Saturday, July 30, 2022

JANGAN TERBURU-BURU MENGAJAR MAKRIFAH AL-KHASSAH PADA ORANG BUKAN AHLINYA, Kenapa? Inilah sebabnya

Ketahuilah, bahawa orang yang cerdik itu akalnya panjang tiga jengkal. Bermula orang yang cerdik dalam beragama itu ialah dia memandang pada yang kekal-kekal semata-mata. Begitu jualah tempat jatuh pandang agama (Hendaklah yang kekal abadi dighairahkannya). Tanyakan pada mereka (wahai ahli zahir yang menyukai hukum-hakam syariat) kenapa kamu bersungguh-sungguh diatas jalan syariat fekah? Maka jawabnya kerana Pahala dan Syurga. Jawab lagi Tuhan janji masuk Syurga. Jawab lagi Tuhan bagitahu bahawa Syurga itu kekal. Tanyakan kali kedua, dalam Syurga fekah syariat kekal ke? Maka mereka tercungat-cungat kehairanan. Kerna bermula solat, puasa, zakat haji dan segala hukum-hakam fekah itu tiada ditaklif dalam Syurga. Dan tanya kali ketiga, adalah kekal barang hukum-hakam fekah tadi? Justeru disitu barulah sampai kadar akal tiga jengkal tadi.

Namun, bukanlah itu tujuanku disini. Bermula akan tujuanku sebenarnya ialah memberikan dua perkara. Pertama sedih. Kedua gembira. Bermula akan yang sedih itu ialah dengan kenyataan “kamu itu bukanlah sesiapa”. Dan gembira itu ialah boleh jadi kamu akan menjadi “Sesiapa disisiNya”. Bismillahirahmānirrahīm. Hakikat Bismillah menyatakan dua namaNya. Pertama Tuhan yang Maha Seni-seni. Kedua Tuhan yang Maha Poghoh. Maha Poghohnya Tuhan kita itu semua perkara Dia boleh bagi. Maha Seni-seni pula Dia Maha Menilik barang yang tertentu barulah Dia kurnia kepada hambaNya.

Sesungguhnya barang yang kekal itu ialah bersegera ia ke atas kamu. Bukanlah dakwa di atas nikmat Syurga dan pahala dahulu dinyatakan kekal tapi tiada bersegera bagi kamu. Mudahnya, tunggu mu mati qiyamat hisab dulu kalau masuk Syurga maka perolehilah kamu barang itu. Adakah ia bersegera? Tidak. Maka nasihatku kejarilah barang yang kekal lagi bersegera. Di dalam polemik kejar-mengejar ini dan timbullah yang berjaya dimiliki dan tiada berjaya ia dimiliki. Yang berjaya dimiliki itu maka sentiasa taat serta muraqabahlah ia dijalanNya. Adapun yang tiada berjaya itu bermacam-macam ragamnya, bukanlah sekadar diam bahkan melawan juga daripada ragamnya.

Dalam jemaah keruhanian, aku dengar beberapa khabar yang menggembirakan. Walaupun kebiasaannya kalau aku dengar khabar ini, biasanya aku tidak mengambil endah (peduli). Oleh kerana, kasih aku disibukkan dengan amalan menyuci zat Ketuhanan. Jadi lebih kurang beginilah, khabar gembira disini boleh juga kadang-kadang maksudnya adalah rahsia. Iaitu di dalam perjalanan menuju ketuhanan. Kerana ada setengah khabar gembira ini berat untuk diterima samada pada wajah ta’akul atau adab. Iaitu melibatkan rahsia ketuhanan. Baiklah, kembali kepada khabar sebentar tadi. Bunyinya ialah: “orang yang Tuhan kurniakan ilmu makrifah al-khassah ini, hanyalah orang yang ada keturunan sahaja..” keturunan yang dimaksudkan disini ialah merujuk kepada orang yang ada darah daging serta pertalian orang soleh terdahulu. Tingkat orang-orang soleh yang pertama dan paling tinggi ialah para nabi-nabi, dan seterusnya ialah para sahabat nabi-nabi.

Sebab itu aku merantau dan aku berjumpa dengan orang makrifah, lalu aku aku bertanyakan mereka soalan-soalan ketuhanan. Lantas mereka berkata kepadaku: “Pesen orang suka cari Tuhey ini dia memang ada bako asal hok dulu lagi..”. Aku tanya lagi, “bako gapo?” Mereka jawab: “bako orang baik-baik dan soleh, ada la tuh zaman dulu hok daripada darah daging demo ni pernah Tuhan kurniakan ilmu makrifah, jadi perkara itulah ia telah mewarisi kepada demo sekarang”. Maksudnya benda itu takkan terputus, maksud diwarisi disini ialah walaupun bukan secara direct diturunkan, tetapi hujung pangkal jatuh cucu-cicik dia akan pergi cari ketuhanan jua. Dengan sebab itulah Tuhan kurniakan dia bertemu dengan ahli makrifah lain, dan belajarlah ia darinya sehingga menjadi dia orang yang arifbillah. Lalu mereka sambung dengan membaca kepadaku beberapa dalil yang menunjukkan di atas yang demikian itu.

Bermula akan ilmu yang memberi bekas taat serta kekal tawfīq dalam agama itu adalah ilmu nabi-nabi. Jenis pesen ilmu ini ia akan cari tubuh hok pesen ada darah daging asal mula hok sepertimana dulu-dulu jah. Ia tak hingap koksey barey ni, tamboh lagi hok jenis takdok bako nasab hok mula-mula dia sebut takdi. Maka disinilah keluarnya beberapa dalil dengan cara ijmāl (ringkas), pasal ini bukan aku buat buku ilmiah ataupun jurnal ilmiah. Pah demo keno g cari sendiri la wey. Bermula akan asal pada perkataan “Pusaka”. Ialah pada makna ahli rusum (ilmu fekah) ialah harta pusaka ini tidak boleh diberikan kepada orang bukan kaum kerabat. Kerna harta itu semata-mata ialah fara’īdh bagi ahli waris mereka sahaja. Bermula faham di atas dalil naqlī (bangsa ambilan) yang demikian ialah sabda Nabi Muhammad Saw “al-Ulamā’ Warathah al-Anbiyyā’”. Bermula akan sekalian para alim itu ialah pewaris nabi-nabi. Perkataan al-Anbiyyā’ ialah jamak (plural) daripada mufrad nabīyy (singular). Maka kehendak pada perkataan nabi itu ialah para nabi-nabi sekaliannya. Justeru, jamak di atas lafaz itu diitlāqkan (diumumkan) pada sekalian para nabi-nabi dan bukanlah pada seorang nabi sahaja iaitu Muhammad Saw. Tanya mereka: “dari mana pandai demo qias syarak fekah pada hakikat?”, jawab ambo: “pasal kata ulama bermula akan syariat dan hakikat itu salin menuruti”, dan itulah dia pertuanya.

Kesimpulannya, ilmu yang dimaksudkan dalam mafhūm (benda yang difahamkan dari) sabda baginda tadi ialah mesti sama dengan semua nabi-nabi yang datang sebelum baginda. Jelas, tersalahlah dakwaan daripada kebanyakkan ahli rusum. Bahawa semua alim agamawan itu pewaris nabi-nabi pada penglihat mereka. Mereka kata alim fekah itu pewaris nabi-nabi, alim hadis, alim nahu sorof dari bahasa Arab, atau alim bacaan qiraat atau hafazan quran pun itu waris nabi-nabi, sehinggalah seterusnya. Bahkan, tiada sama sekali ilmu syariat fekah itu pada semua nabi-nabi, kerna fekah di antara para nabi-nabi itu berlainan. Bermula akan ilmu yang ditaqyīqkan (dikhaskan) itu ialah mentauhid akan Allah Ta’ala iaitu ilmu makrifah namanya. Justeru, kerja para nabi-nabi terdahulu memberikan akan ilmu tauhid supaya mengenal akan Allah Ta’ala. Iaitu kerja yang lama dan payah, sebagaimana nabi penghulu kita Muhammad Saw di Makkah lama dari kiraan masa berbanding di Madinah.

Mereka baca dalil “Yā Ayyuhāl Lalzhīna ‘Āmanū Ittaqullah Wabtaghū ‘Ilayhi Wasīlah..” iaitu wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kalian bertaqwa kepada Allah dan hendaklah kalian mencari jalan. Bermula maksud wasīlah itu ialah qurbah (qarābat) ahli warisnya. Rasulullah saw adalah sebaik-baik jalan. Jadi dia nak lahirkan rasa taqwa adalah dia akan berjumpa dengan warisnya, lalu dia dapat sampai kepada hadrat illahiyyah (ketuhanan). Lagi banyak dalil daripada quran, tatkala aku fikir tentang ini, maka lantas Tuhan mengurniakan aku faham berdalil-dalil walaupun dengan jalan ladunnī biarpun. Kerna Tuhan bagi ia bila perlu sahaja. Adapun kaum daripada terputus akan wasilah itu beberapa tanda. Seperti kalau kita sebut sahaja pasal ketuhanan dihadapannya, lantas dia memalingkan diri daripada mendengarnya, tetiba timbul pada perasaannya tiada minat untuk mendengari kepada perkara tersebut. Ada juga hok pesen munafik, datang berlakon sebagai pendengar, bahkan sebenarnya niatnya lain, seperti niatnya mahu dibuat-buat hujah debat untuk bermukhalafah (menolak orang yang mengkhabarkannya sendiri). Putus wasīlah di situ samada telah berlaku dahulu pada keturunan darah dagingnya perkara fahīsah pada usul ‘abawayn (parenting), ini seperti zinā yang telah memutuskan nasab yang soleh sebelumnya.

Aku sebutkan juga para sahabat di atas sana? Jawabnya kerna sahabat itu ialah mereka yang mempunyai akan jiwa ketuhanan, sebabnya telah terdidik oleh Rasulullah saw akan cintai ketuhanan. Bermulalah akan dalil itu secara ijmālnya ialah tatkala kebanyakkan daripada hadis-hadis nabi saw apabila bertanya sesuatu soalan kepada sahabat, maka jawapan kebiasaan sahabat ialah: “tiadalah aku cintai melainkan Allah dan Rasulnya”, ataupun “Sesungguhnya Allah dan rasulNyalah yang mengetahui”. Jawapan-jawapan ini menunjukkan hikmah maqāmāt (kedudukan) cinta para sahabat ialah mencintai rasul melebih akan apa yang ada di dunia ini. Dan cinta ini takkan terjadi tanpa kenal, dan bermula akan maksud kenal itu ialah bermakrifah terlebih dahulu.

Daripada pengalaman pula, aku pernah juga membuka akan ilmu makrifah kepada kawan-kawanku, kerna aku menyangka mereka adalah kawanku di dunia dan akhirat sana jugak. Tapi sekarang aku pun telah berhenti daripada berharap. Kerna hari ini barulah aku faham. Bak kata ahli makrifah: “janganlah engkau gantung akan mutiara pada leher khinzir”. Aku sedar bahawa: “kalaulah khinzir itu khinzir maka tetaplah selamanya ia khinzir, tiada pernah khinzir berubah menjadi rusa”. Walaupun telah membaca mengenai ilmu makrifah ahli al-khassah daripada A to Z sekalipun dihadapan mereka, hakikatnya mereka bukanlah daripada keturunan yang dihendaki oleh Allah Ta’ala, maka ia menjadi sia-sia. Aku juga pernah tanya: “kalaulah orang yang sampai ilmu makrifah ini, tapi mereka menolaknya, adakah mereka ini daripada keturunan fira’un and the gengs?”. Lalu jawab mereka: “WallahuA’llām..”. Kemudian aku teringat akan kata guruku, bahawa ada beberapa jenis dari kalangan manusia. Pertama, dia pergi belajar pelbagai ilmu tetapi tiada bertemu dengan ilmu makrifah. Kedua, belajar dah ilmu makrifah tetapi tidak diberikan tawfīq. Ketiga, belajar ilmu makrifah dan diberikan tawfīq. Jadi yang ketiga inilah leluhurnya.

No comments:

Post a Comment