Sunday, February 24, 2013

IMAM AS-SYAFI'IE LEBIH KOSISTEN: HUKUM TAWARUQ DAN BAY'U AL-'INAH

Ta’rif Bay’u Al-'Inah:
Bay’u Al-'Inah (بيع العينة) Sale & buy back agreements: si A menjual sesuatu barang dengan harga tertangguh kepada si B. Kemudian si A menjadi pembeli & membeli barang yang sama tersebut dengan si B melalui pembayaran tunai dengan nilai yang kurang daripada pembelian pertama.

Hukum Bay’u Al-'Inah:

melalui dua pendapat, bahawa pendapat pertama yang dikatakan jum’hu al-Fuqaha’ daripada kalangan Imam Hanifah, Maliki & Ahmad dengan mengharamkan transaksi Bay’u Al-'Inah ini kerana merupakan salah satu daripada Hilah Ribawiyyah (Tektik untuk mengaburkan masalah Riba). Dengan membawa bukti daripada Sunnah:
Diriwayatkan oleh Abi Ishaq As-Sabi’ie daripada Isterinya bertemu dengan ‘Aisyah R.a yang bersamanya Hamba perempuan yang mempunyai seorang anak dari keturunan Zaid Bin Arqam Anshari. Maka berkata kepada ‘Aisyah tersebut: “ wahai Ummu Mukminin, sesungguhnya aku telah membeli seorang remaja (anak hamba perempuan) daripada keturunan Zaid Bin Arqam dengan 800 darham secara hutang, dan sesungguhnya aku menjual kepada dia (Zaid Bin Arqam) dengan 600 darham secara sekaligus. Maka berkata ‘Aisyah kepadanya: “ sesungguhnya pembelian & penjualan kamu itu sesuatu yang rosak. Dan sesungguhnya jihadnya (Zaid Bin Arqam) bersama Rasul telah terbatal kecualilah dia segera bertaubat..” kitab –Mughni Ibnu Qudamah jilib 4 muka surat 194.
Dan banyak lagi hadith yang menjadi bukti di atas kata-kata jumhu ini.


Pendapat Imam as-Syafi’ie:
Pada Pendapat kedua pula, iaitu daripada Imam As-Syafi’ie dan Aliran Fekah Mazhab Az-zohiri dengan mengatakan hukum Bay’u Al-'Inah tersebut adalah Harus. Memandangkan Bay’u Al-'Inah tersebut mempunyai unsur jual beli yang dihalalkan oleh Allah di dalam al-Qur'an sepertimana FirmanNya: “Sesungguhnya aku menghalalkan jual beli..” 

Dan melalui Hadith pula yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id berkata: “ didatangi Bilal kepada Nabi saw dengan buah tamar Barni (Tamar yang berkualiti). Maka Nabi bertanya kepadanya: “kamu dapat buah ini daripada mana Bilal? Kata Bilal: “ sesungguhnya pada kami tamar radiyyun (tamar biasa), maka aku telah menukarnya (dengan tamar yang berkualiti) dua gram dengan satu gram. Untuk diberikan kepada engkau, lantas Nabi saw berkata: “oh, oh... ini riba, ini riba jangan lakukan, akan tetapi sekiranya kamu hendak membelinya maka hendaklah kamu menjual tamar tersebut dengan akad jual-beli yang lain pula kemudian belilah ia..” – 2188 oleh sahih al-Bukhari

Tetapi pada pendapat yang melarang Bay’u Al-'Inah telah menetapkan syarat-syarat untuk membolehkan Bay’u Al-'Inah ini dilakukan dengan beberapa syarat seperti berikut:

1-    Hendaklah harga pada pertukaran pertama tidak tertangguh.
2-   Hendaklah barang yang dibeli tersebut berubah fizikalnya pada pembelian akad yang kedua.
3-    Hendaklah penjual pada akad yang kedua itu adalah pembeli pada akad yang pertama atau wakilnya dan hendaklah penjual pertama itu adalah menjadi pembeli pula pada akad yang kedua atau wakilnya.
4-    Hendaklah harga kedua-dua barang dibayar secara tunai tidak dengan tertangguh daripada barang yang sama.
5-    Hendaklah harga barang pada akad kedua itu kurang daripada akad yang pertama. Kerana akad kedua dilihat berlaku pada masa tertentu yang tertangguh dan kenaikan harga melalui masa tertangguh adalah riba Nasi’ah.

Perbahasan Tawaruq (التورق) Commodity Issues: membeli sesuatu barang dengan harga yang tertangguh kemudian menjual ia kembali kepada pihak yang lain dengan pembayaran tunai. Ia melibatkan tiga parti pertukaran.

Hukum Tawaruq:
Terdapat dua pendapat, pada pendapat para Jumhu Fuqaha’ daripada kalangan Hanifah, Maliki, as-Syafi'ie dan Hanabilah bersepakat bahawa hukum bermuamalah dengan Tawaruq adalah harus. Ini dalil yang disebutkan seperti di dalam Bay’u Al-'Inah tadi yang diharuskan oleh imam As-Syafi’ie. sebagaimana hadith berbunyi:

Daripada Abi Hurairah sesungguhnya Rasulullah saw menugaskan seorang lelaki di dalam perang Khaibar (pembekal makanan). Maka dia membawa kumar yang lazat. Maka ditanya oleh Rasulullah saw kepadanya: “Adakah semua kumar khaibar sebegini? Katanya: “ tidak, demi Allah wahai Rasulullah sesungguhnya kami telah menukar satu gram (kumar biasa) dengan kumar ini dua gram dan dua dengan tiga gram pertukaran. Maka kata Rasulullah saw: “jangan lakukan, belilah ia melalui darham dahulu, kemudian barulah ia dibeli dengan nilai darham (kumar ) ”-2050 Sahih Bukhari dan Muslim.

Pada pendapat kedua yang mengharamkan bermuamalah dengan Tawaruq ini adalah tidak sah. Di antaranya adalah pendapat Umar bin Abdul Aziz R.a dengan berkata: “Sesungguhnya ia (tawaruq) sama seperti Bay’u Al-'Inah, tawaruq itu saudara kepada riba”. Dan pendapat ini disokong oleh Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim al-Jawaziyyah. Berdasarkan kaedah berikut:

Tawaruq adalah hilah riba (jalan) maka diharamkan mengikut Saddu zari’ah (menghalangkan ia daripada membuka jalan kepada haram seperti riba).

Tawaruq adalah transaksi yang terdesak dan unsur dianiayai dan Nabi saw telah melarang jual-beli secara desakan dan teraniaya kepada mana-mana pihak.

Ringkasan kaca pena penulis:

Perkara pertama:
Sesungguh Hukum Bay’u Al-'Inah dan tawaruq disisi Imam As-Syafi’ie ia dilihat pada dalil yang sama dan merupakan bentuk struktur (forms) yang hampir sama di antara kedua-dua transaksi tersebut. Manakala mengikut pandangan ketiga imam yang selebihnya itu, tidak mengharuskan bermuamalah dengan Bay’u Al-'Inah tapi sebaliknya telah mengharuskan transaksi tawaruq tersebut dengan berpengang juga pada dalil sepertimana oleh imam as-Syafi’ie nyatakan. 

Perkara kedua:
Pengharaman terhadap kedua-dua transaksi ini adalah berdasarkan satu kaedah Fiqh iaitu : “الأمور بمقاصدها” sesuatu urusan itu bergantung terhadap tujuan ia. Dan tujuan itu pula ditimbang melalui prinsip yang kedua iaitu: “العبرة في العقود للمقاصد والمعاني لا للألفاظ والمباني” kesimpulan pada transaksi adalah dilihat pada tujuan dan niat bukanlah pada akad dan struktur urusan tersebut dilakukan. 

Perkara ketiga:
Jadi Bay’u Al-'Inah dan Tawaruq ini tidak diharuskan kerana ia merupakan sebuah hilah ribawiyyah (penipuan untuk menghalalkan jual-beli yang mengandungi riba) dan barang yang diperdagangkan itu adalah sebagai istilah “kambing hitam” ini adalah bertujuan untuk mengabulkan tektik pinjaman yang berunsur keuntungan melalui faedah masa (Riba Nasi’ah) merupakan riba pinjaman. Iaitu yang dibahas dibawah akad pinjaman (القرض).

Perkara keempat:
Memahami Hadith larangan Nabi saw terhadap pertukaran buah kumar ia kerana buah kurma adalah barang yang berbentuk Riba dan ia tidak dibolehkan membuat pertukaran secara tidak sama dan secara tertangguh. Ini sepertimana Hadith: 'Ubadah bin Shomad sesungguhnya Nabi saw bersabda: “Emas dengan emas dan perak dengan perak dan gandum dengan gandum dan barli dengan barli dan kumar dengan kurma dan garam dengan garam, seumpama dan seumpama, sama dan sama, sekaligus (tunai). Sekiranya berlaku berbezaan di antara perkara itu, maka jual-belilah apa-apa yang disukai hendaklah secara tunai” –riwayat Muslim 2979.

Perkara kelima:
Daripada Hadith ini, sistem urusan jual-beli pada zaman Rasulullah saw adalah bentuk sistem Barter iaitu pertukaran barang dengan barang (مقايضة). Dan nilai emas itu telah disamakan pada pandangan ulama’ sekarang dengan bentuk (الأثمن) atau currency yang menjadi pertukaran zaman moden iaitu mata wang. 

Perkara keenam:
Perlu diperhatikan sistem transaksi tawaruq mempunyai beberapa jenis. Ini seperti tawaruq individual (transaksi yang tak terancang), tawaruq bank (transaksi yang telah dirancang) dan tawaruq al-Akshi (perwakilan dengan pihak bank). Ini pandangan-pandangan para fuqaha’ berbeza mengikut jenis-jenis tawaruq tersebut. Kerana dilihat terdapat tawaruq yang dirancang seperti yang melibatkan dengan sistem perniagaan perbankan. Perancangan ini yang menyebabkan pengharaman transaksi tersebut. Sebagai analogi, sepertimana perancangan yang dilakukan oleh penceraian talaq tiga dengan menggunakan keadah “Kambing Hitam” adalah Haram dan dilaknat oleh Allah Ta’ala. Manakala tawaruq yang tidak dirancang perlaksanaannya itu seperti jenis tawaruq fardhi yang dikatakan harus disisi jumhu fuqaha’ dan AAOFI sedunia.

Perkara Terakhir:
Berkenaan dengan ulasan dasar tajuk, iaitu kosisten mazhab As-Syafi’ie dalam mengeluarkan sesuatu hukum berbanding dengan lain-lain mazhab ia dapat dilihat pada isu tawaruq dan bay’u Al-'Inah ini. Ini terdapat di dalam kitab al-'Umm Imam as-Syafi’ie dengan berkata: “Maka apabila membeli seorang lelaki daripada lelaki sesuatu barang, maka menjadi hak milikannya. Akan tetapi pembayaran itu dibuat pada tempoh tertentu secara tertangguh. Tidak menjadi masalah baginya untuk menjualnya kepada yang menjualnya dan selain daripada itu, dengan harga tunai yang kurang atau lebih daripada dia membelinya...” Akan tetapi perlu difahami, di dalam memahami fiqh jalan Istinbath Hukum mengatakan kata-kata Imam mazhab adalah bukan boleh dijadikan sebagai hujjah. Hujjah iaitu Qur'an & Sunnah. Kosistennya Imam as-Syafi’ie apabila melihat isu pengharusan terhadap perkara transaksi ini, dengan menggunakan sumber (القياس) memandang pada transaksi sedikit membezakan struktur pelaksanaan itu tetapi ia tetapi sama. Sebagai tambahan, Imam as-Syafi’ie ialah fuhaqa’ yang terkenal di dalam menentukan hukum sesuatu ia tidak melihat terhadap niat seseorang Mukallaf. Ini berbeza terhadap keputusan imam-imam daripada mazhab lain sepertimana yang dinamai dengan kaedah fiqh : العبرة في العقود للمقاصد والمعاني لا للألفاظ والمباني” ini menunjukkan perbuatan muamalah itu juga perlunya dilihat pada niat mukallaf tersebut. Persoalannya, kenapa pada unsur muamalah tawaruq mazhab-mazhab jumhu yang mengharamkan Bay’u Al-'Inah sebelumnya tidak lihat pada kaedah prinsip tersebut? Jadi lebih Kosisten imam as-Syafi’ie pada penerimaan prinsip-prinsip pengistinbathan hukum-hakam. Sebagai penutup, kita tetap mengikuti pandangan jumhu walaupun kita (di Malaysia) adalah sebenarnya pengamal mazhab as-Syafi’ie pada waqi’ nya. Namun, terdapat pandangan jumhu perlu dijadikan lebih maslahah untuk diikiuti.

Mohd zulfakar bin hj Mat Jusoh > Bosc. & M.a Fekah Usul Fekah, IIUM
Rujukan:
Madhal ila Syari’atul Islamiah> Dr Abdul Karim Zaidan
Fiqhul Uqud al-Maliyyah> Dr Fuad Siwari
Mukhtasar Shohi al-Bukhari> Iman Zainuddin Ahmad

3 comments:

  1. Assalaamualaikum. Boleh saya tahu apa maksud 'tertangguh' di sini ya ? Macam dalam ayat ini : "1- Hendaklah harga pada pertukaran pertama tidak tertangguh." Dalam English pon tak apa ya. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. in english tertangguh ialah deferred..maksudnya dibayar kemudian..tidak secara tunai..

      Delete
  2. assalamualaikum, boleh saya tahu bagaimana dengan "penyerahan barang" tersebut,
    adakah pihak bank akan menyerahkan barang kepada pembeli pertama tersebut atau terus kepada pembeli pada jualan yang kedua?
    berapa lama tempoh penyerahan barang tersebut selepas pembelian?

    ReplyDelete