Penulis sebenar tertarik serta amat meminati dengan konsep pengkisahan animasi yang telah diterbitkan oleh Dream Works
Animation tersebut. Iaitu yang berkisahkan tentang seekor pandai yang bercita-cita untuk mempelajari kunfu dan sekaligus menjadi ninja yang hebat. Animasi ini amat bermain dengan unsur-unsur ketuhanan secara tersirat. Sepertimana
jua diperhatikan di dalam drama-drama klasik dari arahan Arwah Tan Sri P.Ramlee,
sebenarnya di dalam drama-drama beliau terdapat mesej ketuhanan hakikat tertentu
yang beliau ingin sampaikan. Namun, orang yang dapat membuka serta memahami mesej-mesej
tersebut adalah mereka yang jua mendalami ilmu hakikat. Ramai orang akan
bertanya atau bercakap pada pendapat mereka sendiri, apakah ilmu hakikat itu? Maka carilah sendiri.
Baiklah biarkan perenggan yang kedua
ini pula memberikan jawapan terhadap setiap persoalan tersebut. Pertama,
mungkin mesej hakikat disebalik drama-drama klasik dari arahan Arwah Tan Sri
P.Ramlee itu penulis akan kupaskan serta cuba corekan di blog ini pada satu masa mungkin.
Kedua, ada juga orang berkata bahawa hakikat maksudnya yang tersirat, ada yang
berkata ia adalah isi, ada berkata hati, ada yang berkata ia batin. Baiklah,
sebenarnya penulis sendiri pun tak tahu yang mana sebenarnya, tapi yang sebenarnya
hakikat itu adalah yang sebenarnya lah. Iaitu pengertian diri perkataan ‘sebenar’,
jadi sebab itulah di dalam setiap perenggan huraian penulis akan menggunakan
perkataan ‘’sebenarnya’’. Herm.. ini penulis keutarakan secara peribadi bukan
dalam bentuk ilmu tasawuf hakikat. Tapi boleh nilailah sendiri.
Baiklah, "Less of talk, Let’s fight":
inilah bak kata yang pertama dalam introduction sebelum bermula kunfu Panda setika dia bermimpi lalu jatuh dari katilnya. Ia bermaksud buat
amalan sentiasa dengan tanpa bercakap tentang ilmu sahaja, kerna orang yang banyak
bercakap, orang yang tidak buat amal atau kerja {semoga ini jadi peringatan
buat diri penulis sendiri}. kerna di antara prinsip di dalam ilmu tasawuf hakikat
sering ada tercatat: “Beramal tanpa Ilmu adalah Sesat yang Nyata, Berilmu tanpa
amal berdosa yang amat sangat”. Setiap salik mungkin juga diuji dengan banyak bercakap sehingga sedikit amalan yang dilakukan, mungkin sebab banyak berdebat, mungkin kerana terlalu teruja dengan ilmu yang diperolehinya, menyebabkan dia suka untuk diketahui orang.
"There are no charges for Awesomeness" :
sebenarnya seorang guru Hakikat Ketuhanan yang sebenar adalah mereka yang tidak
bercita-cita akan kemuliaan dunia. Justeru ilmu yang diajarkan kepada orang
ramai tidak perlu dibayar di atas titik perluh beliau menyampaikan ilmu
tersebut, kerna padanya bayaran itu adalah sesuatu kebendaan dan keinginan sang manusia yang rakus sahaja. Ini
tidak bermakna kita tidak menghargainya, tetapi maksudnya guru itu tidak kesah
pergi mengajar ilmu itu samada ia dibayar ataupun tidak. Sebenarnya ilmu
tasawuf hakikat ataupun Tauhid dan Ma’rifat adalah satu ilmu yang cukup mahal
sehinggakan tiada sesuatupun yang dapat mengantikannya. Kerna kata guruku: “Serendah-rendah
ilmu tauhid yang ada di dalam dada seseorang itu, Tuhan mahu bayar dengan tujuh
buah bumi, itupun langsung tidak bernilai padanya.” Ukuran bumi yang
dimaksudkan itu bukan seperti bumi yang kita hinggap sekarang ini, ukurannya
sebuah bumi itu adalah sama dengan seratus bumi kita singgah sekarang, ini
bermakna dalam tujuh ratus bumi yang kita duduk pada masa ini adalah tidak
dapat lagi menilai serendah ilmu tauhid yang beliau ketahui, itu hanya ilmu
tauhid yang rendah, belum capai tahap ilmu Ma’rifat. Sebab itulah ilmu itu tiadalah nilai yang boleh membayarnya.
Baiklah kita masih lagi berbicara
skrip kunfu panda “There are no charges for Awesomeness”. Ini sebenar berbeza dengan
asatizah zaman sekarang, mereka lebih menginginkan dunia, kerna buktinya tanpa
bayaran dunia atau kebendaan tersebut mereka mungkin rasa liat, ataupun menolak
permintaan orang apabila diminta untuk memberikan ceramah atau sesi pengajaran
ilmu agama. Ataupun mereka memberikan alasan “Show Dato' Siti Nurhaliza kamu boleh
bayar, namun kenapa ceramah agama dari kami kamu tak boleh nak bayar?”.
MasyaAllah sungguh celaka mereka ini yang mahukan dunia dan kemuliaanya {maaf
sekiranya penulis sedikit berkata kasar}. Maka ibarat syaikhi, mereka adalah Jin
Aprit zaman moden yang Nabi Muhammad saw Jumpa sewaktu peristiwa Isra’ & Mikraj.
Semasa Nabi Muhammad saw melihat Jin Aprit, ia sedang memengang obor api. Sebenarnya
pergi kepada makna hakikat, jin aprit bermaksud seekor jin yang sungguh cerdik,
tetapi ditangannya ada api. Api adalah unsur yang mengandungi makna tersirat
sebenar adalah kiasan kepada sifat ‘ujub, kerna keadaan diri api apabila kita
memterbalikkannya ia kebawah, hakikatnya kepala api itu tetap mahu menjurus naik
ke atas. Itulah gelaran asatizah adalah orang yang cerdik kiasan diri jin Aprit,
tetapi sayangnya beliau bersifat ‘ujub dan mencari kemuliaan dunia itu kiasan
kepada sifat api tersebut.
Baiklah, penerangan penulis yang ketiga,
ini berhubungan dengan latar keadaan dan bukan dalam bentuk satu skrip di dalam
cerita kunfu panda tersebut, yang mana panda itu bermimpi dan ayahnya
iaitu duck telah bertanya tentang apakah mimpinya, lalu beliau berbohong
berkata mimpinya tentang noodles, dan ayahnya mengambil keputusan: sebenarnya
di dalam perjalanan si salik yang mendalami ilmu hakikat ketuhanan, mimpi adalah
sebagai ilmu isyarat petunjuk dari Tuhan. Sebab itulah, kebiasaan mimpi
seseorang salik akan ditafsir oleh gurunya yang mengajar ilmu hakikat
ketuhanan. Mungkin orang yang cerdik pandai agama yang bukan dari aliran ilmu
tasawuf cukup anti dengan orang tasawuf apabila bercakap soal sesuatu yang
tiada asal punca dan membabitkan di dalam hal agama. Baiklah biar penulis berikan jawapan serba sedikit, sebenarnya ilmu penafsiran mimpi ini jua sesuatu benda yang
diiktiraf di dalam Quran serta Sunnah Rasulullah saw. Di dalam surah Yusuf as
yang menceritakan berkenaan mimpinya, kerna Nabi Yusuf as sedia diketahui
sebagai ahli penafsir mimpi, sebagaimana beliau sendiri pernah menafsir mimpi
raja yang memerintah sewaktu itu. Dan di dalam sunnah jua, Rasulullah saw jua
mempunyai waktu menafsir mimpi sebagai tazkirah bersama para sahabat. Demikian
Rasulullah saw mengiktiraf seseorang yang berjumpa dengannya di dalam mimpinya,
adalah benar. Dan persoalan yang patut kita tanya pada diri, adakah mimpi itu
sia-sia? Bagaimanakah mahu mengamal hadis Nabi tersebut kalau ia adalah
sia-sia.
"U’re ready to know my secret
ingredients recipe and u’ll fulfill the destiny": sebenarnya di dalam perjalanan
si salik dalam menuju matlamatnya iaitu Tuhan, maka ketelitian ilmu tasawuf
hakikat akan dibuka kepadanya melepasi satu lapis kepada satu lapis yang lebih
halus. Samada yang membuka rahsia-rahsia ataupun petua-petua ilmu itu gurunya
mahupun dia mendapat cara ladunni. Bahkan melarang dari membukanya tanpa dengan melalui sesuatu dari peringkat-peringkat tertentu terlebih dahulu. Sebab itulah terdapat istilah di dalam kalangan orang sufi: "jangan dibuka ilmu itu kepada orang bukan dari ahlinya". Perkara ini juga berlaku di zaman sahabat Nabi Muhammad saw sendiri, seperti periwayat hadis yang mashyur Ibnu Abbas, Abu Hurairah berkata: "Bahawa disisiku terdapat dua belana hadis yang aku ambil daripada Nabi, satu belana sahaja bukakan untuk orang ramai, satu lagi aku rahsiakan, sekiranya aku bukakan nascaya kalian akan memancung leherku".
"There are no accidents": skrip inilah
yang banyak bermain sekitar anak murid dan guru panda tersebut, sehingga
setiap kali Master Urugue berkatanya namun dibalas: “There was an accident”.
Ini membabitkan soal Qado’ Qadr Allah Azza Wajalla. Sebenarnya alam ini adalah
kelakuan Tuhan yang diatur sejak azali lagi. Sekiranya kurang iman atau lemah
jiwa ketuhanannya, maka seseorang boleh menyebabkan ia selalui pertikai akan
jua keputusannya. “Nothing is Impossible”. Baiklah sebenarnya pada penulis, hal ini
diletakan dengan tauhiduz af’al. iaitu mengesakan Allah dalam segala perbuatan. Ini
hakikatnya sebagaimana Orang Yang Arifbillah itu memandang perbuatan di dalam
setiap alam ini adalah sentiasa terbit dari Yang Esa. Sebenarnya yang sedang
berbuat ke atas setiap Makhluk itu adalah Allah jua pada hakikatnya, dan setiap perbuatan Allah
adalah tidak pernah menjadi suatu hal yang sia-sia. Mungkin kenyataan ini payah untuk penulis huraikan dengan
penulisan sahaja, kerna bimbang akan silap faham orang awam yang membaca akan
menyangka ini hal yang seperti Jabariah iaitu firqah yang zindiq iaitu bermain dengan isu perbuatan hamba dan Tuhan ini.
"Just Quick and do the noodles": sari
kata ini menyindir kepada si salik pada hari ini, sekiranya si salik itu gagal berhadapan
dengan segala ujian Allah Ta’ala maka nafsu yang nyata pada diri mereka mengajaknya supaya berhenti dan menikmati kelalaian dunia. Kerna sebenar perjalanan menuju Tuhan itu
begitu banyak ujianya serta hebat cabarannya. Sebab itulah perjalanan menjadi
seorang insan bukan hal yang biasa-biasa yang perlu dialami. Dan sebenarnya
setiap kali di dalam Quran dicatatkan perkataan insan itu amat berbeza dengan
perkataan Manusia. Sebenarnya insan adalah bangsa yang mulia, maka mahu jadi
mulia banyaklah ujian yang berat-berat baginya kerna asalnya hanyalah perkataan
manusia yang masih tidak dapat mulia disisi Allah, mahu mulia maka jadilah
insan. Jadi ingatlah hai si salik: “Laqod kholaqna insan na fi kabad”
Sesungguhnya kami telah ciptakan bangsa insan itu sentiasa diuji. Ujian itu akan mengangkat darajat mereka menjadi mulia disisi Allah Ta'ala.
"Yesterday is history Tomorrow is
Mystery and Today is a gift": sari kata Master Urugue ini banyak ditiru oleh
orang awam hari ini yang terpengaruh dengan ayat-ayat novelis yang senada jiwang-jiwang, samada mereka ketahui atapun tidak, mungkin katanya cukup
sedap bagi memotivasikan seseorang tersebut mendengarnya. Sebenarnya “Yesterday is
history Tomorrow is Mystery and Today is a gift” adalah ibarat kepada hukum
akal di dalam ilmu tasawuf, iaitu wajib, mustahil dan harus. Kerna Yesterday
itu hukumnya Mustahil, Tomorrow hukumnya harus serta Today adalah hukumnya
wajib. Sebenarnya yang ada pada akal hanya hukum wajib semata-mata. Maaf mungkin penulis tidak
boleh buka lebih terperinci hal ini, kerna ia berkaitan sesuatu dengan keadah
ilmu yang perlu ditilik secara talaqi masyaikh. Ataupun perlu kepada orang yang memahami ilmu maqulat dan mantiq.
"we are dead so very-very dead" "not yet wolve
duck": perbualan ini di antara badak si pengawai penjara dengan si itik utusan Master sifu untuk memberitahu pihak penjara supaya mengetatkan lagi sistem security tersebut di sebabkan firasat Master Urugue mengatakan bahawa tahanan itu akan keluar suatu hari nanti. sewaktu
di dalam penjara tersebut: sari kata ini adalah hampir mengambil makna
kenyataan Sayyidina Abu Bakar, iaitu sahabat Rasulullah umpama bintang di langit. Sebenarnya rahsia
Sayyidina Abu Bakar Ra seperti kata nabi saw “Abu Bakar umpama mayat yang
berjalan di atas bumi”. Inilah sebenarnya nak kata “mati tidak mati, nak kata
hidup tidak hidup”. Ini melalui faham sari kata itu.
"To guide and believe it, there are no
shortcuts": sari kata ini penulis telah ambil dari perbualan di antara dua Master sifu
dan Master Urugue. Sebenarnya jalan menuju Tuhan ini tidak ada Shortcut, ia
hendaklah berjalan menurut perjalanan Nabi Muhammad saw. Ini kebanyakan salah faham orang bertarekat berkata: “Matlamat menuju Tuhan sama, tapi jalan masing-masing.” Pada
pendapat guru hakikat, sesungguhnya tiada jalan ‘’masing-masing’’ melainkan Jalan
Nabi Muhammad saw itulah hanya jalan menuju Tuhan satu-satunya, yang juga perlu kepada
pimpinan daripada Masyaikh yang kamil lagi mukammil adanya yang tertentu sahaja.
Baiklah, penulis rasa cukuplah setakat itu
dahulu berceloteng tentang cerita kunfu panda siri pertama ini disebalik
sebuah isi hakikat ketuhanan bagi sekelian salikin yang dahaga menuju Tuhannya, sekiranya nak dikirakan, sebenarnya masih banyak part yang
boleh diambil oleh penulis yang merujuk kepada makna tertentu dalam menghuraikan
faham melalui tasawuf hakikat ini, kerna setiap orang hakikat yang mahir,
sebenarnya semua hal di dalam tujuh petala langit serta tujuh daripada petala bumi adalah tidak
sia-sia buat mereka. Dan di antara mungkin bab penghabisan sewaktu Panda mahu
menewaskan si Taylon dengan memetik jari itu, sebenarnya Master sifu tidak
mengajarkan beliau ilmu itu dan entah ada pun tidak teknik tersebut, tetapi
Panda hanya Yakin serta Believe, so that thing was real happened.
The secret ingredients in soup is
"nothing": sebagai terakhir penulis ambil jua perkataan ini, sebenarnya ini adalah
rahsia matlamat hakikat melalui faham ayat Quran “Wallahu Bikullisya’in Muhith”
iaitu bermula Allah Ta’ala meliputi pada tiap-tiap sesuatu. Sebenarnya
‘’sesuatu’’ itu adalah ‘’Nothing’’ barulah kamu menjumpai rahsianya duhai sekelian
salik!
# Sometimes to make something special,
You just Believe it Special! #
Assalam tuan.. Boleh sya minta nom hp tuan...
ReplyDeleteNi hp saya...0146707304
ReplyDelete