Ini pada satu fasal, menerangkan tentang beberapa
khasiat orang ma’rifat atau dikenali sebagai orang 'Arifbillah kepada masyarakat
atau orang awam atau institusi kekeluargaan. Khasiat-khasiat ini aku telah
kutip daripada ceramah-ceramah orang yang hebat-hebat pengetahuannya di dalam
agama. Iaitu seperti ahli usuluddin, ahli tasawuf mahupun orang 'Arifbillah
sendiri. Maksud perkataan “Ma’rifat” pada istilah iaitu sesuatu disiplin
daripada ilmu yang memberi seseorang itu untuk mengenal Allah Ta’ala. Manakala
maksud pada kehendak perkataan “'Arifbillah” pula, ialah tahu orang yang tahu membezakan di antara
muhadath (Makhluk) dan qadim (Tuhan). Maka sesiapa yang memengang atau telah memperolehi kunci
ilmu Ma’rifat tersebut serta mengamalkannya, maka dia dinamakan sebagai orang
‘Arifbillah. Dan sesungguhnya sesaat daripada amalan orang ‘Arif itu, lebih
baik solat sunat seribu tahun kalinya, dan lagi khususnya Tuhan kurniakan seribu pahala mati syahid setiap kali menarik atau menghebuskan nafasnya itu.
Bahawa telah berkata Syaikhi (guru penulis) bermula segala
orang ‘Arif itu (mengenal Tuhan) terlebih afdhal (sangat dikasihi oleh Allah
Ta’ala) daripada segala dunia dan seisinya. Ini bertempatan dengan Athar
(kesan) daripada hadith Qudsi yang bermaksud :“Akulah (Allah) pembendaharaan yang
tersembunyi (iaitu memerintah alam ini secara rahsia) kasih Aku untuk dikenal
orang”. Maka faham daripada Athar hadith Qudsi itu, bahawa Tuhan telah
memberikan kasihNya kepada orang yang mengenaliNya (iaitu orang yang nyata
Dialah yang memerintah walaupun tersembunyi). Berkata lagi Syaikhi, bahawa
sehabis-habis rendah orang berilmu tauhid itu (maksudnya dia memiliki sesuatu
ilmu tauhid tahap biasa dan rendah) Tuhan janjikan kepadanya balasan di Akhirat
nanti dengan nikmat tujuh buah bumi untuk dimilikinya. Maksud tujuh buah bumi itu segala nikmat yang ada di bumi yang tidak pernah di didiami atau
diterokai oleh sesiapapun. Iaitu ia kaya dengan pelbagai sumber seperti tanah,
tumbuhan, haiwan, emas, permata, geliga etc dan bersamanya nikmat-nikmat moden
sekalipun, seperti aset-aset harta, berbentuk rumah mewah, ataupun kereta, atau wanita-wanita jelita yang pernah dia
inginkan sewaktu di bumi dahulu, etc itu semua bakal dimilikinya. Bahkan tujuh buah bumi ini,
bukanlah ukuran sama seperti bumi sekarang yang sedang didiami oleh kita sekarang ini. Malah ukuran itu ialah
satu bumi daripada tujuh itu bersamaan keluasannya adalah tujuh
buah bumi sekarang kalau pun nak dinisbahkan. Itu balasan bagi serendah-rendah
orang yang memiliki ilmu tauhid sahaja, bahkan ini ilmu Ma’rifatullah adalah
setinggi-tinggi ilmu untuk mentauhidkan Tuhan (kerana tidak semua orang Tuhan kurniakannya) tiada boleh aku terkata tentang
bilangan serta ukuran nikmat yang bakal dimilikinya.
Orang ‘Arif ini adalah rahsia, tidak dikenali dan
tidak juga diperasani oleh masyarakat hari ini. Kekadang juga, dihina orang, dibuang
orang, diperli orang dan tidak disukai dari kebanyakan orang. Sebab bertempatan
dengan hadith yang berbunyi; “Berkatalah tentang Al-Haq walaupun ia pahit”. Ramai orang
sekarang pandai-memandai menafsir lafaz “Al-Haq” dengan maksud iaitu bercakap
tentang perkara kebenaran seperti bercakap sesuatu perkara kebaikan contohnya menyuruh orang solat, memberi
nasihat dakwah kepada islah, memberi ceramah tentang agama, memperbetulkan
sesuatu hukum-hakam berkaitan syariat etc. Duhai kalian, ketahuilah olehmu
bahawa lafaz “Al-Haq” itu salah satu daripada nama yang disandarkan bagi diri
Dzat Tuhan semata-mata. Di dalam segala nama-nama Tuhan, terdapat dua nama yang haram digunakan kepada manusia atau makhluk tanpa meletakkan lafaz “Abdul” bersertanya.
Dua nama tersebut adalah “Al-Haq” dan “Allah”. Cuba kalian cari, adakah di dunia
ini seseorang itu bernama Allah? Jawabnya tiada. Yang ada hanyalah manusia
bernama Abdullah, iaitu diletakkan lafaz “Abdul” dahulu dihadapannya. Dan cubalah
kamu cari, adakah di dunia ini kamu temui manusia bernama Rahim atau Qawi atau
Rahman atau Ghani? Jawabnya ada. Walaupun tanpa meletakkan perkataan “Abdul”
dahulu dihadapannya ia dibolehkan. Ini menunujukkan bahawa lafaz “Al-Haq” itu
hanya para ulama menyandarkan kepada diri Dzat Allah Ta’ala semata-mata.
Kesimpulan daripada itu, tiada terdapat orang islam yang mengerti agama meletakkan nama
Allah (iaitu secara lafaz tunggal tanpa menyertainya lafaz “Abdul”), Begitu
juga “Al-Haq” tidaklah ada manusia bernama “Al-Haq” kerana lafaz itu merujuk
kepada nama khas bagi diri Dzat Tuhan sahaja. Justeru, hadis di atas itu memberitahu
kepada kita bahawa orang yang boleh bercakap tentang diri Allah sahaja yang
akan menerima kepahitan (perkara inilah yang dilakukan oleh orang ‘Arifbillah hari
ini). Bukan orang yang bagi ceramah dakwah atau motivasi, ceramah hukum-hakam
solat, muamalat, perkahwinan islam etc, kerana sekarang ini orang yang bercakap hal itu, tiadalah mendapat
mereka kepahitan sepertimana yang dijangkakan di dalam hadith tersebut. Bahkan lagi mendapat ia sesuatu kemanisan seperti mendapat
nama iaitu populariti serta bayaran yang tinggi darinya. Apa yang saya nak kaitkan
adalah hadith berbunyi: “berkatalah Al-Haq walaupun ia pahit” iaitu orang
‘Arifbillah bercakap tentang Tuhan mesti menerima kepahitan di dalam respon
masyarakat Majmu hari ini, sepertimana saya katakan mereka “tidak dikenali
orang, dibenci, dihina, dibuang, dikatakan orang sesat etc” itulah maksudnya kepahitan yang telah
diisyaratkan di dalam hadith itu. Bahkan sering kali aku bertanya pelbagai jenis daripada macam-macam soalan kepada Syaikhi (Seorang 'Arifbillah) di dalam sesuatu majlis ta’limnya, nascaya semua
jawapan daripada soalan yang berbeza-beza itu, Syaikhi menjawabnya mesti
kembali kepada Dzat Allah semata-mata.
Kembali kepada menyatakan khasiat orang ‘Arifbillah
ini, sekiranya kita perhatikan di majlis ta’lim umum (pengajaran) oleh orang aqidah
atau usuluddin, kekadang mereka akan menyebut “kita harapkan ibadah kita pada
malam ini diterima oleh Allah Ta’ala, semoga di dalam kalangan kita pada hari
ini, terdapat seorang kekasih Allah, wali Allah (orang ‘Arifbillah) daripada
kalangan yang ramai ini”. Yang kata-kata ini sama seperti kata-kata Syaikhi.
Apabila salah seorang sahabatku bertanya: “Ya Syaikhi, bagaimana sekiranya kita pada hari ini kita menunaikan solat jumaat di Masjid, sedangkan disana ramai bersama-sama kita orang jahil tentang Tuhan, mereka melakukan Syirik tersembunyi, akibat daripada tersalah pengangan aqidah dan i'tiqadnya. Lalu bagaimana solat jumaat kita
itu adakah ia diterima Allah?”. Lantas menjawab Syaikhi: “Sesungguhnya Tuhan
mengangkat pahala solat keseluruhan orang-orang yang ada di dalam Masjid pada
hari itu, disebabkan terdapat di dalam saffnya seorang daripada orang ‘Arif”. Maka ketahuilah
kamu, bahawa orang ‘Arif itu amat dikasihi Tuhan sehinggakan Dia mengangkat
pahala orang ‘Arif tersebut beserta amalan orang jahil ketika bersamanya tanpa
melihat kejahilan mereka itu. Disebabkan tersebarlah ketika itu kasih pengampunan
dan rahmatNya semata-mata.
Diceritakan khasiat yang lainnya, bahawa orang
‘Arifbillah itu mempunyai pada dirinya beberapa dari jazbab, Mereka juga
memengang sesuatu dari jenis syafaat (iaitu pelindungan). Bahkan harus bagi mereka memberi syafaat
itu kepada orang lain. Ini terutamanya
kepada ahli keluarganya, kaum kerabatnya ataupun sesiapa yang ada kaitan
dengannya yang disukainya. Meskipun ahli kerabat itu, memang jahilnya tentang agama, lemah
imanya, kurang pahala, banyak dosanya serta banyak syak dan wasangka di dalam
beragama. Melalui orang ‘Arifbillah itulah, boleh bertawassul kepadanya untuk
menyampaikan kita yang jahil ke hadrat Allah Ta’ala supaya diperkenankan keselamatan kita. Kerana yang diperkenankan
Allah Ta’ala bukanlah do’a orang jahil, bahkan kerana kekasihnya yang berdo’a
(orang ‘Arifbillah). Inilah Allah
berfirman bermaksud: “Tidaklah sesiapa dapat memberikan Syafaat, kecuali dengan
keizinanNya”. Yang terlebih ‘Arif itu adalah Nabi Muhammad Saw kita, bagindalah
ketua sekelian orang 'Arifin sehingga segala wali-wali di dunia daripada pelbagai zaman
sehingga ke hari Akhirat itu semuanya di bawah qadamnya sahaja (kakinya). Kerana Nabi
Muhammad Saw kita amatlah kekasih tertinggi Tuhan yang tak pernah ada
bandingnya. Maka sesiapa dari kita yang dapat ilmu Ma’rifat sehingga dapat
menjadi sang ‘Arifbillah, dan terpancarlah cahaya kasih Tuhan kepada Nabi
Muhammad Saw itu kepada kita sehingga Tuhan mengangkat juga darajat kita untuk
hampir kepadaNya sepertimana kekasihNya, Disebabkan berahi (ingin teramat sangat) kita menjadi seperti
Muhammad Saw itu sehingga Allah memberikan kasih kepada kita oleh sebab kita
memberikan cinta kepada kekasih agungNya.
Melalui kasih Tuhan itulah, Tuhan mengizinkan segala
kekasihnya termasuk orang ‘Arifbillah menggunakan beberapa nikmat syafaat bagi menyelamatkan
ahli-ahli dan kaum kerabatnya yang disukainya sekiranya mereka menerima azab di Akhirat. Tuhan tidak pandang kepada ahli jahil itu, bahkan Tuhan telah perkenankan keinginan hati kekasih-kekasihNya
semata-mata. Sebab itulah, sekiranya kamu perhatikan mengapakah kebanyakan orang-orang Alim menjadikan anak-anak
muridnya sendiri supaya berkahwin dengan anak-anak mereka (agar berterebarlah dan berterusan keberakatan itu di dalam darah daging keturunannya). Ataupun berebut-rebut anak-anak murid seseorang Masyaikh untuk berkahwin dengan anak-anak perempuan Masyaikh itu sendiri dari kalangan orang ‘Arifbillah. Disebabkan wanita-wanitanya
yang masturot (perempuan yang terjaga terlindung segala auratnya itu hasil
daripada hebat didikan walinya). Ataupun punca utamanya adalah supaya mereka dapat berdamping dengan orang
‘Arifbillah senantiasa. Saya fikir, ini di antara faktor utamanya, kerana
mereka mengerti khasiat orang ‘Arifbillah terlalu tinggi nilainya yang tidak mudah terpadam serta melebih
segala yang ada di tujuh petala dunia, termasuklah bagi mereka tiada guna lelaki teruna yang tampan namun jahil tentang Tuhan (bagi orang
perempuan yang mengerti keruhanian) ataupun perempuan modenis yang jelita (bagi orang lelaki yang menilai keruhanian) mereka itu semua tiada berguna di mata orang Arifbillah. Kerana mereka
(samada perempuan-perempuan masturot ataupun lelaki-lelaki yang mengenal keluarga
‘Arifbillah) itu bercita-cita selamat dan sejahtera akan di alam Akhirat,
dahaga cinta Allah dan Rasul semata-mata supaya sentiasa mekar mendampingi keturunan-keturunan
mereka kelak.
Penilaian mereka ini dikiranya tindakan yang cerdik, sekiranya diikutkan tindakan ini mempunyai asasnya, ia bertempatan dengan do’a Nabi Ibrahim yang seketika dahulu: “Kurniakanlah kami zuriat yang baik, mendirikan solat..” Tahukah kamu, siapakah Nabi Ibrahim itu? Baginda adalah hamba yang telah mendapat title sebagai “Khalilullah” iaitu kekasih Allah. Maka bahawa disinilah do’a nabi Ibrahim itu telah digesekan di dalam al Quran. Serta namanya digesekan pula di dalam sebutan tahiyyat solat kita pada hari ini. Ajaibnya apabila baginda telah menjadi kekasih Allah. Maka disebut-sebut nama kekasihNya serta dikerahkan hambaNya yang kemudian agar menyebutnya juga. Bahkan apabila do’a kekasihnya itu telah dicatatkan di dalam Quran, maka menjadi ia kalam Allah Ta’ala yang sentiasa berlaku sehingga ke hari ini. Justeru Allah telah perkenankan do’a orang Arif walaupun jasadnya telah tiada. Sebab itulah mereka yang cerdik itu memilih bersama orang ‘Arif oleh kerana keturunannya telah terjamin dan terpelihara, mereka dapat melahirkan zuriat yang dikasihi Allah sepanjang zaman selagi mana ayat Qur'an itu tidak luput daripada Masnafnya. Ini akibat terkesan daripada doa orang ‘Arifbillah yang terkemudian dahulu dan terus hidup disisi Tuhannya sehingga ke hari ini. Maka lakonan dunia yang sekejap ini tiada apa-apa pun buat mereka yang telah menemui petua dan rahsiaNya. Dunia tiadalah boleh memperdayakan mereka, kerana akhirat yang kekal abadi semata-mata yang dilihatnya (Syai'un 'Ajib) sesuatu perkara yang menghairankan saya.
Penilaian mereka ini dikiranya tindakan yang cerdik, sekiranya diikutkan tindakan ini mempunyai asasnya, ia bertempatan dengan do’a Nabi Ibrahim yang seketika dahulu: “Kurniakanlah kami zuriat yang baik, mendirikan solat..” Tahukah kamu, siapakah Nabi Ibrahim itu? Baginda adalah hamba yang telah mendapat title sebagai “Khalilullah” iaitu kekasih Allah. Maka bahawa disinilah do’a nabi Ibrahim itu telah digesekan di dalam al Quran. Serta namanya digesekan pula di dalam sebutan tahiyyat solat kita pada hari ini. Ajaibnya apabila baginda telah menjadi kekasih Allah. Maka disebut-sebut nama kekasihNya serta dikerahkan hambaNya yang kemudian agar menyebutnya juga. Bahkan apabila do’a kekasihnya itu telah dicatatkan di dalam Quran, maka menjadi ia kalam Allah Ta’ala yang sentiasa berlaku sehingga ke hari ini. Justeru Allah telah perkenankan do’a orang Arif walaupun jasadnya telah tiada. Sebab itulah mereka yang cerdik itu memilih bersama orang ‘Arif oleh kerana keturunannya telah terjamin dan terpelihara, mereka dapat melahirkan zuriat yang dikasihi Allah sepanjang zaman selagi mana ayat Qur'an itu tidak luput daripada Masnafnya. Ini akibat terkesan daripada doa orang ‘Arifbillah yang terkemudian dahulu dan terus hidup disisi Tuhannya sehingga ke hari ini. Maka lakonan dunia yang sekejap ini tiada apa-apa pun buat mereka yang telah menemui petua dan rahsiaNya. Dunia tiadalah boleh memperdayakan mereka, kerana akhirat yang kekal abadi semata-mata yang dilihatnya (Syai'un 'Ajib) sesuatu perkara yang menghairankan saya.
Justeru, kesan daripada itulah biasanya mereka ini mencari kaedah yang dinamai “shortcut” untuk mereka memperolehi Syurga Allah
secara senang serta mudah. Kisah-kisah “shorcut” sahabat Nabi Muhammad saw ingin
masuk Syurga ini banyak berlaku pada zaman Nabi Muhammad saw kita sendiri. Di
antara seperti meminum salah seorang sahabat akan darah berbekam Nabi Muhammad
saw supaya darah baginda itu tersimpan di dalam jasadnya, hal ini sehingga
dapat diketahui baginda sendiri lantas baginda mengatakan: “Sesungguhnya badanmu
akan terhindar daripada api Neraka”. Dan di antara lainnya, banyak sekali
kisah-kisah tentang sahabat yang sentiasa bersedia untuk mengeluarkan seluruh
hartanya apabila di minta oleh Nabi Muhammad saw untuk berbuat demikian, dengan jaminan Syurga. Lagi-lagi
para sahabat Nabi Muhammad saw yang akrab sentiasa bersama Nabi Muhammad Saw,
mereka ingin bersama dengan baginda Rasulullah saw di Akhirat dengan meminta
Nabi Muhammad saw sendiri menjadikan anak-anak perempuan sebagai cagaran dan jaminannya dengan
menjadikan mereka isteri Nabi Muhammad saw kita. Tindakan ini diambil agar jaminan Syurga itu nyata buat mereka sehingga kaum kerabatnya ke Akhir zaman sekalipun (Kerana bermula keturunan Nabi Muhammad saw itu terpelihara sekeliannya daripada Azab Allah). Sepertimana dilakukan oleh
kibar sahabat iaitu Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar dan Sayyidina Uthman. Maka pentinglah bagi
kita yang jahil ini untuk memilih pasangan yang baik-baik, terutamanya dalam kalangan orang ‘Arifbillah, sekurang-kurangnya seorang sahaja terdapat orang 'Arif di dalam tujuh nasab keturunan kita, kerana mereka lebih dekat dengan Allah Ta’ala sehingga dipelihara do'a dan kata-katanya untuk terus hidup dalam nasab keturunannya kita walaupun sampai ketujuh nasab galur keturunan ke bawah. Dan berkata
syaikhi lagi, bahawa jalan menuju syurga bagi segala orang perempuan itu amat mudah,
di antaranya asbab bersamanya mereka dengan kekasih-kekasih Allah seperti tinggal
bersama orang ‘Arifbillah. Kerana sekiranya mereka membasuh satu helai pakaian suaminya (orang ‘Arifbillah) itu dan diibarat mendapat seribu pahala orang mati syahid baginya. Hal ini
berbeza sekiranya perempuan yang bersama orang yang alim syariat sahaja, kerana
nilai ukuran mendapat pahala di atas khidmat itu sepertimana nilai sebagai taat
isteri kepada suaminya sahaja.
Dan di antara
khasiat orang ‘Arifbillah yang khas, mereka memengang karamah “Kun Fayakun”.
Yang mana seperti aku telah sentuhkan sebahagiannya di atas sana. Bahawa orang
‘Arifbillah itu do’a mereka senantiasa dimakbulkan walaupun dengan hanya
lintasan hati sahaja. Apa yang terlintas di hatinya mungkin boleh jadi dengan
segeranya, walaupun hal itu bercanggah dari adab kehidupan kita sekalipun. Dan dikisahnya
satu ketika aku berada di dalam satu majlis ta’lim Syaikhi, berkata Syaikhi
terdapat satu masa seorang daripada anak muridnya telah melakukan sesuatu
perkara yang tidak menyenangkan hatinya, lalu terlintas di hatinya dukacita
sahaja supaya Allah Ta'ala menegurnya. Maka baliklah anak muridnya itu satu malam di rumahnya, kemudian datang
anak murid kembali keesokannya dan segera dia memberitahu Syaikhi bahawa semalam dia didatangi
satu mimpi Syaikhi mendatanginya dalam keadaan yang amat marah serta
menakutkan memberikan amaran. Maka daripada peristiwa itulah memohon ampun anak muridnya kepada Syaikhi dengan bersegera. Perkara ini juga diriwayatkan tentang kisah Tok Kenali (iaitu nama sebenarnya Muhammad Yusuf bin Ahmad) disuatu ketika Sultan Kelantan ketika itu (Sultan Muhammad) melalui sebatang jalan dan terserempak dengan Tok Kenali yang sedang berjalan tanpa baju serta berkaki ayam (tiada selipar), lantas berkata sultan kepada pemandu kenderaannya agar diperlahankan kereta ketika itu kerana memberi hormat kepada wali Allah, lantas dibalas orang pemandu (seorang pesuruhjaya dari Belanda) "kenapa perlu hormat kepada orang gila", dengan tiada semena-mena (secara tiba-tiba) mereka kedengaran satu suara berkata: "Aku tidak gila, mu yang gila" sedangkan kereta ketika itu ditutup rapat cerminnya, dan Tok Kenali masih berada jauh daripada kenderaannya. Kemudian selepas tiga hari daripada peristiwa tersebut, maka pesuruhjaya Belanda itu dihantar pulang ke Negara asalnya, disebabkan telah menjadi gila atau kurang siuman. Dan inilah juga yang dikisahkan oleh seorang wali Allah yang
bernama Basyisha di dalam riwayat satu zaman, dalam satu ketika berzikir-zikir beliau
tiba-tiba terlintas di hatinya untuk bertemu dengan Azazil (Iaitu Iblis yang pertama ingkar dengan perintah Allah supaya bersujud kepada Adam), maka bersegeralah Allah
mempertemukan Azazil dengannya yang telah didapati sedang berada Azazil
disisinya.
Justeru nasihat aku kepada kalian, janganlah sesekali
kalian memusuhi orang ‘Arifbillah itu. Kerana dikhuatiri marah ‘Arif itu di dalam
hatinya kepada kalian. Nascaya menerima kalian murka Allah lah kepada kalian daripada kesan
tersebut. Sebab berkata Allah Ta’ala yang bermaksud: “Barangsiapa yang memusuhi
wali-wali Ku dan Nascaya Aku akan mengistiharkan perang ke atasnya”. Maka jauhilah
kalian dan berhati-hatilah kalian daripada memusuhi atau tidak menyenangkan hati dan perasaan orang ‘Arif itu, supaya kalian
sejahtera adanya. Dan ini lagi tentang khasiat orang ‘Arifbillah yang khas, bahawa
mereka serta barangsiapa yang bersama mereka itu, terselamatlah daripada
pelbagai bentuk becana serta bentuk malapetaka. Pelbagai malapetaka bahaya dunia ini
bermula daripada bencana alam, kejahatan manusia, jin syaitan dan fitnah dajjal sekalipun.
Dan sesungguhnya orang ‘Arif yang sebenar-benar ‘Arifbillah itu amat ditakuti oleh
bangsa jin serta syaitan bahkan disegani oleh bangsa malaikat, sehingga
meriwayatkan satu kisah tentang malaikat Izra'il yang malu untuk datang mengambil
nyawa seorang 'Arifbillah. Namun, berpesan Tuhan kepadanya “Pergilah engkau mengambil nyawanya
sesungguhnya Aku rindu dan berkirim salam kepadanya”. Dan berkata Syaikhi, bahawa sekalipun tidur orang 'Arifbillah itu amat dikhuatiri oleh sekelian syaitan dan bangsanya. Maka barangsiapa berdamping bersama
kekasih Allah itu, maka nascaya melimpah ruah lah segala rahmat perlindungan Allah turun kepadanya
juga serta terpelihara daripada hasutan musuh dan syaitan sekeliannya.
Dan khasiat yang lain lagi, mereka melakukan ibadah
seharian dengan berkesan dan memberi akan Allah Ta’ala sesuatu daripada
pengiktirafanNya di atas perbuatan itu dengan kadar bersegera. Kerana berkata Syaikhi, "Sekali orang 'Arif melakukan ibadat walaupun sekadar dua rakaat solat sunat sahaja, maka ia terus terus diterima oleh Allah, kerana tiadalah dinding yang boleh menjadi akan penghalang di antaranya untuk sampai ke Hadrat Allah Ta'ala". Bahkan amatlah rugi bagi orang Islam yang jahil Tuhan itu, kerana berkata lagi Syaikhi: "Orang jahil itu, sekalipun bersusah payah melakukan ibadah meskipun sebesar bukit Uhud dan sekalipun pecah kepalanya akibat daripada sujud yang banyak, maka tiadalah yang didapatinya kecuali hampa segalanya". Inilah yang dinasihatkan oleh orang ‘Arifbillah
bahawa sekiranya berlaku akan sesuatu kematian daripada hambaNya. Dan dikala
solat jezanahnya itu terdapat salah seorang orang ‘Arifbillah sahaja, nascaya sukainya
ruhnya itu dan berasa aman jasadnya yang sedang terbunjur itu. Disebabkan telah
menggunakan akan sekelian orang ‘Arifin itu tatkala menyolatkan jenazahnya ke
atas jasadnya dengan dipandang (syuhud) oleh “Sifir Sir Ketuhanan” iaitu (rahsia)
ilmu Ma’rifat jua. Cuba juga menguji “Sifir Sir Ketuhanan” itu tatkala
terlalu rindu kepada al-marhumah nenek kesayanganku sesuatu ketika dahulu,
maka bangun aku pada malam itu lalu bertahlil serta menghadiahkan aku kepadanya
amalan tahlil tersebut, dengan ditujukan kepadanya serta dipertaruhkan jiwaku
di dalam gegaman qodah Tuhan yang Ar-Rahman, kemudian tertidur aku selepas itu daripada itu, maka datanglah nenek
ku tersebut di dalam mimpiku pada malam itu dalam keadaan tersenyum gembira dan
bercahaya wajahnya bersama pasangannya.
Oleh itu, ketahuilah kalian bahawa berkata alim ulama
kita: “Ulama itu adalah kekasih Allah walaupun terdapat padanya kefasikan, dan bermula
sekelian dari orang jahil itu pula musuh Allah walaupun banyak amal ibadatnya”.
Maka kalau nak disebutkan kesemuanya amat terlalu banyak khasiatnya, tetapi aku
menyebutkan di sini hanya yang kasar-kasar sahaja. Yang amat seni-seni khasiat
itu lagi banyak dan aku simpan sahaja. Bahkan aku menjaga daripada menyebutnya
disini kerana pembacanya orang awam yang jahil ramainya. Sesungguhnya orang
jahil itu akan banyak bangkangannya. Dan di antara jalan Tuhan mencampakkan
sedikit hidayah ke dalam hati hambaNya yang dipenuhi akan maksiat itu, serta
Dia ingin memberikan sedikit kasihNya adalah dengan mempertemukan mereka itu
dengan orang ‘Arifbillah iaitu kekasih sebenarNya. Agar mereka dipandu serta
dijaga olehNya. Berdampinglah kalian dengan orang ‘Arifbillah, sentiasalah
bersamanya. Sekiranya jauhnya orang ‘Arif itu daripada kalian hari ini, maka
merangkatlah kalian menuju ke arahnya walaupun terpaksa merangkat di atas ribut
salji sekalipun.
No comments:
Post a Comment