Ini adalah pada satu fasa, menceritakan tiga-tiga fahaman golongan ini kepada kalian sudi menjadi pembaca. Terutamanya
dari segi fahaman ahli pengamal Tarekat, disebabkan penulis jua tidak pernah
menyertai mana-mana tarekat yang popular ataupun tidak pada abad ini. Tetapi
mungkin jua kalian ikhwan boleh mengambil beberapa i’tibar dari penulisan ini,
kerana ini jua berdasarkan beberapa pengalaman dari pemerhatian penulis di dalam
pengajian siri ilmu tasawuf hakikat ini. Sering penulis ingat, sehingga ketahap ini mungkin
bahasa penulisan penulis sedikit complicated serta kasar, justeru penulis harapkan
supaya kalian ikhwan yang dapat membaca penulisan ini adalah golongan yang tahu
menggunakan al-Furqan dengan baik dan adil. Kerna furqan padanya timbangan sebagai alat timbang
di antara mengenal pasti yang mana dinamai zahir dan batin, di antara haq dan batil. Moga-moga Kalian memperolehi sesuatu keuntungan.
Untuk pemerhatian kalian ikhwan, bahawa didalam
konklusi tiga peringkat golongan ini, bolehlah dirujuk jua di dalam beberapa kitab yang
dinamai “Kasfur Asrar” iaitu karangan Syeikh Mohd Salleh Abdullah Mengkabau.
Di dalam penulisan teknik penyampaian kitab ini dalam bentuk soal serta jawab,
yang juga banyak mengkisarkan hal-perihal orang-orang syariat, tarekat dan
hakikat. Ataupun ia dinamai golongan mubtadi iaitu mereka orang-orang syariat, golongan
mutawasid iaitu mereka orang-orang tarekat dan golongan muntaha iaitu mereka orang-orang hakikat. Yakni peringkat
orang permulaan itu ertinya kepada orang syariat zahir, peringkat kedua adalah
golongan pertengahan iaitu orang yang bertarekat dan golongan penghabisan tahap
yang tertinggi ialah golongan orang ilmu hakikat memperolehi kunci ilmu Ma'rifat.
Baik, dalam membincangkan soal golongan orang yang pertama
iaitu golongan orang awam adalah golongan orang ilmu syariat atau fekah.
Sepertimana hal ini iaitu tentang orang syariat telah penulis bincangkan di dalam tulisan penulis yang datang sebelum ini. Mungkin untuk menambah faham kalian ikhwan yang tidak pernah membaca
coretan penulis sebelum ini, maka seeloknya dirujukan kembali ke halaman
tajuk-tajuk dari beberapa coretan penulis yang sebelum ini. Jadi pada pendapat penulis,
golongan syariat dinamai golongan ahli zohir ini lebih kepada pementasan
graduasi bersifat ‘Abid. Perkataan ‘Abid adalah erti orang yang berbuat sesuatu
untuk memiliki di atas sesuatu ganjaran yang lain. Apa yang dilihat golongan ini dalam zaman ini,
lebih memiliki serta bertambah perhiasan Dunia. Ada perasaan cita-cita akan
terhadap kemulian Dunia. Mahupun perbuatan ‘Amal mereka di Dunia ini kerna
cita-cita mereka akan Syurga. Kerna dalam setiap amalnya adalah bertujuan
pahala serta ganjaran yang banyak dari Tuhan. Sebenarnya golongan ini sekadar
benar pada syariat luarannya menuruti perihal Nabi Muhammad kita saw, tetapi matlamat serta tujuannya
masih terpesong iaitu tidak ada sebenar-benar ikhlas dan maqam ihsan serta sebenar hati menuju
Tuhan.
Mahupun golongan tarekat, golongan ini sedikit halus
serta gigih berbanding dari golongan syariat. Di dalam Kasfur Asrar, katanya golongan
ini masih terkena hukum syirik tersembunyi. Kerana pada ahli tarekat masih ada
keinginan memiliki akan sesuatu selain daripada Allah Ta'ala. Mungkin ada segelintir dari kalian ikhwan masih tidak
mengerti apa yang terkandung di dalam golongan ‘’Tarekat’’. Justeru sedikit penulis akan
ulaskan tentang konsep tarekat. Tarekat secara faham bahasa adalah bermaksud satu
"jalanan". Tarekat adalah perlaksanaan daripada sesuatu amalan-amalan zikir yang diperturunkan kepada
anak-anak muridnya, atau ahlinya daripada rantaian guru-guru (pengasas sesuatu tarekat) yang bersambung sanadnya
kepada Nabi Muhammad saw. Mereka mengamalkan zikir-zikir yang bersanad, amalan tawassul
seperti yang dilakukan secara bersendiri di tempat yang sunyi seperti di dalam
gua atau sebagainya. Secara jujurnya, pengamal tarekat kemungkinan banyak
berisiko serta akan diganggu oleh perkara-perkara yang aneh serta pelik. Atau ada dari segelintir
mereka mampu menunjukan sesuatu yang dikatakan sebagai ‘’karamat’’ (perkara yang bercanggah adab) yang melebihi tidak dapat
dilakukan oleh orang-orang awam. Seumpama guru-guru mereka boleh berjumpa
dengan ruh-ruh orang yang telah mati serta berbual bicara dengan mereka, berjalan mereka di atas air, berterbangan mereka di udara.
Secara jujurnya, tarekat adalah syirik semata-mata (iaitu tarekat tanpa Ma'rifat).
Kerana golongan ini tidak mencapai maqam ihsan serta ikhlas yang sebenar jua.
Kerana menginginkan hal-hal ‘’karamat’’ yang telah ditunjukan oleh masyaikh mereka, sesuatu yang diluar jangkaan akal orang
awam. Buat pengetahuan kalian ikhwan, potensi ahli pengamal tarekat jua sangat
berkedudukan bahaya, kerana perbuatan bertarekat mudah diganggu oleh Syaitan
yang mahu menyesatkan orang-orang Mu’min. Kemungkinan ada segelintir dari
ikhwan akan confius di antara beza orang tarekat dengan orang hakikat. Kerana
kebanyakan orang tarekat jua mempunyai ilmu-ilmu orang hakikat. Kerana
tahap-tahap perjalanan seseorang salik menuju Tuhan adalah bermula dengan
Syariat kepada Tarekat dan berakhir dengan Hakikat. Dari pemerhatian penulis juga,
memang perkara-perkara yang melibatkan ‘’Kasyaf’’ mudah bagi golongan
penganut-penganut sesuatu Tarekat. Mereka memiliki sesuatu ‘’Kasyaf’’ walaupun
mereka tidak sampai kemaqam orang Hakikat sekalipun. Dari kebiasaan yang pernah penulis jumpa, akan terjadi tiga keadaan perjalanan peringkat seseorang untuk
sampai kemaqam Hakikat. Yang pertama, seseorang dari syariat tanpa melalui
sebarang tarekat terus sampai ke Hakikat. Kedua, seseorang dari Tarekat ke
maqam Hakikat tidak melalui syariat. Ketiga, yang mencukupi perjalanan mubtadi,
mutawasid dan muntaha. Iaitu dari syariat kepada Tarekat dan sampai ke Hakikat.
Di dalam jemaah hakikat, orang Tarekat banyak menunjukan
perlakuan ‘’kasyaf’’ berbanding orang syariat yang bersama orang hakikat. Sebenarnya
kekuatan seseorang sebelum menuju Hakikat adalah syariat zahir. Hal ini akan
menyumbang kepada hakikat halus iaitu orang hakikat yang lebih teliti serta
menjaga syariat zahir lebih lembut serta lendik lagi dari orang yang hanya kuat
di sesuatu dari maqam syariat sekalipun. Mungkin hal ini penulis akan memperincikan di dalam tajuk
yang lain serta menceritakan kedudukan orang-orang hakikat pada akhir-akhir
zaman ini. Daripada apa yang penulis perhatikan, hari ini mungkin jua ramai mahu
berbicara tentang ilmu-ilmu orang hakikat, sepertimana yang berlaku di dalam
media sosial. Sesetengah dari mereka mengambil ilmu-ilmu seperti Martabat Alam
Tujuh yang dibawa oleh Tok Kenali, ataupun Hakikat Insan oleh Haji Ahmad
Laksama. Sebelum beredar, elok kita memahami kata-kata pepatah ini:
Orang syariat ibarat orang yang masuk hutan mengambil buluh untuk membuat meriam kabad. Orang Hakikat ibarat orang masuk hutan mengambil buluh buat leman. Letupan meriam kabad kuat mengejutkan ramai penduduk kampung, mereka datang berderu-deru menyaksikan, tapi mereka hanya mendapat hasil bau busuk kabad sahaja. Mahupun orang yang membakar leman tiada bunyi serta senyap, tetapi hasilnya dapat kenikmatan yang nasi leman yang lazat serta enak.
Petua mencari guru adalah guru yang mahu mengajar buaya berenang. Jawab sang buaya; “aku sedia hidup didalam air, aku lebih mahir untuk berenang”. Hakikatnya buaya hanya handal berenang dengan gaya ‘freestyle’ sahaja. Gaya freestyle ini hanya selamat berenang dengan menuruti air yang mudir dari hulu ke hilir iaitu turun kelaut. Sekiranya buaya tetap berenang dengan gaya freestyle dengan melawan arus air, iaitu dari hilir ke hulu naik kebukit, nascaya buaya itu akan mati kelemasan serta air memasuki perutnya. Kerna guru yang sebenar itu mengajar berenang secara Squad lentang.
Assalamualaikum tuan, syukran jazilan atas penerangan.
ReplyDeletealienayna82@gmail.com