Mimpi adalah
kelakuan yang terjadi pada zihin yakni perkara yang terbit pada fikiran dengan dengan
asbab seseorang itu tidur. Ia satu kejadian yang berlaku pada fikiran
seseorang dan bukan wujud pada kharij yakni luaran. Di dalam ajaran Islam mimpi
para Nabi-nabi dan Rasul-rasul itu menjadi wahyu kepada mereka serta para
pengikutnya. Mahupun mimpi seseorang selepas daripada itu adalah menjadi
sesuatu isyarat atau petunjuk yang khusus bagi seseorang tersebut bergantung
pada hal ehwal dirinya.
Di dalam Qur’an
menunjukkan bahawa Islam mengiktiraf peranan mimpi serta kepentingan kepada
seseorang hamba yang Allah Ta’ala kurniakan sesuatu mimpi kepadanya. Ini berdasarkan
Surah Yusuf (قَالَ
يَٰبُنَيَّ لَا تَقۡصُصۡ رُءۡيَاكَ عَلَىٰٓ إِخۡوَتِكَ ٥ ) Yaitu tatkala berkata Nabi Ya’akub kepada
Anaknya (Nabi Yusuf): “Wahai anakku, janganlah engkau memberitahu mimpimu itu
kepada saudara-saudaramu.”. Ayat ini masih tercatat di dalam Qur’an dan ianya
menjadi satu kebesaran Allah Ta’ala menggariskan kepentingan mimpi kepada
hambaNya.
Bahkan
mimpi itu adalah satu kurniaan Allah Ta’ala di dalam bentuk suatu nikmat
daripada nikmat ilmu yang dinyatakan oleh Allah Ta'ala kepada MakhlukNya. Demikianlah firman Allah
Ta’ala:(وَيُعَلِّمُكَ
مِن تَأۡوِيلِ ٱلۡأَحَادِيثِ وَيُتِمُّ نِعۡمَتَهُۥ ٦) Maksudnya:
“Dan demikian diajarkan kepada engkau tentang ilmu menta’bir mimpi dan sempurnalah
nikmatNya”. Disini bukanlah saya nak menggarakkan kesemua dalil yang menunjukkan
pensyari'atan mimpi, kerana itu cukup banyak. Bahkan hadis-hadis berkenaan mimpi
serta kisah daripada ‘Alim ‘Ulama cukup banyak yang telah mengkisahkan bahawa mereka mengambil isyarat serta hikmah melalui mimpi
dalam kehidupan mereka.
Bahkan,
perlu diingatkan bahawa mimpi di dalam konteks kisah Nabi Yusuf As, hendaklah
kalian ketahui ia mimpi tidak boleh sewenang-wenangnya ditafsir oleh si
pemilik mimpi sendiri. Malah ia memerlukan seseorang guru khas yang layak
menafsirkannya. Ini bertempatan sepertimana kejadian peristiwa kepada Nabi
Yusuf As, Bahawa Nabi Yusuf As yang mana baginda tidak dapat menafsirkan mimpinya sendiri, bahkan
ia diceritakan kepada ayahnya iaitu Nabi Ya’akub As. Justeru, posisi Nabi Ya’akub
As ketika itu adalah sebagai seorang guru kepada anaknya Yusuf As. Sepertimana Nabi
Ya’akub As memberitahu Nabi Yusuf As: ( لَا
تَقۡصُصۡ رُءۡيَاكَ ) yakni “Duhai anakku
jangan engkau memberi tahu tentang mimpimu itu”. Kemudian setelah dari itu Nabi Yusuf As
dikurniakan Allah Ta’ala dengan kepakaran menafsir mimpi sehingga dapat
menafsir mimpi-mimpi pemerintah Mesir di dalam sejarah kisahnya.
Ketahuilah,
bahawa mimpi seseorang itu terbahagi kepada dua keadaan. Pertama, mimpi
itu secara jelas yakni maklumat yang dikhabarkan kepadanya di dalam sesuatu mimpi tersebut
jelas maksudnya. Kedua, mimpi secara kiasan iaitu maklumat disampaikan secara tersirat yakni tidak jelas maksudnya. Adapun mimpi dari jenis kedua inilah yang
banyak serta sentiasa dialami oleh seseorang dalam tidur mereka. Ketahuilah
juga, bahawa sekiranya seseorang itu bermimpi walaupun perjalanan mimpinya
tersebut seolah-olah dia merasakan bahawa hanya satu perkara remeh, malah ia
tetap mengandungi maksudnya yang tertentu.
Dalam konteks
diatas juga, sekiranya seseorang ingin mengetahui maksud mimpinya maka
diperlukan orang lain menafsirkannya (iaitu ahlinya: dikurniakan Allah Ta’ala
sesuatu ilmu menta’bir mimpi). Walau bagaimanapun, berdasarkan pengalaman,
sesuatu mimpi yang diketahui maksudnya secara jelas oleh pemilik mimpi sendiri
juga boleh berlaku. Yakni tanpa memerlukan penafsiran oleh individu lain. Ini boleh
dibahagikan dalam jenis mimpi untuk memberitahu pemiliknya tentang peristiwa yang
telah berlalu keatasnya. Seperti dia melakukan sesuatu perkara pada
kharij, maka pada tidurnya selepas tindakan beliau itu, dan dia bermimpi yang
memberi isyarat bahawa tindakan beliau itu adalah tersilap dan sebagainya. Maka disitu beliau
sedarlah bahawa mimpi itu mengkhabarkan kepadanya tentang tindakanya yang telah
lepas.
Dan ini
berbeza dalam konteks jenis mimpi yang ingin mengkhabarkan atau mengisyaratkan
kepada seseorang pemilik mimpi itu bahawa akan tentang hal perihal yang akan
berlaku pada masa hadapannya. Sepertimana mimpi Nabi Yusuf As sendiri di dalam Qur’an: (إِنِّي
رَأَيۡتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوۡكَبٗا وَٱلشَّمۡسَ وَٱلۡقَمَرَ رَأَيۡتُهُمۡ لِي
سَٰجِدِينَ ٤ ) yakni: “Sesungguh
aku melihat se-belas bintang dan matahari serta bulan, mereka sekaliannya sujud
kepadaku”. Mimpi ini dalam bentuk kiasan, malah nabi Yusuf As tidak dapat
mengetahui maksud serta kehendak mimpinya pada waktu itu. Sehinggalah baginda bertanya ayahnya Nabi Ya’akub
As tentangnya. Dan mimpi ini menjadi kenyataan setelah beliau menjadi Menteri Penbedaharaan
Mesir selepas daripada peristiwa mimpi tersebut.
Oleh
itu, janganlah diperdayakan dengan cakap daripada kebanyakan orang jahil dengan
berkata: “Mimpi itu hanya sekadar mainan tidur”. Ketahuilah bahawa kata-kata
orang jahil itu tiada asasnya. Bahkan tanya mereka pula adakah mereka
mengambilnya daripada Qur’an dan hadis? Malah kata-kata jahula’ itu memang amat
bercanggah ia dengan firman Allah Ta’ala dalam surah Alimran: ( رَبَّنَا
مَا خَلَقۡتَ هَٰذَا بَٰطِلٗا ١٩١ ) yakni:
“Tuhan kami tidaklah Engkau telah ciptakan sesuatu itu dengan sia-sia sahaja”. Ketahuilah,
segala barang yang terbitnya di alam ini samada dengan jalan dikesan oleh hawas khomsas
(pancaindra lima) serta dengan jalan thubut sahaja pada zihni itu sebenarnya tidak
lepas daripada barang ciptaan Allah Ta’ala jua. Ini termasuklah kejadian mimpi
seseorang itu pun telah dicipta dengan Qudrat serta ilmu Allah Ta’ala.
Bagaimana pula kamu boleh berkata Tuhan menciptakan mimpi hanya permainan yang
sia-sia?
Tetapi ingatlah
pesanan hamba ini, bahawa bermula sekalian mimpi itu tiada bermanafa’at bagi
golongan yang tersalah pengangan aqidahnya kepada Tuhan. Dan terlebih akan
manafa’at daripada sesuatu mimpi itu yang terbit dari orang-orang beriman serta
shohih pengangan aqidahnya kepada Tuhan. Intaha.
No comments:
Post a Comment