Thursday, September 13, 2018

TAFSIR MIMPI AL MARHUM DR. HARON DIN BERTEMU RASULULLAH S.A.W SEBAGAI SATU BINGKISAN PENGAJARAN BUAT MASIH HIDUP



Saya merujuk kepada pengkisahan mimpi yang diceritakan oleh Al-Marhum Dr. Haron Din hafizahullahu ilaihi di dalam satu terbitan video di Laman Youtube yang berdurasi satu jam dengan lima puluh minit dan tiga puluh Sembilan saat. Al-Marhum Dr. Haron Din menceritakan satu pengalaman mimpi beliau bertemu dengan Rasulullah S.A.W berada di Masjidil Haram Makkah Mukarramah. Pengkisahan ini diceritakan oleh beliau ketika itu beliau melibatkan diri di dalam satu forum ceramah program Lantunan Mahabbah Rasul. Al-Marhum Dr. Haron Din adalah seorang tokoh Islam kotemporari di Malaysia yang disegani ramai. Ketokohan beliau tidak dapat dipertikai, oleh kerana beliau banyak menyumbangkan idea pemikiran yang ilmiah di institusi pengajian tinggi khususnya di Universiti Kebangsaan Malaysia serta pernah memengang jawatan sebagai Mursyidul Am (Rujukan Umum) bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Yang pastinya sifat dikenali ketokohan beliau yang mahsyur adalah sebagai pengasas Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Malaysia iaitu (Darus Syifa’). 

Menurut permulaan mimpinya, bahawa berlaku pada malam khamis dengan beberapa orang telah datang kepada beliau dengan membawa suatu kotak yang terkandung di dalam batu permata yang agak Panjang serta di dalamnya terdapat perkataan Muhammad S.A.W secara tidak pasti katanyan. Dia berkata: “Saya tidak boleh miliki ia”. Dan jawab balas mereka : “Sememangnya kamu tidak boleh milikinya dan kami akan mengambil kembali serta meletakkan ia di tempat asalnya”. Maka bermula malam Jumaat Beliau dijemput ke satu Majlis yang istimewa. Beliau dijemput melihat sendiri rambut dan secebis kain yang dipakai oleh Rasulullah Saw ketika baginda naik ke peristiwa Isra’ dan Mikraj.

Kisahnya itu bersambung sehinggalah beliau menceritakan bahawa beberapa kali beliau dianugerahkan oleh Allah Ta’ala mimpi untuk bertemu di dalam beberapa Majlis Ta’lim baginda serta menunaikan umrah yakni ziarah ke Makkah dan Madinah bersama baginda serta rombongan-rombongan para sahabat Nabi Saw yang lain. Disini saya tuliskan secara ringkasanya scene-scene yang dikatakanya beliau:

Beliau memberitahu bahawa beliau hanyalah seorang yang ditugaskan untuk mengawal serta menunggu diluar pintu rumah atau khemah baginda Rasulullah Saw, dan Nabi saw berada di dalam rumah serta para sahabat masuk ke dalam rumah dan mendengar percakapan Nabi Saw. Namun, beliau menjadi tukang si penjaga pintu sahaja diwaktu itu dan tidak boleh turut serta bersama Majlis Ta’lim Rasulullah Saw.

Mimpi seterusnya beliau menceritakan dapat melakukan umrah bersama Nabi Saw dalam rombongan ke Makkah. Dan beliau melihat Nabi saw dihadapan yang menjauh disana ke Ka’bah berserta sahabat yang besar-besar. Beliau berada dibelakang sekali dan hanya dapat melihat baginda secara tidak jelas. Dan beliau Dr. Haron Din menjelaskan bahawa beliau melakukan tawaf bersama baginda yang dapat mengikut secara belakang yang mana tidak pula dapat melihat wajah Nabi saw secara jelas juga.

Mimpi seterusnya beliau pergi sembahyang di Masjid Nabi saw iaitu Masjidil Nabawi di Madinah Munawwarah akan tetapi tidak dapat masuk ke dalam secra hampir kerana disebabkan terlalu ramai orang. Hanya dapat sembahyang diluar serta dibelakang. Kemudian Nabi saw lalu disebelah beliau, tapi Nabi saw tidak pula menengur beliau serta tanpa beliau bangun untuk menunjukkan rasa hormatnya seperti yang lain. Dan mimpi beliau berterusan di Madinah ketika umrah juga, beliau disuruh masuk ke kubur Nabi saw, tetapi hampir boleh pegang Nabi saw bahkan dibantah oleh seorang itu dengan berkata kepadanya: “jangan, tunggulah masa lain”.  Serta beliau berjumpa dengan Nabi saw mengadu sakit belakang dan susah nak ruku’ serta sujud, lalu Nabi saw peluk serta mengurut beliau dan berkata Syafakallah. Namun, beliau juga tidak dapat melihat wajahnya kerana terlalu dekat. 

Kemudian beliau bermimpi bahawa Nabi Saw sedang berada di dalam satu khemah. Dan adalah Nabi saw berada di khemah hujung di dalamnya tidaklah ramai orangya berbanding orang yang berada diluar itu ramai. Bahkan beliau (Dr. Haron Din) sedang berada dihadapan pintu dan menunggu Nabi saw kerana beliau akan memakai kasut Nabi saw serta beliaulah yang jaga kasut tersebut. Maka nabi Saw keluar kemudian lalu Nabi saw berada dihadapan beliau, Beliau berkata: “Ya Rasulullah..”. Kemudian Nabi saw pengang dan angkat lalu beliau beri jalan dan nabi keluar kerana orang menunggu baginda. Beliau Ada kayu palang nabi kena langkah. Kasut amat luruh dan buruk jahitan dengan tangan. Beliau berkata: “kasut kamu lebih baik daripada saya, kerana kamu boleh menjaga Rasulullah Saw”.

Maka ini tafsir mimpi yang aku perolehi daripada seorang guru yang mursyid lagi kamil, berkata beliau secara ringkasnya bahawa mimpi itu mahu memberitahu dia (Dr. Haron Din) yang kamu tidak akan dapat duduk bersama Nabi selagi mana engkau hanya berada dijalan syari’at yang zohir sahaja. Bahkan ada yang berkata tatkala nabi keluar daripada khemah baginda itu, maka dia (Dr. Haron Din) memakaikan kasut baginda menunjukkan beliau (Dr. Haron Din) seorang yang mengisahkan tentang luaran nabi Muhammad Saw iaitu mementingkan ilmu syari’at zohir. Sehingga ditanya nabi kepadanya: “wa anta.?” yakni: dan bagaimana kamu? Maka disitu Dr Haron Din menangis tidak dapat mengikuti Nabi saw telah pergi meninggalkannya. Disitu nabi bertanya kepadanya “dan bagaimana kamu” bermaksud “adakah kamu masih mahu berada disini (syari’at zohir). Sekiranya kamu masih mahu berada disini, maka kamu tidak akan dapat mengikutiku (bersamaku)”.

Maka kisah ini sebenarnya mahu memberitahu keadaan si pemilik mimpi, Bukan nak memberitahu tentang Nabi saw. Sebab itulah beliau (Dr. Haron Din) tidak dapat bersemuka dengan Nabi saw secara langsung. Bahkan mimpi menunjukkan dia tidak dapat duduk setaraf dengan para sahabat yang mana mereka sentiasa sebaris bersama Nabi saw. Kerana para sahabat nabi itu mendapat didikan serta tarbiyah oleh Nabi sendiri sehingga menguasai ilmu syari’at zohir dan syari’at batin yakni ilmu hakikat. Ini menunjukkan pentingnya kita menguasai ilmu kebatinan Islam serta mengamalkannya. Tidak hanya lincah berhukum-hakam tentang ibadat, munakahat, muamalat sahaja. Bahkan kita belajar masalah-masalah ketuhanan untuk mengenal akan Allah Ta'ala lebih terperinci selari dengan ruh perjuangan Nabi Muhammad saw secara batin. Intaha
Al-fatihah buat Al-Marhum Dr. Haron Din semoga ruhnya dirahmati Allah Ta’ala.

No comments:

Post a Comment