Itulah topik yang sesuai untuk aku
bahaskan kali ini. Supaya mereka mengerti apakah peranan guru yang sebenarnya. Allah
Ta’ala yang telah mentaqdirkan seseorang itu pernah berjumpa dengan kita,
kerana itu satu nikmat bagi kita. Samada nikmat itu dalam bentuk perkenalan,
perkongsian dan menyimpanan kenangan bernilai. Guru sekarang ini telah menerima
pelbagai cabaran, dalam menghadapi gelagak dan tingkah-laku anak murid generasi
alpha ini.
Aku teringat lagi kata-kata syeikhuna, dia
kata; “Nak jadi guru tanggujawab dia adalah kena menyelesaikan masalah anak
murid. Sekiranya tak dapat menyelesaikan masalah anak murid jangan jadi guru”.
Masalah yang beliau kena selesaikan adalah masalah yang paling utama dalam
hidup dia hadapi. Aku dapat meneka bahawa masalah utama manusia dalam kehidupan
mereka adalah masalah mereka dengan Tuhannya. Sekiranya masalah mereka dengan
Tuhan tidak dapat diselaikan, maka janganlah mencari untuk menyelesaikan
masalah yang lain. Kerana apabila dia bermasalah dengan Tuhan, secara keseluruhannya
masalah lain walaupun kecil tidak akan dapat diselesaikan sampai bila-bila.
Didunia ini, kita jumpa pelbagai jenis
gaya dan style seseorang itu mengajar kita yakni kita memanggil mereka sebagai
guru. Dalam hidup kita telah terdapat begitu ramai orang memberi tunjuk ajar
kepada kita. Tidak kiranya ilmu apa-apapun hatta ilmu itu membawa kearah
kejahatan sekalipun, dia juga dipanggil sebagai guru kita. Tetapi di dalam
artikel kecil ini, aku ingin bahaskan tugasan orang yang mengajar ilmu fardhu
ain sahaja. Yakni orang-orang telah hadir dalam kehidupan kita dan mereka
mengajar kita tentang hal ehwal keagamaan iaitu Islam. Bagaimanakah beliau
memberikan faham tentang agama itu kepada kita pada hari ini?
Aku tiada jawapannya, kerana kalian
masing-masing yang menghadapinya dalam hidup kalian. Maka sepatutnya kalian
sendirilah yang mengetahui soalnya. Kesan dari itu, daripada seseorang guru
itulah, maka lahir sesuatu produktiviti generasi sekunder, yakni pihak kedua
yang menerima. Maka merekalah yang akan meneruskan legasi yang diterima dahulu.
Mungkin gaya seseorang guru itu akan terus hidup di dalam legasinya, dan
mungkin juga ia akan mati ditengah jalan.
Baiklah, career aku adalah guru juga.
Sepertimana kata syeikhuna tadi, maka disitulah bahawa aku mula tidak berminat
untuk menjadi seorang guru. Walaupun seribu datang kata-kata daripada orang
awam, bahawa berkatanya mereka semua; “Sesungguhnya menjadi seorang guru itu
kerja mulia, banyak pahalanya, bahkan sentiasa mengalir walaupun dia telah
tiada”. Kerana aku bukan peminat pahala, aku diajarkan oleh syeikhuna beribadat
hanya kerana cinta akan Allah Ta’ala. Tertinggal sesuatu ibadat bukan kerana
takut menjana dosa, bahkan kerana aku telah berhutang rindu dengan Allah
Ta’ala.
Orang-orang awam yang ramai itu, mereka
menilai seseorang guru yang berharga di atas sumbangan zahirnya. Dan mereka
menghukum juga guru yang hebat itu berdasarkan kuantiti ilmunya. Bahkan mereka
suka seseorang yang mengajar dengan cara mendapat sesuatu kefahaman secara
singkat. Saya tertarik dengan contoh-contoh orang yang mengajar dengan gaya sesuatu
penyampaian isi kemudian diikuti dengan dalil daripada Quran dan Hadis. Sebagai
contoh, seseorang pengajar itu berkata; Tuhan menyuruh kita sentiasa berjihad
di jalanNya berdasarkan dalil (يجاهدون في سبيل الله ) bermaksud hendaklah kalian berjuang di jalan
Allah. Dia lagi menyambung, “ingatlah bahawa ganjaran berjuang di jalan Allah
itu mendapat pahala yang banyak berdasarkan firman Allah Ta’ala; (ولهم اجر كبيرا ) yang
bermaksud iaitu bagi mereka ganjaran yang besar” bla..bla..blaa. Begitulah seterusnya,
dan seterusnya. Mereka kata inilah dia ilmu bagi mereka. Namun, pada aku tidak.
Kerana gaya mengajar ini mendungunkan pemikiran manusia.
Sukagiya aku mendatangkan
kisah riwayat Imam Ghazali yakni Abdul Hamid Al-Ghazali. Di dalam sesuatu
riwayat bahawa Imam Al-Ghazali dahulunya adalah seorang Qadi (Mufti) besar di
Negeri Baghdad. Kemahiran beliau memang tiada tandingan lagi dalam perbahasan
ilmu hukum-hakam syara’. Setiap masalah yang timbul, berkaitan dengan persoalan
masalah hukum fekah, lantas dijawabnya tanpa teragak-agak. Namun, pada suatu
ketika beliau telah ditanya oleh seorang wanita berkenaan hukum tentang haid. Tetapi
jawapannya tiada dijumpai oleh beliau pada hari itu. Justeru, beliau meminta
wanita itu supaya menunggu seketika sementara beliau mencari jawapannya. Di dalam
fitrah beliau merungkai jawapan itu, pada suatu petang waktu mahu menunaikan
solat asar dirumah ahli keluarganya. Ketika itu terdapat emaknya dan seorang
lagi adik lelaki beliau. Seperti biasa beliaulah akan menjadi imam solat. Tatkala
pada rakaat solat itu, tiba-tiba adik lelakinya melakukan mufaraqah
(memisahkan) daripada saf solat itu, hal itu disaksi oleh emaknya. Lalu selepas
solat emaknya bertanya; mengapakah engkau keluar daripada saf solat abangmu tadi?
Lalu beliau menjawab bahawa beliau telah melihat dibadan abang (Al-Ghazali)
darah yang banyak. Demikian beliau menyoal abangnya; apakah engkau fikirkan
sewaktu sedang soalt tadi? Dan Al-Ghazali menjawab bahawa dia masih memikirkan
jawapan wanita berkenaan masalah haid.
Melalui peristiwa
itu, Imam Al-Ghazali merasa hairan serta ta’ajub dengan kebolehan adiknya yang
dapat melihat perkara ghaibiyyah (yang tidak dikesan oleh pacaindera). Justeru,
beliau menanyakan adiknya, apakah yang membolehkan beliau mendapat keistimewaan
tersebut? Lalu berkata adiknya, bahawa engkau (Al-Ghazali) hanya mengetahui dan
mahir ilmu zahir samata-mata. Bahkan kamu tidak menguasai ilmu kebatinan. Dari itu
Imam Al-Ghazali memohon kepada adiknya, supaya menunjukkan kepada beliau guru
yang boleh mengajarkan beliau tentang ilmu kebatinan itu. Demikian adiknya
menunjukkan gurunya yang dibawa beliau ke Kota Ibu Negeri Baghdad. Setibanya,
ia mendapat seorang tukang jahit kasut. Lalu tukang jahit kasut itu
menyambutnya seumpama seorang tetamu yang dihormati (disebabkan semua masyarakat
mengenali mufti Baghdad iaitu Imam Al-Ghazali). Lantas beliau bertanyakan si
tukang kasut itu, bolehkah engkau mengajarkan aku ilmu? Lantas tukang kasut itu
mengambil tempat duduk beliau dan terus membuat kerjanya iaitu mengambil satu
kasut untuk dijahitnya. Lalu dia berkata; siapakah yang sedang menjahit kasut
ini? Lalu jawab Imam Ghazali; engkaulah yang menjahitnya. Lalu dengan nada
sedikit keras; engkau tidak nampak hakikatnya! Maka sejak daripada itulah Imam
Ghazali menuntut ilmu kebatinan dengan si tukang kasut itu. Daripada peristiwa
itulah, tertulisnya satu karya Imam Ghazali yang masyhur iaitu kitab Ihya’
Ulumuddin (menghidupkan kembali ilmu agama).
Di dalam kajian
aku, yang banyak mengkisarkan tentang isi kandungan karya-karya turath ulama
alam Nusantara, kebanyakkan isi karya mereka tidak menukilkan dalil-dalil
daripada nas (Quran dan Hadith). Maka dijawab oleh Tuan Guru Syeikh Ahmad Ridhauddin
daripada Pondok Penanti Pulau Pinang di dalam sesuatu muzakarahnya; mengapakah
para ulama ahlillah dahulu tidak menukilkan ayat-ayat Quran dalam karya mereka,
jawabnya kerana orang yang menulis ayat-ayat Quran sahaja di dalam karya itu
menunjukkan ia masih bodoh. Yakni ayat Quran tidak boleh difahami secara terus
menafsirkan maksdunya. Ia memerlukan perbahasan falsafah ilmu yang jelas terlebih
dahulu, kemudian barulah kita dapat mengerti kehendak ayat quran itu secara
jelas dan boleh diamalkan. Maknanya orang yang menghafal Quran dan maksudnya
tiada nilai ilmiah pun, masih ditahap orang jahil dan bodoh.
Aku cuba mencari
sesuatu daripada analogi; begini diibaratnya seekor keldai yang memikul
berpuluhan tan barangan yang diisi berjuta buku-buku dibelakangnya. Tetapi keldai
itu tetap bodoh. Maka begitulah kita, hari ini kita dilekakan supaya menghafal
30 juzu Quran dan berjuta-juta hadith sohih melekat dikepala. Tetapi satu patah
haram pun kita tak faham bagaimana nak lakukan. Contohnya, aku tanya kalian;
bagaimana untuk beramal dengan dua ayat pertama daripada surah At-Tiin? Ayat itu
kata (maksud yang kalian hafal dan tahu) “Dan demi pohon Tin, dan pohon zaitun.
Dan inilah negeri aman mekar”. Cuba kalian faham dan amalkan seharian dalam
hidup kalian? Bagaimana? Adakah Tuhan menyuruh kita menanam pohon tin dan
zaitun dirumah? Adakah Tuhan suruh kita makan buah tin dan zaitun setiap kali
makan? Persoalannya kenapa pohon tin dan zaitun? Kenyangkah kalau dimakan oleh
orang Islam? Tidakkah boleh buah tembikai ke, durian ke lagi kenyang dan enak
daripada buah tin? Apakah special sangat negara padang pasir? Boleh menanam
pohon tin dan zaitun. Tetapi bagaimana pula orang Islam yang tiada menetap
dipadang pasir, seperti dinegara salji, nak tanam pohon tin dan zaitun taknak
subur? Habis tu bagaimana mereka mahu mengamalkannya? Sedangkan mereka tak
dapat membuatnya dan beban ke atas mereka.
Itulah soalan demi
persoalan yang harus kita jawab. Dan ketahuilah, ketika mana tiada boleh kita
memberi jawapannya dan jauh sekali kita daripada mengamalkannya (kerana
sebenarnya kita tiada faham), maka disitu sebenarnya ruh Quran itu telah mati
di dada-dada kalian. Kalian hanya mengingati ayat itu, bahkan kalian sebenarnya
jahil untuk mengaplikasi serta melakukannya seharian dalam nafas kehidupan
kalian pada hari ini. Kalianlah yang mematikan ruhnya, kalian diumpamakan
seekor keldai yang larat memikul berjuta-juta buku dan kitab dibelakang, bahkan
kalian masih bodoh dan jauh daripada kebenaran isi kandungannya.
Itulah beza aku,
aku menjadi guru membahaskan kefahaman falsafah yang jelas walaupun mereka
sukar untuk difahami. Tetapi itulah ilmunya. Agar anak-anak muridku itu terlahir
dengan penuh kualiti bukan di atas kuantiti semata-mata. Berapa ramai guru
sekarang melahirkan anak-anak murid dari sudut kuantiti bahkan tiada satupun
menunjukkan kualitinya dan lebih produktif dengan pemikiran yang kritikal dalam
ilmu. Tetapi mereka itu jahilnya bertingkat-tingkat, lebih suka memilih jalan
mudah, memahami secara zahir serta ringkas, kesannya mereka tiada ruh
penghayatan terhadap ilmu. Akhir sekali, kalian hayatilah ayat surah baqarah
ini; (
ومن يؤت الحكمة فقد اوتي به خيرا كثيرا) Barangsiapa yang diberikan oleh Allah akan hikmahNya, Maka
sesungguhnya dia telah mendapat kebaikkan yang banyak. Intaha.
No comments:
Post a Comment