The Researcher


Nama beliau ialah Mohd Zulfakar bin Hj Mat Jusoh bin Awang Ngah. Diringkaskan dengan panggilan MOZAF. Dilahirkan di Pondok Polis Kampung Kubang Kuau Rantau Panjang Kelantan Darul Naim Malaysia. Ayahandanya merupakan salah seorang asatizah dalam kalangan masyarakat sekitar yang mengajar agama dan menghidupkan surau-surau disekitarnya sebagai imam. Beliau merupakan orang kaya yang mengamalkan poligami dengan beristeri empat dan mempunyai zuriat yang ramai. Manakala MOZAF merupakan keturunan daripada zuriatnya yang terakhir daripada isteri yang terakhir beliau. MOZAF daripada empat orang adik-beradik yang telah mendapat pendidikan awal di Pasti Darul Annuar Kampung Batu Karang dan kemudian mendapat pendidikan di Sekolah Agama (Arab) di bawah Yayasan Islam Negeri Kelantan ialah Sekolah Menengah Ugama (Arab) Darul Saadah Batu Karang Repek Pasir Mas Kelantan. Kemudian menyambung pembelajaran pada tingkatan empat di Maahad Muhammadi Rantau Panjang (Dahulu dikenali sebagai SMU(A) Banggol Kulim Rantau Panjang). Pendidikannya di sana sehingga mencapai tingkatan enam bawah (tidak sempat mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM) lalu beliau menyambung pelajaran di Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Nilai Negeri Sembilan. Sehabisnya di Pusat Matrikulasi tersebut, MOZAF menyambung pelajaran peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang ilmu Fekah dan Usul Fekah dari Kuliyyah Pengajian Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusian. Setelah menamatkan Ijazah peringkat pertama dalam tiga tahun setengah, seterusnya beliau meneruskan pengajian peringkat Ijazah Sarjana (Master) dengan memfokuskan dalam bidang ilmu Usul Fekah sahaja. Sehabis melaksanakan Master, beliau terus membentangkan Proposal Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Aqidah dan Tasawuf di Jabatan Aqidah dan Pemikiran Islam Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Antara guru-guru agama yang disebutkan semasa beliau belajar seperti Ustaz Fazli bin Ghazali (Tauhid dan Fekah), Ustaz Zulkifli Abdul Rashid (Akhlak dan Adab), Ustaz Ramli bin Abd Latif (Qawa’id Sorf dan Nahu), Ustaz Ibrahim Muhammad Ali (Al-Quran dan Tafsir). Professor Dr Mohammed Abullais Shamsuddin Mohammed Yaqub (Hadis), Dr Hassam Eltaghanī al-Missr (Ulum al-Quran), Profesor Doktor ‘Arif ‘Alī ‘Arif al-‘Irāqī (Fiqh Ahkām wal al-Qadā’), Profesor Doktor Sayyed Sikandar Shah Haneef al-Afghanistanī (Qadayā al-Mu’aṣirah), Doktor Hossam el-Dīn al-Saefy al-Miṣṣrī (Ta’arudh dan Tarjih fi Ilm al-Usul), Doktor Abdul Bari Awang al-Dinawsorī (Akad Transaksi dalam Muamalat Islam/ Harta Waqf), Profesor Madya Doktor Miszairi Sitiris (Naib Mufti Negeri Selangor/ Fiqh Kekeluargaan Islam), Doktor Mazlee Malik Rijāl al-Siyāsī (Mantan Menteri Pendidikan Malaysia/ Juristic Study of International Relationship), Profesor Madya Doktor Azman Mohd Noor (Juristic of Islamic Banking and Financial), Profesor Madya Doktor Bouhedda Ghalia (Maqaṣid al-Sharī’ah Ibn ‘Ashūr), Profesor Doktor Muhammad Amanullah al-Bangladeshī (Qadayā al-Ijtihād), Doktor Hassan bin Ibrahīm al-Handāwī (al-Qiyās wal al-Ta'līl bi al-Hikmah), Seterusnya Doktor Azmil bin Zainal Abidin (Metodologi Ashārī dan Kalam Ashār’irah).

Antara guru-guru yang tidak rasmi, mereka seperti Tuan Guru Ridhouddin Pondok Penanti Mengkuang Titi Pulau Pinang, Tuan Guru Baba Ismail Sepanjang Pondok Sepanjang Fatani, Tuan Guru Baba Rusli bin Jamaudin al-Banjari, al-Ustaz Muhadir Haji Joll al-Sanārī. Tuan Guru Doktor Jahid Sidek al-Khālidī, Mendapat ijazah ‘Ammah dari al-Allamah Muhadir al-Sanārī sanad ‘Aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah melalui al-Sayyid Aḥmad bin ‘Alawī al-Mālikī, al-Shaykh Muḥammad Fu’ad Kamāl al-Dīn al-Sanūsī, al-Muḥaddith al-‘Arif bi Allah al-Duktūr al-Sayyid Muḥammad bin ‘Alawī al-Mālikī, al-Sayyid ‘Alawī bin al-Sayyid ‘Abbās al-Mālikī, al-Sayyid ‘Abbās bin al-Sayyid ‘Abd al-‘Azīz al-Mālikī, al-Sayyid Muḥammad Amīn bin Aḥmad Riḍwān al-Madanī, al-Shaykh ‘Abd al-Ghanī Abū Sa‘īd al-Dahlawī al-Madanī, al-Shaykh Muḥammad ‘Abīd al-Sanadī, al-Shaykh Yūsuf al-Mazjājī, al-Shaykh Muḥammad bin ‘Alā’ al-Dīn al-Mazjājī, al-Shaykh ‘Abd Allah bin Sālim al-Baṣrī, Shaykh Muḥammad bin ‘Alā’ al-Dīn al-Bābilī, al-Shaykh Aḥmad al-Sanhūrī, al-Imām Shihāb al-Dīn Aḥmad bin Ḥajar Haytamī al-Makkī,  Shaykh al-Islām al-Qādī Zakariyyā bin Muḥammad al-Anṣārī, al-Imām Taqīy al-Dīn Muḥammad bin Muḥammad Fahd, Majd al-Dīn al-Fayruzābādī al-Lughawīy, al-Ḥāfiẓ Sirāj al-Dīn al-Qazwānī, al-Qāḍī Abū Bakr Muḥammad bin ‘Abd Allah al-Tuftazānī,  Sharaf al-Dīn Abū Bakr bin Muḥammad al-Harawī, al-Imām Fakhr al-Dīn Muḥammad bin ‘Umar bin Husayn al-Rāzī, Abū al-Qāsim al-Iṣfarāyīnī, al-Shaykh Abū Isḥāq al-Iṣfarāyīnī, al-Shaykh Abū al-Ḥasan al-Bāhilī, al-Imām Abū al-Ḥasan ‘Alī bin Ismā‘ī al-Ash‘arī al-Shāfi‘ī.

1.       Hakikat Ketuhanan: Membeza Muhaddath dan Qadīm

Isi kandungan karya ini perbahasan ilmu makrifat ketuhanan. Berdasarkan “Awwal al-Dīn Ma‘rifat Allah”bermaksud: “bermula awal daripada barang agama itu adalah dengan mengenal Allah”. Huraian melalui kaedah dengan mengenal makhluk terlebih dahulu yang membawa kepada mengenal Allah SWT. Ini berdasarkan ucapan menyebut “man ‘araf nafsah, faqad ‘araf rabbah..” bermaksud: “siapa yang telah mengenal dirinya, justeru dia mengenal Tuhannya..”. Namun, karya ini tidak disebarkan kecuali kepada ahlinya sahaja. Oleh sebab, ia mengandungi rahsia mengenai zat ketuhanan yang dihuraikan menurut ilmu maqam petua.

2.       Sharh al-‘Aqīdah al-Islāmiyyah fī Izālah al-Shubuhāt Ḥawl Masā’il al-‘Aqā’id wa al-‘īmān lil’Ahl al-Millah wa Islām.

Pada teknikalnya, karya ini adalah sebagai muqaddimah (pendahuluan) bagi orang baru belajar. Bagi orang mubtadī (pemula/beginner). Mereka perlu diuji dan diajar tentang keikhlasan serta kesungguhan. Ini dengan ditunjukkan kepada mereka mengenai pelbagai jenis fitnah dan masalah yang dihadapi. Apabila guru melihat mereka mempunyai bakat dari aspek kesungguhan yang boleh menatijahkan niat suka kepada ketuhanan secara salimah, maka mereka diajarkan dengan ilmu ketuhanan yang khusus (aqidah ahl al-khassah). Karya ini juga menghuraikan mengenai masalah iktikad orang-orang atau kumpulan fahaman yang terpesong daripada landasan fahaman Ahli Sunnah Wa al-Jamaah. Begitu juga bagi orang Awwam dan lagi jahil tentang ketuhanan, mereka adalah terikut-ikut dengan dakyah aliran Wahhabisme yang mengaku sebagai mengikut aliran Salaf (bahkan hakikatnya mereka ialah Pseudo-Salafi).

3.       Syariat Batin: Ilmu Hakikat

Karya ini terhasil daripada kajian tesis Mozaf. Isi kandungannya mengenai asal-usul pemikiran tasawuf falsafi (tasawuf hakikat menurut ahl sufi). Kajian ini meliputi aspek kronologi sejarah, konotasi penggunaan epistemologi bahasa dan istilah sufi. Dibincangkan juga dakwaan dan tuduhan asal orientalis. Menghuraikan juga pemikiran yang berkaitan dalam perbincangan tasawuf ini secara cabang. Akhir sekali menjawab fitnah-fitnah terhadap pemikiran ahli sufi dalam bidang ini serta diakhiri dengan komentar oleh penulis.

4.       Tasawuf Ibadat: Kesedaran Jiwa dan Rohani

Merupakan karya mengenai tasawuf sunni (tasawuf membincangkan aspek akhlak). Sebagaimana olahan pemikiran sarjana yang suka mengasingkan tasawuf sunni daripada tasawuf falsafi. Epistemologi penggunaan ini telah menghentikan perkhidmatan tasawuf falsafi dalam aliran Ahl Sunnah Wal Jamaah. Ia merupakan suatu fitnah terhadap wacana ilmu dalam Islam yang berkembang. Penulis menyedari hal sedemikian, lalu penulis mengambil inisiatif mengumpulkan perbincangan tasawuf sunni ke dalam sebuah karya. Ia mengandungi huraian sifat-sifat mazmumah yang dikatakan penting bagi melaksanakan amalan tazkiyyah al-nafs. Kemudian mengaitkan hubungan keperluan antara tasawuf sunni dan tasawuf hakikat bagi individu Muslim.

5.       Iẓhār Sir al-Anbiyyā’ Wa Tārīkhuhum

Karya ini hanya mengumpulkan biodata/ latar belakang para nabi-nabi dan kisah mengenai mereka. Ia sebagai panduan dalam memudah cara memahami sirah para Anbiya’. Mengemukakan tentang kisah-kisah penting setiap para nabi dan rasul berkaitan.

6.       Falsafah Cinta Mullā ‘Alī Sandra

Sebuah karya yang membincangkan mengenai falsafah dan realiti perasaan cinta hamba kepadaNya. Selalunya dia ingin berpijak dibumi yang nyata. Cinta kepadaNya yang perlu dibalas dan dinikmati keasyikan. Realiti sebenar hakikat sebuah cinta yang tidak pernah ingin rasa berkongsi dengan yang lainnya.

7.       Futūḥāt al-Kalantaniyyah

Satu karya tafsir ayat-ayat al-Quran dan sebahagian hadis-hadis Nabi yang berkaitan. Sebagai sebuah karya penutup dan membuka rahsia sebagai Insan al-Kamil. Tafsiran ini adalah menurut perspektif orang-orang Arif dalam ilmu hakikat. Satu karya yang dibimbangi mengundang kemurkaan ahli zahir dan orang-orang syariat.

8.       Masā’il Khilāf Bayn Usuluddin Wa Haqiqat: Lafsī Wa Ma’nawī

Membincangkan mengenai percanggahan isu dan polemik antara ahli Usul (Mutakallim) dengan perbincangan ilmu tasawuf hakikat menurut Ahlillah. Mengutarakan tarjih secara mendalam samada hanya perbezaan idea secara luaran ataupun melibatkan realiti. Sebagai contoh dalam masalah pendapat ithnayniyyat al-wujud, hakikat wujud zihin dan khariji, tashbih al-ma’ani, Maratib al-wujud dengan polemik Taqdir bi al-Qada' wa al-Taqdir dan sebagainya.

Ini adalah sanad ilmu tasawuf makrifat (ilmu makrifat Allah) yang dinyatakan oleh Syeikh Syamsuddin Sumaterani dalam karyanya berjudul Mir‘āt al-Muḥaqqīqin sebagaimana berikut: Shaykh Muḥammad Ibn Jatī Jamīlah, Shaykh ‘Abd al-Wahāb, Shaykh ‘Alī Mutqī, Shaykh Muḥammad Sakhāwī, Shaykh Ẓāhir Zāwawī, Shaykh Aḥmad Ibn Mūsā, Shaykh Aḥmad Marzūq, Shaykh ‘Alī ibn ‘Umar, Shaykh Ṣāliḥ Zawāwī, Shaykh Aḥmal Haytī, Sarif al-Dīn ‘Āzīr, Shaykh Ibrāhīm, Shaykh Muḥy al-Dīn ‘Abd al-Qādir Jaylānī, Shaykh Sa‘īd bin ‘Alī, Shaykh ‘Abd Raḥman, ‘Abd al-Wāḥid bin ‘Abd al-‘Azīz, Shaykh ‘Abd al-‘Azīz al-Tamīmī, Shaykh Ibn Aykar Sublī, Shaykh Junayd bin Muḥammad, Sarif al-Saqaṭī, Shaykh Ma‘rūf al-Kurkhī, Sayyid ‘Alī al-Riḍā, Sayyid Mūsā al-Kalīm, Shaykh Ja‘far Ṣādiq, Sayyid Zayn al-‘Ābidīn Ibn Ḥusayn, Sayyid Ḥusayn Ibn ‘Alī, ‘Alī bin Abī Ṭālib, Sayyidinā Nabī Muḥammad SAW.

Artikel diterbitkan oleh Google Scholar:

1.  Mohd Zulfakar bin Hj Mat Jusoh. [Analisis Polemik Wahdah al-Wujūd dalam Karya Kashf al-Asrār Syeikh Muhammad Saleh Abdullah Minangkabawi Menurut Perspektif Tasawuf: An Analysis of Wahdah al-Wujūd Polemics in Kashf al-Asrār’s Syeikh Muhammad Saleh Abdullah Minangkabawi According to Tasawwuf Perspectives].  Jurnal Usuluddin 50.2 (2022): 45-64.

2. Mohd Zulfakar bin Hj Mat Jusoh. [Kajian Literatur Terhadap Fatwa Ajaran Waḥdah al-Wujūd Berdasarkan Beberapa Karya Popular Alam Melayu di Malaysia: Wahdah al-Wujūd’s Teachings Fatwas on Popular Manuscripts of Malay Archipelago: A Literature Review]. ALBASIRAH JOURNAL 12.2 (2022): 73-82.

 3. Mohd Zulfakar bin Hj Mat Jusoh. [The Contributions of Sheikh Muhammad Saleh Abdullah Minangkabawi: Sumbangan Syeikh Muhammad Saleh Abdullah Minangkabawi]. AL-MUQADDIMAH: Online Journal of Islamic History and Civilization 9.1 (2021): 1-13.

No comments:

Post a Comment