Wednesday, September 27, 2023

KESUFIAN DAN SALIK: HAKIKAT DAN REALITINYA


Ramai dalam kalangan orang Islam menyangka, bahawa buatlah ibadat sebanyak mungkin nanti mati kemudian hari menghadap akhirat dapatlah masuk Syurga. Kata guru kami “kalaulah Syurga itu atok kita yang punya, kita dapat booked sampai habis keturunan sehingga anak cucu kita”. Ingatlah bahawa Syurga itu dimiliki oleh Tuhan. Bermula tafsiran saya yang memahami kata guru ini ialah, aspek kenal mengenal menjadi key indicator terhadap isu dan polemik keinginan memasuki ke Syurga Tuhan (kabel). Saya dahulu (semasa disibukkan dengan ilmu syariat fekah semata-mata) juga merupakan salah seorang yang sentiasa bersusah payah memperbanyakkan amal ibadah kerana telah menyangka dengan banyaknya ibadah itu masuk Syurga. Selepas itu saya tersungkur (berpenasaran) dengan mendapat petunjukkan illahi (ilmu kejiwaan), bahawa mana bukti segala ibadat itu dapat menjadi jaminan (tiket yang pasti) berjaya masuki SyurgaNya?

Maka sesungguhnya saya menyesali kehampaan di atas kejahilan itu. Lantas perspektif umum oleh golongan orang awam dengan meramalkan akan masuk Syurga dengan banyaknya ibadat adalah melencong pada realitinya. Betapa ramai orang Islam yang telah mati meninggalkan kita. Kekadang aku juga mengamati kejiwaan keperguruan di tempat kerja. Apabila ibubapa merasa sedih di atas prestasi anak-anak mereka yang kurang memuaskan, lalu aku cuba menaikkan semangat anaknya. Dengan mengujarkan “awak push sikit lagi, kejap je belajar ni cantikkan sijil SPM awak ni, tahan kesukaan awak yang lain dengan study sungguh setahun je lagi bagi cantik straigh A’s”. Hakikatnya aku lupa, bahawa kejayaan yang paling besar adalah memperoleh SyurgaNya di hari akhir. Kenapa aku gagal convert to “you push sikit je kat dunia ni, sap lagi nak mati dah”. Kerana waktu kehidupan ini sungguh kerdil dan ringkas sahaja. Bahawa syarat bagi mati bukanlah usianya tentunya dah tua atau lanjut usia, bahkan syaratnya hanyalah sekadar hidup. Ramai kenalan kita mati lagi muda daripada kita, sedang buat apakah mereka di sana sekarang.

Kegoncangan jiwa disedari dengan realiti kerohanian. Bahawa tidak ada bukti kerohanian yang menjamin dialah ahli Syurga. Apa yang realitinya adalah aku pun tak pasti ahli Syurga ke tidak. Bagi menyedakkan rasa hati, beliau mengatakan “dah buat ibadat dan taat kepadaNya, dah meninggalkan haram dan maksiat, mungkin ahli Syurga la kot”. Perkataan “kot” adalah bukti ramalan yang tidak pasti dan tentu hala. Tanpa ilmu kerohanian sudah pasti dia tidak dapat mengukur dan meneka terhadap ketepatan rasanya di akhirat. Realitinya adalah apabila ketidakpastian dan sikap ramalan ini, hakikatnya bukti tidak memperoleh Syurga. Iya! Nabi SAW tidak mengajarkan ummatnya agama sekadar ketidakpastian dan ramalan, agama ini bukanlah ramalan soalan peperiksaan SPM. Nabi Muhammad SAW menuturkan tentang kepastian dalam beragama. Mana buktinya? Nabi SAW memberikan konfirmasi terhadap para sahabat baginda merupakan dijanjikan Syurga. Kenapa kita gagal mengkonfarmasikan kedudukan kita di akhirat berdasarkan hayat di dunia? Jawapnya kerana kita yang bodoh mengetahui jiwa dan kerohanian. Kita sememangnya bodoh dan telah tertipu.

Kesufian merupakan pakaian bagi Salik. Salik pula ialah orang yang berjalan di dunia kehidupan ini bagi membuktikan kerohaniannya sampai ke hadrat Allah SWT yang diredai. Tidaklah ada tempat bagi orang yang diredai Allah itu melainkan diletakkan di dalam syurgaNya. Bahasa mudahnya, sang Salik itu orang yang dapat mengkonfirmasikan dirinya di dunia ini samada ahli Syurga ataupun tidak. Kerana dia memiliki bukti yang jelas (sekiranya dia berjaya sampai ke hadratNya di dunia) tentang ketepatan jiwa kerohaniannya di sisi Tuhannya. Perkara pertama bagi Salik adalah memiliki ilmu tasawuf, samada ilmu tasawuf ibadah dan tasawuf makrifah. Lalu dialah dikehendaki memakai ilmu tersebut sentiasa (iaitu sentiasa mengamalkannya). Pengamalan terhadap kedua-dua ilmu tasawuf ini, secara tidak rasmi dialah mengamalkan aspek kesufian Islam. Istiqomah dan muraqabah dia di atas jalan penyucian jiwa dan amalan zikir secara jahar dan sirr adalah tempat dinamai sebagai tarekatnya di atas kesufian.

Suatu hari nanti, dia (orang Salik) akan mendapat maqam (kedudukan atau darajat) iman yang kamal dan kerohanian yang mulia. Lantas dia merupakan hamba Allah SWT yang tidak sama daripada orang kebanyakan orang awam yang suka meramal dan menyangka-nyangka. Kerana majoriti besarnya Salik ini biasanya wali, tapi kita tidak dituntut untuk menjadi wali. Sebaliknya kefarduan di atas setiap Muslim itu menjadi Salik. Kalaulah ada golongan yang rigid dengan istilah Salik, maka gunakanlah istilah lain seperti hamba yang mengapai redaNya, atau orang Islam yang melaksanakan tazkiyyah al-nafs (penyucian jiwa), atau insan yang rabbani. Istilah Salik hanyalah satu istilah pinjaman, tujuan utamanya ialah kembali menjadi hambaNya yang diredai. Pekembalian itulah sesuatu perjalanan. Tuhan berkata: man salaka ibadi anni.. (barangsiapa yang berjalan yang menuju kepadaKu..). Kemahuan untuk kembali bukanlah soal mudah, melainkan menuntut adanya ilmu tentang perjalanan bagi tujuan kembali. Ilmu yang pertama ialah “kepada siapakah nak kembali?”, mesti kena kenal Tuhan dahulu kerana di sisinya tempat bagi kembali sang Salik.

Mati dan sempat menjadi salik? Jawabnya, perginya takkan selamat dan tiada keterjaminan kejayaan di akhirat. Guru kami yang lebih tegas soal ini, beliau mengujarkan kepada kami “bahawa matinya dia sebagai mati katak”. Maksudnya mati keadaan tidak diredaiNya, tandanya mati dalam keadaan jasadnya yang menggeras dan kaku. Iya, tanda luaran (sewaktu kematian) itu membuktikan hakikat dalamannya. Hakikat dalaman adalah jiwa roh. Roh seseorang itu gagal kembali kepada Tuhannya, lalu memberi kesan jasadnya tiada beza dengan orang tidak beriman (bahasa mudahnya orang kafir). Apa beza mati engkau sebagai Muslim dan orang kafir? Kalau aku melihat jasadmu dengan mereka tiada beza, yakni menggeras dan pucat kebiruan. Jelaslah di sana engkau telah pergi dalam memderhakai Tuhan. Kembalilah kata-kata keperguruan kepada muridnya tadi “awak push sikit ja, bagi straight A’s SPM sat lagi lantaklah awak nak enjoy pun”. Padahal itu penilaian duniawi sahaja, maksudnya tidak kekal pun resultnya itu. Tapi ini merupakan hal ukharawi yang sememangnya kekal dan abadi. Sukakah engkau kekal dalam kegagalan kehidupan selepas mati? Ingatlah bahawa di sana gagal selamanya dan abadi.

No comments:

Post a Comment