Thursday, January 30, 2020

KEKELIRUAN INDENTITI DAN FIKRAH FAHAMAN AQIDAH REMAJA ALPHA


Coretan artikel ini ialah mengenai sesuatu kekeliruan yang telah berlaku terhadap generasi remaja mengenai persepsi indentiti aliran agama yang patut dianuti oleh mereka, disebabkan setengah dari mereka telah berhadapan dengan polemik “confusing the religous culture of societism”. Sejarah sistem pendidikan Malaysia melakarkan perubahan-perubahan yang drastik dalam hala-tuju maklamat pendidikan negara. Pada abad ini, sistem pendidikan di Malaysia lebih berpaksikan ke arah kemajuan dalam bidang industri yang dikatakan sebagai istilah “industri empat point zero”, ia bagi melaksanakan dasar membangunkan negara yang lebih berdaya saing dari aspek kepakaran teknologi. Apabila perubahan pendidikan tadi berhala-tuju kepada sektor industri semata-mata, tindakan ini secara mendatar telah memberi kesan kepada penerapan sistem pendidikan social-religious. Pendidikan yang bercirikan sains stem serta kemahiran teknikal diberikan fokus yang lebih utama. Justeru, impak ini memberi kesan terhadap pendidikan sosiol-keruhanian agama dan fardhu ain yang dipaksa supaya diringkaskan serta majoritinya telah dibuang dalam penerepan silibus pendidikan peringkat menengah. 
 
Hakikatnya, graduan-graduan sekolah menengah yang dikeluarkan sememangnya samar daripada sesuatu kefahaman yang jelas terhadap persepsi agama, tambahan lagi yang mengalami kancah kesamaran dan fitnah dalam perbezaan yang rumit untuk dimengertikan oleh mereka yang baru ingin menjejak kakinya ke arah institusi pendidikan yang lebih tinggi. Kerana disana mereka akan berhadapan dengan pelbagai karenah pandangan masyarakat serta susuk tubuh agamawan yang memeningkan dalam menentukan keaslian agama yang perlu mereka dokongkan dan amalkan seharian. Dengan itu, kes ini saya namakan ia sebagai “kekeliruan indentiti dalam memahami fikrah agama”. Hal ini adalah besar berakibatkan daripada perubahan sistem pendidikan negara terutamanya dalam bidang pendidikan agama telah diringkaskan dan dipendekkan dalam amalan pendidikan di dalam kelas sewaktu dibangku sekolah.

Sayugiya bahawa penulis ingin memilih hanyalah satu topik sahaja, iaitu “Aqidah tauhid manakah yang perlu dipegangi? Adakah aqidah tauhid tiga serangkai? Bagaimana pula dengan ajaran aqidah tauhid sifat 20? Yang mana satu betul dan yang mana satu menyeleweng?”. Demikian, penulis tidak mempunyai ruang masa panjang untuk meneutralkan di antara dua perbezaan disiplin ini. Keterangan di artikel ini diambil daripada buku tulisan penulis sendiri yang berjudul “Sharh al-‘Aqīdah al-Islāmiah Fī Izālah al-Syubuhāt Hawl Masā’il al-‘Aqā’id Wa al-‘īmān Lil Ahl al-Millah Wa Islām”.  Dalam tarjemahan bahasanya ialah “Keterangan mengenai aqidah Islam dalam merungkaikan kekeliruan terhadap kesamaran sekitar masalah-masalah pokok aqidah dan iman bagi yang orang yang menganuti ajaran agama tauhid”. Perbincangan ini yang diceduk kembali pada bab ketiga yang terdapat pada manuskrip buku ini. Pada judul bab yang ketiga ialah pada menyatakan beberapa perkara syubhat dalam iktiqad mukallaf. 

Pertama, sayugiyanya bahawa remaja alpha telah meninggalkan pembelajaran ilmu fardhu ain iaitu ilmu yang hukumnya adalah wajib dipelajari setiap individu yang mencukupi syaratnya. Sehingga menjadikan hijab iaitu dinding daripada melihat yang wajib itu disebabkan oleh yang fardhu kifayah samata-mata. Ilmu fardhu ain ialah menuntuti ilmu usuluddin iaitu bermula mengenai Tuhan sehinggalah perkara-perkara syam’iyyat di akhirat. Ilmu fekah iaitu menuntut kita supaya mengetahui cara-cara melaksanakan setiap ibadah yang difardhukan ke atas diri, bermula daripada bab penyucian sehingga dengan sekurang-kurangnya bab haji. Keempat iaitu ilmu mengenai masalah hati ialah ilmu keruhanian ialah merujuk kepada ilmu tasawuf, bermula mengetahui yang membatalkan pahala [bukan maksud yang membatalkan sah sesuatu ibadah] sehingga menghilangkan perkara-perkara yang boleh membatalkan tersebut. Namun, adalah teramat malangnya bagi generasi moden tidak pernah mengambil cakna di atas yang demikian. Bahkan mereka ditipu mengejar supaya menghafaz al-Quran 30 juzu' itu lagi utama, belajar bahasa Arab lagi utama, belajar tarannum lagi utama, belajar tafsir quran dan hadith dan sanad hadith lagi utama [dengan ramalan supaya dapat pahala di atas kerja dakwah mereka kelak]. Tapi sayangnya itu semuanya adalah sekadar ramalan yang pastinya hujung pangkalnya adalah sia-sia belaka.

Kedua, pengasas rangkaian ajaran tauhid tiga serangkai secara tidak rasmi adalah merujuk kepada nama Ibnu Bathah Hanbali al-Mujassim iaitu daripada fahaman al-Mujassimah, di antara lainnya ialah Muhammad al-Kiram, Muqatil bin Sulaiman. Namun secara rasminya setelah itu ialah yang berlegar dimulut agamawan adalah Ibnu Taimiyyah. Ajaran ini terlalu ringkas dan tidak ada sebarang dasar serta matlamat yang jelas daripada hasil pembelajarannya. Kerana menurut kajian ahli akademia bahawa Ibnu Taimiyyah menghidupkan ajaran tauhid ini adalah untuk menyerangkan beberapa golongan orang Islam pada zamannya yang dikatakan melakukan perkara-perkara yang beliau lihat sebagai bida’ah [walaupun majoriti ulama ahlu sunnah tidak bersetuju dengan pandangannya]. Maka rosaknya niat matlamat untuk mentauhidkan Allah ke arah “mengkafirkan” golongan yang tidak sealiranya dengan pemikirannya [rujuklah karyanya yang agung iaitu majmu al-fatawa yang sungguh tragis membidas ahli qiblah sebagai ahli bida’ah yang majoritinya adalah ulama sufi Ahlu Sunnah Wal Jamaah].

Ketiga, telah terdapat kekeliruan terhadap dasar pengistilahan pembahagian di dalam ajaran tauhid itu sendiri. Satu contoh menurut mereka [pendokong tauhid tiga serangkai] barangsiapa yang hanya bertauhid dengan tauhid aspek rububiyyah sahaja, maka ia tidaklah lagi dikira Islam. Malah menghukumkan mereka itu sebagai musyrik yang samanya dengan apa yang dilakukan oleh orang kafir yang mutlaknya kekafirannya. Ini bercanggah dengan usul ahlu sunnah wal jamaah [orang Islam yang menyakini bahawa Allah adalah pencipta dan memiliki alam ini setelah padanya ikrar dengan syahadah walaupun mereka tidak melakukan solat disebabkan malas maka tidak boleh dihukumkan kafir menurut ahlu sunnah wal jamaah]. Bahkan pada pendokong ajaran tauhid tiga ini mengatakan tidak memberi kesan iman seseorang muslim sekiranya mereka tidak bertauhid dengan aspek uluhiyyah. Maksudnya rububiyyah memerlukan kepada uluhiyyah dan sering berta’aluk diantara kedua-duanya tersebut. Justeru, dengan konsep inilah mereka menjadi modal untuk “membida’ahkan” sebahagian besar perkara khilafiyyah dalam aliran ahlu sunnah wal jamaah.

Seterusnya terdapat kekeliruan pada fahaman pengistilahan perkataan “Illah”. Pada pendokong ajaran tauhid ini, mereka menyatakan bahawa illah itu dengan maksud disembah semata-mata. Justeru mereka menjenamakan illah sebagai tauhid Uluhiyyah yang wajib dipegangi oleh orang Islam, dengan kehendak tidak boleh menyembah selain Allah. Silapnya mereka dalam menjenamakan Illah dengan limitasi hanya menyembah adalah bercanggah dengan pengistilah di dalam al-Quran. Perkataan Illah di dalam al-Quran disebut bukanlah semata-mata merujuk kepada Yang disembah sahaja. Sebagai contoh Allah berkata “Law Kana Fihima ‘Alihatan Lafasadata” sekiranya terdapat dibumi dan langit itu illah maka binasalah kedua-duanya iaitu langit dan bumi. Persoalannya, adakah illah ini merujuk kepada yang disembah? Jawabnya adalah tidak. Kerana memang telah terdapat di bumi benda yang disembah oleh manusia hari ini? Bahkan kenapa tidak binasa langit dan bumi itu? Ini menunjukkan illah disini merujuk kepada yang mentadbir bukan yang disembah. Kerana sememangnya sekiranya adalah dua pentadbir maka nascaya rosaklah langit dan bumi [kerana boleh berlaku di antara kedua-dua pentadbir itu tidak sehaluan dalam menentukan falak pergerakannya].

Seterusnya lagi, pembahagian tauhid kepada asma’ dan sifat adalah dengan motif supaya mereka sebagai pendokong ajaran tauhid tiga ini dapat menolak takwilan golongan ulama khalaf dalam masalah ayat-ayat sifat yang mutasyabihat. Bahkan menuduh serta melebelkan ulama ahlu sunnah yang berpegang dengan manhaj khalaf sebagai aliran mu’athillah [yang mengingkari ayat-ayat sifat]. Justeru disini timbul perbahasan mengenai salaf dan khalaf pada pemahaman ayat-ayat khabariyyah mengenai muhkamat dan mutasyabihat [penulis telah menulis pelbagai contoh masalah ini di artikel sebelum ini mungkin boleh dirujuk kembali]. Perbahasan fitnah pada aspek pembahagian yang terakhir ini amat banyak komplikasi yang buruk telah timbul sehingga tidak berdaya penulis menyenaraikan kesemuanya di dalam artikel ini [siapa yang berminat boleh PM penulis mengenai buku yang disebutkan sebentar tadi]. Tetapi beberapa perkara yang perlu dipandang di dalam pengistilah tauhid asma wa sifat ini adalah seperti; masalah timbulnya manhaj zahiri atau literal dalam memahami nas, mendakwa mereka adalah pengikut salaf soleh yang dipanggil salafi/salaifiyyun yang sebenar, terjerumus ke dalam aqidah aliran Mujassimah [menanggotakan Tuhan] Musyabbihah [menyamakan Tuhan] dengan makhlukNya. Sebab itulah penulis lebih mudah menggunakan istilah Pseudo-Salafi sebegai gelaran kehormat mereka.

Daripada komplikasi pembahagian terakhir ini juga telah lahir masalah luar yang pelbagai. Ini seperti timbulnya geng pendokong “flat earth” [penjuang bentuk bumi membujur], mendakwa Tuhan bertempat tapi tak serupa dengan makhluk, menimbulkan hukum hakam fekah yang pelik seperti mengharuskan DNA khinzir dalam pemakanan, dan terbitnya golongan ekstremis dalam agama seperti ISIS yang berpanjikan sebagai nama Islamic State. Ya, sewaktu mereka [pendokong ajaran tauhid ini] membuat mu’tamar disana penulis ada bersama sebagai pemerhati, dan mereka sendiri selaku ahli akademia mengakui bahawa terbitnya IS daripada golongan fahaman ini juga yang besar telah mempengaruhi. Tambahan pula, jelas di dalam buku hitam IS tertera ajaran tauhid tiga serangkai, mereka amat mendokong Syeikh mereka yang mereka memberikan gelaran sebagai “Syeikh al-Islam” Ibnu Taimiyyah dan tokoh tajdid pemuja Ibnu Taimiyyah ialah Muhammad bin Abdul Wahhab iaitu pengasas utama fahaman Wahhabi. Anda lihatlah sendiri, apa yang telah diperjuangkan oleh IS? Di antaranya ialah menghancurkan tempat-tempat bersejarah nabi-nabi, kerana mereka mendakwa bahawa disitu [dengan melakukan ziarah iktibar] adalah perkara yang bida’ah. Kesemuanya tindakan ini adalah kesan daripada asas-asas kefahaman tauhid tiga serangkai tadi. Peringatan bahawa coretan ini adalah ringkas. Akhir sekali ikhlas daripada penulis "duhai kasih, aku sesekali tidak berdaya menarikmu daripada azabNya jikalau aqidahmu telah mu gadaikan". Intaha.

No comments:

Post a Comment