disini boleh juga kadang-kadang maksudnya adalah rahsia. Iaitu di dalam perjalanan menuju ketuhanan. Kerana ada setengah khabar gembira ini berat untuk diterima samada pada wajah ta’akul atau adab. Iaitu melibatkan rahsia ketuhanan. Baiklah, kembali kepada khabar sebentar tadi. Bunyinya ialah: “orang yang Tuhan kurniakan ilmu makrifah al-khassah ini, hanyalah orang yang ada keturunan sahaja..” keturunan yang dimaksudkan disini ialah merujuk kepada orang yang ada darah daging serta pertalian orang soleh terdahulu. Tingkat orang-orang soleh yang pertama dan paling tinggi ialah para nabi-nabi, dan seterusnya ialah para sahabat nabi-nabi.

Sebab itu aku merantau dan aku berjumpa dengan orang makrifah, lalu aku aku bertanyakan mereka soalan-soalan ketuhanan. Lantas mereka berkata kepadaku: “Pesen orang suka cari Tuhey ini dia memang ada bako asal hok dulu lagi..”. Aku tanya lagi, “bako gapo?” Mereka jawab: “bako orang baik-baik dan soleh, ada la tuh zaman dulu hok daripada darah daging demo ni pernah Tuhan kurniakan ilmu makrifah, jadi perkara itulah ia telah mewarisi kepada demo sekarang”. Maksudnya benda itu takkan terputus, maksud diwarisi disini ialah walaupun bukan secara direct diturunkan, tetapi hujung pangkal jatuh cucu-cicik dia akan pergi cari ketuhanan jua. Dengan sebab itulah Tuhan kurniakan dia bertemu dengan ahli makrifah lain, dan belajarlah ia darinya sehingga menjadi dia orang yang arifbillah. Lalu mereka sambung dengan membaca kepadaku beberapa dalil yang menunjukkan di atas yang demikian itu.

Bermula akan ilmu yang memberi bekas taat serta kekal tawfīq dalam agama itu adalah ilmu nabi-nabi. Jenis pesen ilmu ini ia akan cari tubuh hok pesen ada darah daging asal mula hok sepertimana dulu-dulu jah. Ia tak hingap koksey barey ni, tamboh lagi hok jenis takdok bako nasab hok mula-mula dia sebut takdi. Maka disinilah keluarnya beberapa dalil dengan cara ijmāl (ringkas), pasal ini bukan aku buat buku ilmiah ataupun jurnal ilmiah. Pah demo keno g cari sendiri la wey. Bermula akan asal pada perkataan “Pusaka”. Ialah pada makna ahli rusum (ilmu fekah) ialah harta pusaka ini tidak boleh diberikan kepada orang bukan kaum kerabat. Kerna harta itu semata-mata ialah fara’īdh bagi ahli waris mereka sahaja. Bermula faham di atas dalil naqlī (bangsa ambilan) yang demikian ialah sabda Nabi Muhammad Saw “al-Ulamā’ Warathah al-Anbiyyā’”. Bermula akan sekalian para alim itu ialah pewaris nabi-nabi. Perkataan al-Anbiyyā’ ialah jamak (plural) daripada mufrad nabīyy (singular). Maka kehendak pada perkataan nabi itu ialah para nabi-nabi sekaliannya. Justeru, jamak di atas lafaz itu diitlāqkan (diumumkan) pada sekalian para nabi-nabi dan bukanlah pada seorang nabi sahaja iaitu Muhammad Saw. Tanya mereka: “dari mana pandai demo qias syarak fekah pada hakikat?”, jawab ambo: “pasal kata ulama bermula akan syariat dan hakikat itu salin menuruti”, dan itulah dia pertuanya.

Kesimpulannya, ilmu yang dimaksudkan dalam mafhūm (benda yang difahamkan dari) sabda baginda tadi ialah mesti sama dengan semua nabi-nabi yang datang sebelum baginda. Jelas, tersalahlah dakwaan daripada kebanyakkan ahli rusum. Bahawa semua alim agamawan itu pewaris nabi-nabi pada penglihat mereka. Mereka kata alim fekah itu pewaris nabi-nabi, alim hadis, alim nahu sorof dari bahasa Arab, atau alim bacaan qiraat atau hafazan quran pun itu waris nabi-nabi, sehinggalah seterusnya. Bahkan, tiada sama sekali ilmu syariat fekah itu pada semua nabi-nabi, kerna fekah di antara para nabi-nabi itu berlainan. Bermula akan ilmu yang ditaqyīqkan (dikhaskan) itu ialah mentauhid akan Allah Ta’ala iaitu ilmu makrifah namanya. Justeru, kerja para nabi-nabi terdahulu memberikan akan ilmu tauhid supaya mengenal akan Allah Ta’ala. Iaitu kerja yang lama dan payah, sebagaimana nabi penghulu kita Muhammad Saw di Makkah lama dari kiraan masa berbanding di Madinah.

Mereka baca dalil “Yā Ayyuhāl Lalzhīna ‘Āmanū Ittaqullah Wabtaghū ‘Ilayhi Wasīlah..” iaitu wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kalian bertaqwa kepada Allah dan hendaklah kalian mencari jalan. Bermula maksud wasīlah itu ialah qurbah (qarābat) ahli warisnya. Rasulullah saw adalah sebaik-baik jalan. Jadi dia nak lahirkan rasa taqwa adalah dia akan berjumpa dengan warisnya, lalu dia dapat sampai kepada hadrat illahiyyah (ketuhanan). Lagi banyak dalil daripada quran, tatkala aku fikir tentang ini, maka lantas Tuhan mengurniakan aku faham berdalil-dalil walaupun dengan jalan ladunnī biarpun. Kerna Tuhan bagi ia bila perlu sahaja. Adapun kaum daripada terputus akan wasilah itu beberapa tanda. Seperti kalau kita sebut sahaja pasal ketuhanan dihadapannya, lantas dia memalingkan diri daripada mendengarnya, tetiba timbul pada perasaannya tiada minat untuk mendengari kepada perkara tersebut. Ada juga hok pesen munafik, datang berlakon sebagai pendengar, bahkan sebenarnya niatnya lain, seperti niatnya mahu dibuat-buat hujah debat untuk bermukhalafah (menolak orang yang mengkhabarkannya sendiri). Putus wasīlah di situ samada telah berlaku dahulu pada keturunan darah dagingnya perkara fahīsah pada usul ‘abawayn (parenting), ini seperti zinā yang telah memutuskan nasab yang soleh sebelumnya.

Aku sebutkan juga para sahabat di atas sana? Jawabnya kerna sahabat itu ialah mereka yang mempunyai akan jiwa ketuhanan, sebabnya telah terdidik oleh Rasulullah saw akan cintai ketuhanan. Bermulalah akan dalil itu secara ijmālnya ialah tatkala kebanyakkan daripada hadis-hadis nabi saw apabila bertanya sesuatu soalan kepada sahabat, maka jawapan kebiasaan sahabat ialah: “tiadalah aku cintai melainkan Allah dan Rasulnya”, ataupun “Sesungguhnya Allah dan rasulNyalah yang mengetahui”. Jawapan-jawapan ini menunjukkan hikmah maqāmāt (kedudukan) cinta para sahabat ialah mencintai rasul melebih akan apa yang ada di dunia ini. Dan cinta ini takkan terjadi tanpa kenal, dan bermula akan maksud kenal itu ialah bermakrifah terlebih dahulu.

Daripada pengalaman pula, aku pernah juga membuka akan ilmu makrifah kepada kawan-kawanku, kerna aku menyangka mereka adalah kawanku di dunia dan akhirat sana jugak. Tapi sekarang aku pun telah berhenti daripada berharap. Kerna hari ini barulah aku faham. Bak kata ahli makrifah: “janganlah engkau gantung akan mutiara pada leher khinzir”. Aku sedar bahawa: “kalaulah khinzir itu khinzir maka tetaplah selamanya ia khinzir, tiada pernah khinzir berubah menjadi rusa”. Walaupun telah membaca mengenai ilmu makrifah ahli al-khassah daripada A to Z sekalipun dihadapan mereka, hakikatnya mereka bukanlah daripada keturunan yang dihendaki oleh Allah Ta’ala, maka ia menjadi sia-sia. Aku juga pernah tanya: “kalaulah orang yang sampai ilmu makrifah ini, tapi mereka menolaknya, adakah mereka ini daripada keturunan fira’un and the gengs?”. Lalu jawab mereka: “WallahuA’llām..”. Kemudian aku teringat akan kata guruku, bahawa ada beberapa jenis dari kalangan manusia. Pertama, dia pergi belajar pelbagai ilmu tetapi tiada bertemu dengan ilmu makrifah. Kedua, belajar dah ilmu makrifah tetapi tidak diberikan tawfīq. Ketiga, belajar ilmu makrifah dan diberikan tawfīq. Jadi yang ketiga inilah leluhurnya.